Okay hari ni nysa mengadakan segmen ''Jom Ketawa Bersama Nysa'' hehehe. okay, disini ada beberapa lawak yang nysa rasa kan sangat kelakar dan creative! nysa nak kongsi bersama dengan korang semua, sebelum nysa nak belajar lah yer. lagi satu, mungkin nysa tak akan updated facebook, twitter, or blog sampai 30/4/2009. sebabnya nysa kene tumpukan pada final nysa, cuti sem naty, nysa kan update sebanyak yang mungkin untuk korang. yer? hehehe. nysa janji. lagipun berkemungkinan besar nysa tak akan bawak laptop ke rumah sewa nysa, ni bagi mengelakkan nysa leka ye? hehhe. okay, back to our story. mari membaca lawak!! :DDD
Lawak pertama: sembahyang
pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat. mat Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor berjemaah itu. Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya... Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper ".... sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa.
Lawak Kedua: Budak kecil, lelaki tua dan cokelat
Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi. Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah, "Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit" Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri. "Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!" Si budak berkata,"Datuk saya ada nasihat juga." "Dia pun kata jangan makan makanan ringan?" "Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN"
Lawak Ketiga: Diam ketika makan
Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!"
Lawak Keempat: Cucu & Atok
"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."
Atuk: "Tak sama apanyerr???"
Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"
Atuk: "?...?...?...?...?...?"
Lawak Kelima: Pernikahan
Saya selalu merasa tidak selesa apabila datang ke majlis perkahwinan ahli keluarga. Nak tahu sebabnya?Biasanya, makcik-makcik saya dan para kerabat lainnya akan datang menghampiri saya sambil menepuk-nepuk bahu saya, “Kamu yang berikutnyakan?” kata mereka.Menyampah betul, tidak berperikemanusiaan sama sekali!Tapi kebiasaan mereka ini terhenti setelah saya melakukan hal yang sama pada mereka setiap kali acara pengkebumian keluarga berlangsung.
Lawak Keenam: Ungkapan Cinta
Teruna: "Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama."
Cewek: "Apakah kau rela kalau aku pergi?"
Teruna: "Tentu Tidak! Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu."
Dara: "Apakah kau mencintaiku?"
Teruna:"Tentu! Selamanya akan tetap begitu."
Dara: "Apakah kau pernah berlaku curang?"
Teruna: "Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu."
Dara: "Maukah kau menciumku?"
Teruna: "Ya..."
Dara: "Sayangku... Sesudah 5 tahun nikah..."
Sila baca dari bawah ke atas.
Lawak Ketujuh: Buku Tidak bermutu
Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata, “Saya mahu komplain!”“Ada apa, Cik?” petugas perpustakaan bertanya.“Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu!” jelas Noni.“Kenapa pula Cik?”“Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang di antara perkataan, tidak ada perenggan, semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling menyedihkan, buku itu sama sekali tidak menceritakan apapun padahal ada banyak nama orang di dalamnya!”Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata, “Aha …. Jadi Andalah orang yang membawa buku telepon kami yang hilang minggu lalu!”
Okay tu jer yang nysa nak kongsi kan. hahahhaha. kelakar kan? kalo tak kelakar pon pasti ada tersenyum. so, akhir sekali nysa minta kamu semua doakan kejayaan nysa di final naty yer?
hehehe. thank you. assslamualaikum. and Bye!
No comments:
Post a Comment