.

.

Monday, June 27, 2011

Melebihi had kelajuan!

I'm a shopper. Obviously! Everytime keluar, mesti kena beli barang. Rasa hidup tak lengkap kalau keluar tak beli barang. Kalau dah sengkek macam mana pon, keluar means bf belanja sebab aku tak ada duit, aku tetap merengek nak beli barang even sepit rambut yang comel+murah nak bawak balik rumah. Because i'm a shoppers.

Siapa ajar? Tak ada siapa ajar. Aku yang macam ni, memang melebihi had kelajuan even duit tak ada, still nak shopping lagi. -.- Last saturday, aku demam selsema, tapi terus baik lepas ibu aku cakap '' Jom pergi tengok kain kat Nagoya!'' . Di sini aku mengesyorkan para doktor mengucapkan ayat magik ini kepada kaum perempuan yang datang sebab sakit, pasti confirm mereka akan jadi baik. Kalau nak kesan effective lagi, cakap lah doktor yang nak belanja. 

Sebenarnya, baju kurung raya aku dah settle dah pun. Tujuan asal ibu aku ajak sebab nak temankan dye pilih baju raya unttuk adik-adik aku. Ceritanya bermula lepas baju pertama aku dibelanja oleh atok aku yang baik hati lagi comel. Baju kurung PAHANG. Baru 1st time ada ni. -.- Kesian-kesian..

Baju kedua, ala-ala jubah yang macam Hanis Zalikha pakai kat Majlis Pertunangan Kek Na dye tu dibeli bersama bf aku. Tapi bukan duit dye, duit ibu aku. Sangat puas hati. :D Then, ibu aku dah pesan, baju raya aku dah settle. 

Tapi waktu kat Nagoya tu. Ibu aku dengan baik hatinya, suruh aku pun pilih kain untuk buat baju kurung juga. Sangat suka hati sampai melompat-lompat. Ingatkan tak dapat lagi. Haruslah adik-adik aku jeles. Dah tiga baju raya aku tahun ni. Memang melebihi had kelajuan.  

Waktu nak pergi Nagoya. Kiteorang lalu MC( Melaka Central) So haruslah singgah beli each a cup jap. Yummy. Chocolate Oreo!






Yeaayyy! Okay. See this. Ni lah gaya kiteorang yang rambang mata pilih kain kat Nagoya.








Di sebabkan kesian dengan ibu yang melebihi had kelajuan untuk aku raya ni. So, aku pon just pilih kain murah je. For the records! Nagoya ada less 20% untuk harga RM10.80 ke atas. Kain dorang memang sangat puas hati! :D cepat beli sementara ada offer. Kain langsir pun macam tu jugak. Click sini kalau lagi nak tahu! Nagoya Textiles

Nagoya memang best!

This is Fateha with the snow cap. Cute miuttt! MMuaaaahhh!


 Jom shopping!

Friday, June 24, 2011

Rumahku Duitku!

Hari ini lepas pulang dari kerja, aku kena follow Mak Usu aku cari rumah kat Satu Taman Elite ni. Percaya atau tak? Dari mula aku masuk sampai akhir, mata aku non stop terbeliak macam kena Sawan Tarik tengok rumah dorang yang besar dan cantik mengalahkan rumah aku. Haruslah Nysa. -.-

So, mulalah pasang angan-angan nak duduk rumah macam tu after kahwin. -.- tapi boleh ke? So, balik je dari kerja, terus on wifi and looking for some house yang pattern lawa-lawa. Weh, bila buka dan tengok price dye, cehhttt! Pengsan bakal suami aku tak bangun dua tahun. -.-

So ni lah antaranya rumah yang menarik perhatian aku. Tak nak cakap banyak, korang tengoklah sendiri dan pasang angan-angan nak memiliki rumah macam tu satu Hari!







Nak rumah macam ni? 

hahhh! Belajar pandai-pandai, keje elok-elok.

