.

.

Thursday, November 10, 2016

PASAL SECRET HAWA

INI ADALAH PENGETAHUAN AM DAN KHAS UNTUK BACAAN PARA GADIS DAN WANITA KECUALI PARA-PARA! 😂😂

Okey serious serious.

I don't know lah you all macam mana. Antara toiletries yang I mesti ada waktu membersihkan diri ialah feminine wash. Every month I akan spend kan some of my money untuk something yang macam nii. Toiletries sangat penting bagi I. Sebab pada I lepas bersihkan diri kita akan rasa segar bugar dan lebih bersemangat untuk teruskan kehidupan yang panca roba ni. Barulah kita boleh menepis dan melawan segala yang menghalang perjalanan kehidupan kita. I cakap ni sambil membayangkan abang bomba yang tengah melawan bakteria dalam perut kita macam dalam iklan Gaviscon tu. 

Well, I don’t know how you ladies are keeping it clean down there, but I hope your vjj’s cleanliness is not secondary. It’s a sensitive and important part that needs EXTRA CARE. (Tatau kenapa kalau dalam bahasa Inggeris bicaranya jadi tak begitu menggelikan LOL).

Penggunaan panties yang betul, pantyliner dan please keeping it botak is actually something we really need to take care about. Just you know, i really hope semua wanita mampu keep the hairy situation under control. Buat malulah kalau muka cantik, tapi haru biru kat bawah tu! 

Panties yang bersih dan selesa. Please pastikan your vvss sentiasa kering especially lepas cebok. Jangan biar lembap sebab kelembapan menarik lebih ramai geng-geng bakteria berkampung di kawasan tersebut. 

Oh my. EEWW! 

Pantyliner pulak. Ada yang tak kenal apa ni pantyliner? Okey sayang. Pantyliner berfungsi sebagai lining kepada panties anda yang boleh dipakai buang. Kebiasaannya 3 4 jam sekali akan ditukar kepada yang baru. Ia direka khas untuk wanita yang mengalami masalah keputihan. Ada wanita tak memerlukan pemakaian pantyliner. Tapi pada yang memerlukan, please look into it! Macam mana rupa pantyliner ni? Pergi supermarket dia biasanya duduk dekat bahagian tuala wanita , dia macam tuala wanita tapi lebih kecil, lebih nipis dan lebih banyak packaging dia! Yes. 

And finally, pencucian khas! Tolong jangan guna sabun. Kenapa tak bagus ke? Ye bagus, Ada effort nak mencuci your vvs tapi yang tak bagusnya pakai sabun buku biasa! Walawehh, para gadis semua. Jangan guna sabun walaupun berbuih macam mana. Sabun-sabun biasa tak diformulakan untuk mencuci bahagian tersebut. Again, bahagian khas tersebut perlukan EXTRA CARE! Hanya sabun - sabun yang tertentu sahaja sesuai dengan kulit your vvss sebab kulit vvvs ni sangat different dengan kulit yang biasa. Sebab tu kita panggil "PENCUCIAN KHAS". Ini sebab i tulis entri ni. 

Siapa yang mengamalkan pencucian khas ni sewaktu mandi, syabas i ucapkan. Tapi pemilihan sabun untuk itu perlu dititik beratkan. I suggestkan Secret Hawa. Sebab secret hawa ni merupakan pencuci wanita Anti Kanser sesuai diformulakan untuk wanita Malaysia menggunakan bahan khas Ekstrak Ratu Manggis! 120ml sebotol dan bertahan sehingga 2 bulan. Ia bahan semula jadi 100% dan sangat selamat digunakan untuk semua wanita even ketika preggy, breasfeeding mom dan sewaktu period!



Ia menghilangkan masalah keputihan, vvss berbau, vvss gatal, vvss longgar (ehem ni untuk yang dah kahwin), vvss gelap dan kusam! Anti kanser paling penting! 

Ulang sekali lagi 


Ia menghilangkan masalah keputihan, vvss berbau, vvss gatal, vvss longgar (ehem ni untuk yang dah kahwin), vvss gelap dan kusam! Anti kanser paling penting! 


Okey part yang ni, I pasti ramai yang suka! Secret Hawa sangat segar! Kalau pakai, segar dan sejuk sampai ke petang. Sehingga customer Secret Hawa sendiri meletakkan trademark 

"Macam ada aircond dalam kain"



This is really true okey! Syabas kepada Team Secret Hawa! 

P/s: Protect bahagian istimewa anda sebaiknya! Lindungi dari kotoran dan jangan kotorinya! OKey! 

Untuk info lebih lanjut or nak tengok testimoni yang tidak pernah mengecewakan, boleh pergi sini http://www.secrethawaofficial.com/ or sini 
whatsapp nisa terus 01121248230

Oh ye lupa, lulus kkm okey!


Thursday, October 6, 2016

Kebahagiaan Pada Mata Kasar?

