Apa lagi, menjeritlah saya. Menjerit yang rasanya kedai makan sebelah tu pun boleh dengar jeritan batin saya. Mak usu pun dah kelam kabut, tak pernah kena. Dia terus tanya kakak yang menceceh dengan saya tu.
'' Macam mana ni kak?''
'' Ludah, ludah, ludah kat tempat kena tu!''
Saya pun disebabkan sakit yang teramat, rasa bisa lebah yang kian mejalar tu menambahkan lagi rasa sakit, makanya meludah tempat yang terkena ni. Saya dengan rasa bodohnya pun bertanya,
'' Tak elok lagi pun kak?''
Hai, macam ada magik pula, meludah jer ''chinggg!!'' terus baik. Kalau macam tu tak payah sediakan klinik, ludah semua penyakit dah baik. Nysa, nysa, nysa. -.- , Sebab tak tahan sakit terus lari kat kedai kak siti.
'' Kak siti! ada minyak gamat tak? Saya kene sengat lebah ni''
'' Alahai, tak adalah pulak kak siti, minyak cap kapak adalah''
????????, Minyak cap kapak? mahu berangin lagi tempat yang dah memang sakit tu, tak mahulah amik risiko! Tak mahu, tak mahu!
'' Tak naklah kak, lagi sakit t kang, macam mana ni?''
Saya terus menanyakan soalan dekat adalah pakcik-pakcik yang duduk minum mengeteh kat situ. Haruslah tanya, orang-orang tua lagi tahu apa patut buat.
'' Letaklah minyak motor, meh sini, meh sini''
Sambil bangun menuju kearah motornya. Calitkan jari telunjuk saya dengan minyak motor. Sekali lagi, saya menanyakan soalan bodoh, '' tak baik pun lagi'', okay, memang letak minyak motor terus ''chingg!!'' jadi baikkan? Baik terus minum je minyak motor kalau nak cepat baik.! Nysa, nysa, nysa. -.-
Tak baik pun lagi, dengan gelabah selepas mengucapkan terima kasih berlari ke arah kedai Mak usu balik.
'' Mak usu, sakit lah mak usu, tak pernah rasa sakit macam ni, macam mane ni?''
'' Ala, mak usu tak pernah tahu apa nak buat, tak pernah kena''
Mak usu dengan muka risau pun call lah rumah nak tanya atuk saya apa patut buat, -.- malangnya, line kat rumah pula tak ada. Ishh! Tiang telefon depan rumah tumbang. Waktu tu lah nak tumabang, kenapa tak tumbang waktu saya sihat!Waktu tak urgent Ishh. Muka dah merah tahan sakit. Call ibu pula, tiba-tiba ''tut, tut, tut'' ( Batery Empty) . Allah, kenapa sekarang pulak nak empty! Lupa pulak nak charge tadi. Mak usu terus bg fon dye kat saya, suruh call ibu, haruslah terus ambil phone dia tanpa segan silu. call ibu pun tak dapat. Tak berangkat juga. Tak dapat call ibu, call pulak pak usu. Pun tak angkat call jugak. Rasanya semalam, Hari Tak Angkat Phone kot. Muka dah nak terus nangis. Terus mak usu cakap..
'' Kita pergi kelinik nak?''
'' Ala, kalau pergi kelinik, doktor buat apa?''
'' Ala, macam abang mak usu dulu kena, dia inject je, kat bahu kot, tak bagi bisa tu menjalar seluruh badan''
'' Mak ai, bisa boleh menjalar seluruh badan ke? Ni menjalar kat seluruh tangan pun tak tahan''
Saya dah mula rasa takut dengar cerita mak usu. Tanpa putus asa terus call ibu., Kali yang keempat. Terus ibu jawab. Fuhh, lega! Disini berlaku kejadian yang boleh menggelakkan saya dalam kesakitan bisa yang menjalar.
ibu: Hello
Saya: Ibu, ni ha, kena sengat lebah kat tangan ni bu, macam mane ni?
Ibu: Ha? ala, dah cakap dengan warden tak??
Saya: Warden??
Ibu: Yalah, adik pergilah cakap dengan warden.
Saya:??? (okay, ibu ingat saya ni adik saya yang bongsu yang kat hostel sekarang ni, suara kitaorang sama ke?)
Ibu: Hello
Saya: Ibu ni anis lah!!
Ibu: Lah, ko ke? Soryy!
Saya: -.- macam mane ni?
Selepas berbincang dengan ibu, ibu pun setuju nak datang ambil kat kedai terus bawa pergi kelinik. Sepuluh minit lepas tu, barulah kereta Kancil Merah kesayangan ibu muncul. Bawa pergi kelinik. Kat sini pula kejadian yang memalukan. ermm
Doktor: Kita kena inject awak ni, awak ada asma, nanti sesak nafas ni.
Saya. Inject kat mana?
Doktor: Kat pinggang!(bahasa halus)
Saya: Ha? kat bahu tak boleh ke?
Doktor: (Muka bengis) Awak doktor ke saya doktor? Suka awak je nak pilih tempat injection.
Saya: Lahh. -.-
Lepas injection, rasa kebas kat seluruh tangan hilang, Okay nilah baru ''chingg!!'' terus tertido balik rumah. Sampai besok pagi, then buang air kecil lebih sepuluh kali since semalam. Sebabnya, doktor kata bisa tu akan dibuang melalui air kumuhan. Citt! asik pergi toilet je! Bee, you are so cute in cartoon, but for a real, u totally suffer me at all! Dont like you bee! Ermmm!!
Real Life!
No comments:
Post a Comment