Okay bye, nak tidur! 

Hari ini saya Demam Selsema. -.-

Tuesday, June 21, 2011

Lelaki Malaysia PEMALAS??

Kenapa malas sangat nak buka blog nysa?

Sebab, penat and tak ada idea nak tulis. -.-

Okay. Done! Tak payah jadi blogger.

Ala. -.-

Okay. Hari ni nysa tak akan  jadi pemalas lagi nak tulis blog. Kene selalu rajin. Kit janji! Kite janji!  Kite janji tak buat lagi. -.- Okay topik kite pada hari ni ialah Lelaki Malaysia PEMALAS? apa kata korang? Means  Perempuan kat Malaysia lagi rajin berbanding Lelaki. Waktu keje tadi, ada seorang Pak Cik ni berasal dari Singapore. Gaya dye memang ala-ala jejaka idaman. Cool dan sangat berpengetahuan dalam falsafah hidup.

Dye pelik dengan cara lelaki kat Malaysia yang tahu mengarah sahaja. Yang rajin dan buat kerja semua perempuan. Katanya, Lelaki Malaysia sangat berbeza dengan Lelaki yang berasal dari negaranya. Lelaki Singapore lagi rajin mencari rezeki berbanding dengan lelaki Di Malaysia. Mean while, lelaki Malaysia cuma tahu goyang kaki dan hembus asap rokok.


Okay, mari kite tengok dari sudut pelajaran? Siapa yang lagi ramai berada di Universiti? Perempuan ke Lelaki? Jangan pandang dari sudut Kaum Perempuan lagi Ramai dari kaum Lelaki, tetapi kita pandang dari sudut pencapaian. Hanya 20% Lelaki yang berjaya ke Menara Gading, sedangkan perempuan mencapai target 80%. Mana perginya Lelaki-Lelaki yang sepatutnya menmpatkan diri ke Menara Gading? Mereka gagal kerana sifat pemalas mereka. 

Kalau kite pandang pula dari sudut pencapaian di Universiti-universiti. Hanya 35% pelajar Lelaki sahaja yang dapat disenaraikan sebagai penerima anugerah Dekan. Manakala, 65% merupakan pelajar perempuan. Kadangkala, timbul persoalan adakah Lelaki Malaysia yang rajin, semakin pupus untuk kami disini?

Ketahuilah kaum Lelaki, benda seperti ini tak sepatutnya jadi untuk kami. Kaum Lelaki dianugerahkan mempunyai 9 akal untuk digunakan dalam ilmi dan pengetahuan yang sedia ada. Malah, kami perempuan perlu menggandakan usaha kami kepada angka 9 untuk mencapai sesuatu dalam akedemik. Anda, kaum lelaki seperti tidak mensyukuri nikmat allah dengan menjadi malas untuk mengunakan kurniaan yang diberi


Firman Allah s.w.t

Ayat Al-Nisa' 140

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

p/s: tak semua Lelaki Malaysia Pemalas kan? ;)

Monday, June 13, 2011

MukaBuku, dimana-mana!

Kalau boring sementara nak tunggu boyfriend kau ambil kau pergi keluar dating, kau bukak facebook. Kalau bosan tak tahu nak buat apa-apa, kau bukak facebook. Macam mana kau cakap kau bosan pun, kau tetap bukak facebook. Even, sometimes you said facebook is so boring now, i'll never open you facebook! you still on your facebook. Lepas tu, ada budak-budak kutuk kau dekat facebook, kau kata nak deactivate facebook, belum masuk seminggu kau dah activate balik. Apa-apa pun tak boleh! Semua pasal facebook yang kau gila-gilakan.

Then, ada sesetengah pihak tak puas hati langsung pasal facebook. Maka menulis article tentang disadvantages of facebook. Kau dah baca and already know about that. Facebook kau tetap dihati. Apa kau kisah? Facebook kau, bukan facebook diaorang.!