Ingat tak cerita P. Ramlee dedulu. Scene yang gaduh laki bini tu. Anak sampai lima orang tapi hutang ceti benggali untuk hantaran tak habis bayar lagi.

Pas tu, ada satu scene yang bini dia jerit "Tengok orang sebelah tu, gelang dia sampai ni (Sambil tunjuk lengan), kau satu pun tak bagi aku".

Nah.

Apa yang dapat kita konklusikan dengan scene dan skrip ni? People tend to make comparisons with others. It's naturally come.

Sedangkan Islam ajar kita. Rezeki lain-lain. Allah tulis jalan hidup kita berlainan. Sebab Allah s.w.t tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadi, rukun iman yang pertama "Percaya Kepada Allah s.w.t" Tapi makin umur meningkat, makin besar dugaan, makin kita kuat merungut, makin persoalan kenapa bermain di kotak fikiran.

Kenapa hidup aku macam ni? Kenapa aku kena hadap benda ni semua? Kenapa aku yang kena, bukan orang lain? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Allahu.

Cuba kau bayangkan, kau persoalkan jalan cerita sebuah novel pada penulisnya. Apa yang penulisnya akan rasa? Marah? Kecil Hati? Sakit hati?

Dan kau pula persoalkan jalan cerita hidup kau pada diri sendiri tapi Dia Maha Mengetahui. Apa yang DIA akan rasa? Aku pasti kau boleh jawab sendiri persoalan ini.

Tapi bukan ini yang aku persoalkan. Peranan kita sebagai masyarakat, kawan, saudara sesama agama atau saudara senegara. Kita semua faham, jalan cerita semua berlainan. Ada yang derita dulu, baru bahagia. Ada yang bahagia dulu, baru derita. Ada yang derita, bahagia sekejap, dan kembali derita. Apa kita peduli tentang ini?

Dan sekarang mana sahaja aku pergi. Semua menunduk melihat skrin telefon. Facebook, Twitter, Instagram, Tumblr, dan tak kurang hebat yang mengadap Pokemon Go. Mereka ni bagaikan tak endahkan anugerah yang Allah beri pada mereka. Contoh, mak yang berada disebelah termenung kosong memandang kerusi sedangkan anak yang boleh di bawa bergurau disebelah sibuk menunduk menghadap skrin yang mempamerkan kebahagian orang lain. Tiba- tiba si anak, menongkat dagu sambil mata tidak lepas memandang skrin. "Wah bestnya"  screenshot cerita kebahagiaan orang lain tadi, post di facebook dengan caption "relationship goals towards happiness."

Permata yang disebelah bersinar kau tak endah namun kaca yang berkilat dari jauh kau renungkan. Sia-sia.

Tak kurang pula, yang jenis suka mempamerkan kebahagiaan sendiri di Media Sosial. Limousin Surprise untuk birthday si kekasih hati, atau kisah suamiku dulu abang despatch tapi sekarang alhamdulih happy forever after atau kisah hantaran rendah bukan ukuran kebahagiaan. What all of this actually? Untuk apa kau cerita? Supaya cerita kau diviralkan? Atau berharap akan ada satu lagi scene P.Ramlee terjadi sekali lagi?

"You tengok ni hantaran rendah, tapi hidup bahagia je, tapi mak you mintak sampai RM15000". BOOM!!! Yang sepatutnya nikah 15 hari lagi putus ikatannya.

"Wowww! Tengok ni, bf dia bawak limo untuk birthday dia, You bawak apa untuk i? Kancil ni je? Itupun pintu kena buka dari dalam! Sedih je jatuh cinta dengan you ni." BOOM! Kekasih yang sepatutnya mengikat tali pertunangan sebulan lagi berderai macam tu je.

Remember. PEOPLE TEND TO MAKE COMPARISONS WITH OTHERS!

Kau rasa cerita kau popular. Kau rasa kau bangga dengan life kau. Kau rasa kebahagiaan yang kau kecapi harus dijadikan motivasi pada yang lain. Kau rasa.

Tetapi berapa ramai yang terus hidup derita sebab kan minat yang mendalam dengan jalan cerita hidup kau yang dituliskan Allah s.w.t? Yang hanya untuk kau sahaja. Tapi kau pamerkan pada orang lain? Pada aku, kau nak kongsi boleh. Tapi berpada. Jalan cerita berbeza! Peranan kita penting. Jaga kebahagiaan orang. Insha allah, Allah s.w.t akan jaga kebahagian kau.

Pada yang suka melihat, jalan cerita kita berbeza. Tapi Allah s.w.t janji, jika kita benar berada di jalan-NYA, kita akan temui kebahagiaan yang diberkati. Janji Allah tu pasti. Maka bergembiralah,

Pada yang suka mempamerkan, jalan cerita kita berbeza, Kau rasa bahagia sekarang Tapi tiada yang kekal di dunia ini. Itu milik Allah s.w.t. Maka simpannya dengan baik dengan harapan Allah s.w.t memberkatinya sehingga ke akhir, Janji Allah tu pasti. Maka beringatlah.


Saturday, June 4, 2016

Tulisan.

Hari ni, aku terpanggil untuk membuka blog ni dan menulis. Lama aku biarkan ia terbiar sepi. Sebab apa? Bukan tiada inspirasi. Bukan tiada idea. Bukan tiada pandangan. Seringkali mata aku menangkap situasi dan sandiwara juga otak aku terus memproses data pendapat dan pandangan. Aku biarkan mereka terus berada difikiran. Kekangan masa dan tuntutan kerja membuatkan ia jadi begitu.

Alhamdulilah. Hidup aku meningkat satu fasa baru. Fasa baru. Hidup baru. Komitmen baru. Harus dugaan juga baru. Mohon aku terus tegar berada dalam kesabaran yang selalu dituntutkan tuhan. Mohon aku terus membuatkan syaitan terus marah dan marah terhadap aku. Tetapi kerana aku manusia. Aku lemah. Seringkali aku membiarkan syaitan berparti suka ria atas kemenangan. Ya. Aku lemah. Allahu.

Tetapi bukan itu yang aku mahu tuliskan. Beberapa hari lepas, aku dikagumkan oleh seorang wanita berniqab menceritakan pengalaman dakwah hidupnya melalui tulisan. Sungguh aku kagum jalanan daienya. Aku tidak sekuat dan setabah dia. Untuk sesiapa yang meminati penulisan seperti aku, wanita berniqab ini merupakan seorang penulis yang hebat. Tak perlu aku beritahu siapa. Aku memiliki bukunya. Buku itu mempunyai ayat yang senang difahami, ayat yang berani, ayat yang tegas, dan jalan cerita yang memberikan ketenangan bagi yang mencari agama seperti aku. Bagi yang jahil seperti aku.

Cuma, hari ini aku dikejutkan dengan pengakuannya bahawa tulisannya itu ada satu imaginasi untuk berdakwah. Lantas aku teringatkan sebuah cerita tentang Rasullullah S.A.W dan sahabatnya. Lebih kurang begini ceritanya:

Sahabat bertanya pada Rasullullah s.a.w. "Ya Rasullullah, adakah mungkin orang mukmin itu berasa takut?"

Rasullullah menjawab "Ya mungkin."

Sahabat terus bertanya "Adakah mungkin orang mukmin tu boleh menjadi batu kikir?"

Rasullullah s.a.w menjawab "Ya mungkin."

Sahabat lagi bertanya "Adakah mungkin orang mukmin itu pembohong?"

Rasullulah s.a.w menjawab "Tidak. Tidak mungkin."

Tak perlu aku jelaskan lagi cerita di atas. Aku kecewa. Aku kecewa kerana aku sangat menyayangi tulisannya. Kenapa perlu imaginasi dijadikan dasar tulisan dakwah? Dosa. Tetapi aku cepat tersedar. Manusia itu tidak sempurna. Siapa pun tidak sempurna. Dan semua manusia itu punya khilaf.
Aku juga melakukan dosa. Kau juga melakukan dosa. Mereka juga melakukan dosa. Kau tahu apa perbezaan kita dan penulis itu? Allah tolong kita tutup aib kita. Padahal mungkin dosa kita itu lagi besar dari penulis tersebut. Cuma dosanya disaksikan oleh ramai orang. Dan kita. Tiada siapa tahu. Aku? Aku mengaku aku mempunyai dosa yang lagi besar dari dia. Tapi allah sayangkan aku. Allah tutup aib aku.  Dan siapa kita untuk menghukum dia?

Lantas, aku melihat tulisannya memohon maaf. Allahu. Berani mengakukan kesilapan. Beritahu aku, siapa sahaja yang berani mengakui kesilapan dan memohon maaf pada beribu ribu orang? Siapa sahaja yang mempunyai keberanian seperti itu? Aku juga tidak mempunyai keberanian seperti itu. Sekiranya aku berada di tempatnya. Aku pasti akan menghilangkan diri dalam waktu yang lama. Lama. Aku mungkin menukar nama pena aku. Aku tidak sekuat mu ya saidiqati
.
Dan pada aku. Kau masih seorang daie. Hanya satu khilafmu. Aku tidak akan menilaikan kau hanya dasar itu. Tapi satu nasihat dari aku yang jahil ini. Satu nasihat dari aku yang berkeinginan untuk menjadi penulis. Tulisan adalah salah satu channel yang boleh meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati seseorang. Berhati-hati dalam menulis.

"Writing is fun but also can be terrifying."

Kalau yang mengikuti blog aku. Ayat ini aku paparkan sebagai headernya. Bukan untuk hiasan bukan untuk suka-suka. Ianya untuk peringatan pada aku yang menulis.
Sekian.