Lepas tu, yang dah ada facebook. Tak cukup satu facebook. Nak buat yang no 2 pulak. Eh, mace-mace mu
 ni! Lepas tu, users of facebook dah bercambah sebanyak 500 millions! Banyak naw!!! Mark sampai dah pening kepala nak handle korangnya facebook!


Tapi, ada aku kisah Mark pening kepala? Sebabnya, saya cuma fikrkan facebook dari sudut postif. 

Maksud saya, advantages die. Yes!

Pertama, lepas kau buat facebook, haruslah kau jumpa kawan-kawan lama kau yang dari dalam perut lagi. Lepas tu bertegur sapa macam '' Hello, kau dah berapa anak sekarang?'', then kawan ko jus jawab '' tak ada'', memang sakit hati. tanya panjang-panjang tapi jawab sikit je!

Then, dah jumpa kawan-kawan lama kau, kau pun uploadlah pictures kau yang mengedik-gedik nak menunjukkan yang kau ni top model paling cantik kat Malaysia. Ish, menyampah! So that, kawan-kawan kau bolehlah cakap kau '' ish, si polan ni makin cantiklah''. Padahal kau letak makeup 14 inci tebalnya nak tutup segala jerawat, bukit bukau di muka kau untuk tampilkan di MUKA BUKU KAU! eh, mace-mace mu ni!

Yang ketiganya, kau tak perlu bersusah payah membazir kredit, nak mesej awek kau. Kau bukak je facebook, chat dengan dye '' Baby, baby dah makan?''. free of charge! Lepas tu kau boraklah sampai besok pagi! Confirm korang boleh hidup tanpa Handfon lepas tu.

Facebook jugak tempat kau meluahkan perasaan dengan mengupdatekan status kau. Status tersebut boleh dibaca olah 568 friends kau. Itu pun kalau kau privacy kan wall post kau for friend only. Contoh status kau '' Sakit perut ni, rasa nak buang air''. Aihhhh! T_T

Lepas tu, facebook juga tempat kau cari kawan baru. Add, then kawan baru approve. Kau pun pergi wall  dye send '' thanks approve''. Lepas tu bermula komen yang berpanjangan.

Eh, mace-mace. sudut positif kan?

Bye!

Sunday, June 5, 2011

Melaka River Cruise

Happy holiday school. Meyowww! Friday last week, Family kek Nat balik kampung. Means my house, simply visiting my grandparents and jalan-jalan bersiar dekat Melaka. T_T Very boring for me. Tapi tak pernah pergi Malacca River Cruise. Fail!

So, we did go there. Then, naik Eye on Melaka. Very excited. and from there i was change my perception to Malacca. Melaka is very the best country i had. :) So, means tak sanggup nak ambik degree jauh-jauh! -.- sob,sob,sob.

Here, some joy for you from all of us. :D Before tu!

ok, for those yang tak tahu. This Melaka River Cruise. Secara overall la. :D Moh, datang Melaka Maju 2010. Cuti-Cuti Malaysia.!

Melaka River Cruise




Then, ada banyak ride lain juga. Bukan ni je. :D hehe. Sekali ride for adult RM5, for children RM3. For those yang nak berjimat, tak mahu naik ride. It's okay. You can sit tepi river while makan ice-cream just only RM2. Meanwhile, korang boleh relaxkan minda setelah penat berkerja seharian. No offense i mean. :D


Ni dalam eye on Melaka, semua masa mula-mula macam berani naik. Lepas tu dah goyang-goyang and dah tinggi. Mulalah salah seorang cakap. '' Jangan Bergurau!''  lepas tu gelak-gelak. Hampeh jer! T_T


Dari atas Eye On Melaka. Cuci Mata, cuci Mata.. :D




Top Models Malaysian underneath lighting yang melampau. Over nak mampos, sampai org nak jalan pun kena tunggu kitaorang abis photoshhot. :D Sangat Jahat.



Lepas tu, nak jugak amik gambar. Tak boleh atas bridge, tepi bridge pun tak apa la. :D






Overview yang ada kat sane. cantik sangat. rasa macam nak berkhemah jer kat sane. hehe. :D







Ni semua nak masuk audition untuk Malaysian Top Models. Korang Rase sape yang menang? :D

Lepas tu balik, kiteorang main make up, Kek Nat saya yang cantik tu kononnya nak ajar saya wat smoky eyes, Malangnya waktu make up, saya tertidur. Haha. :D so nilah hasil make up tu. ;)



uiii. Boleh masuk contest Malaysian Dream Girl tak? :p


Picture yang ni sengaja ditunjukkan untuk tatapan umum. U!
Universal.

This is my favourite baby now!


Chomeyyy!

Eh. bye! 

Saturday, June 4, 2011

Listen girl! Please read me..!

Listen, to the song here in my heart, a melody i start, but can't complete.

Cuba teka lagu siapa? hehe. Okay guys, ni bukan segmen lupa lrik ke segmen teka teki. Ni merupakan sebuah entry yang berbentuk nasihat kepada kaum HAWA. Makanya, untuk kaum lelaki, close your eyes!

Tadi, tengok cerita ANNISSA, ala, samarinda yang terbaru tu. Yang ada 4 perempuan cantik yang berlakon. Sangat menarik hati. Kat TV3 tu la, tak tahu? Ha, tak pe la tak tahu, yang pentingnya ni nak habaq ni, tadi adalah satu scene Fiza aka Anna dalam cerita ni sanggup tampar Bestfriend sendiri sebab ingatkan BFF dia dah rampas suami dia.

Wooo, main sedap je tampar tanpa usul periksa. Jangan ya wahai kaum hawa bertindak sedemikian rupa, memanglah geram kalau kita dengar khabar angin pasal Suami aka Boyfriend kita ada affair dengan org lain. Tapi boleh tak, korang ni semua bertindak mengikut emotional bukan rational. Eh, salah-salah! Bertindak Mengikut Rational bukan Emotional.

Lagi satu, kalau betul pun Suami aka BF korang ada affair dengan perempuan lain, tak payah susah-susah diri nak menyerang dari kubu segala bagai. BUANG MASA. Korang bergaduh pasal lelaki?? Ewwwww, tak worth okay? Yang patut diganyang-ganyang dengan segala senjata bagai ialah lelaki tersebut. BUKAN KAUM HAWA. Malu taw!

Kita kena relax je, cool je. Kumbang seekor, bunga bukan sekuntum. Kalau kumbang dah tak ada, rasanya tak salah kan, nak cari yang bunga jugak? Betul tak, tak salah? Heehe. SALAH okay? Mana boleh. HARAM!!!

Okaylah, kalaulah betul kan your bf ada affair dengan perempuan tu. Why don't you seat and discuss? Kaum HAWA, janganlah bergaduh sebab lelaki okay? Malu jer.

I have to admit it, saya ada pengalaman dalam hal ni. -.- not really pasal lelaki. That girl yang start dulu, firstly, she accuse me rampas bf dye, then dia macam orang meroyan hantar mesej kat saya beribu-ribu tuduh saya macam-macam. You know what? Saya diam seribu bahasa, untill one day she told everyone satu accusation yang sensitive untuk seorang perempuan. At the end, saya gaduh dengan die. Bukan pasal lelaki, tetapi die melampau pasal accusation yang die buat. Then, sampai sekarang i never met her and not looked at as friend.

See, the consequences after we fight about men. Very bad. Tak elok benda ni berlaku sebenarnya. It's really embarrassing. -.-

So, nasihat kat sini, please dont fight about men. Tak eloklah, for girl lah, tak payah nak hantar mesej or buruk-burukkan another girl kat orang lain, kerana itu sama seperti korang memburukkan kaum hawa and diri korang sendiri.

So peace no war! :D