.

.

Saturday, November 26, 2011

Look who's back!

Achhhhhhhhhhhhhhhhummmmmmmmmmmmmm!!! Tsk, tsk, tsk.
Hello guys. 
It's been two months tak update blog yang cantik ni.
Berhabuk, berdebu, berpasir, ber ber ber semua ada.
Korang mesti dah menyampah tengok blog saya ni.
Bukak banyak kali tapi tak hupdate. 
Sedey ehhh?

Tapi kenapa lama menyepikan diri?

Degree Accounting rakan-rakan.
Bukan satu benda yang senang.

Kalau tak kuat iman.
Nasihat saya jangan amik akaun.

Kalau amik jugak.
Jangan duduk kat hostel level yang tinggi2.
Or Jangan duduk hostel yang dekat-dekat dengan laut, empangan or sungai. 

Sebabnya? 
Setiap kali ko rasa tension, harus rasa nak buat bungee jumping.


Busy yang memang teramat.
Mari kita lihat jadual saya di degree sampai sekarang.

1st
Orientation for a week
New Friends
New Environment
New Class
New Rommie
New Classmate
New Room.
NADA.

2nd
Briefing. 
8 New Subject
5 Killer paper *FAR400, MAF420, CRG520, MGT534, PSA420*
Another 3 *CTU, BAB, BEL*
NADA

3rd
Assignment.
For all subject
With the deadline
NADA

4th
Presentation
Nothing to do with it
NADA

5th
Test and Quiz
All 8 Subject
Failed!
NADA

6th
Public Speaking
Just done for presentation 1
NADA

7th
Seminar for MGT534
NADA

Kalau baca
Nampak macam ringkas 
Tapi padattt!

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal perasaan saya
Sila amik Degree of Account
NADA! 

See ya!

Friday, September 16, 2011

It's about degree part 2

Hey everybody and Asalamualaikum

Salam 1 Malaysia and Selamat Hari Malaysia

I'am glad because i'm happy for my degree. Yes, i want to story about my degree. Lets talk about my first day.

My first day is horrible and awkward. I'm cried because i'm alone and don't know anyone around me. New environment really makes me sick. I don't know where to eat and don't know what to do. I guess i can be independent but not in new place. People stared me weirdly. I afraid people don't want to be friend with me. However,I still strongly held on to my principle there should not be give up with anything i choose in my life. I choose to continue my studies in Bachelor in Accountacy at UiTM City Campus of Melaka. That is what i decided to do and i'll continue until the end. 

Then, a miracles came say hello to me. All i feel about my first impression to degree gone immediately. I trying to be friendly and say hi to everyone i saw and smile at them. I should thank to my roommate. She is the one comfort me every time i feel terrible. When she read this, she must have no idea what she done until i thank to her damn much. However, she is very amazing roommate. She care about me. She shows me everything i don't know about the place and she answer all my question very patient until i think i annoyed her but she did not say anything to me. Besides, she always smiling at me to convinced me that everything will be okay. Thanks Rabiatul Adawiyah or known as A'a.

Second day is my registration day. I have to give UiTM some document that they were request from me. I provide all the document and check them twice. I wish everything gonna be fine without any problem during dealing with them. Syukur Alhamdullilah. It works and i got some new friends. I'm very happy. Among them, is Khalida Amirah and Nur Atikah Farah Fasihah. They so friendly and just for a few hours we just like best friends. After that, we go to the auditorium for MPS (minggu pemantapan siswa) together. 

After all, i glad me and Khalida got same class so we can go together. Too bad, we very sad when Atikah cannot join us because she got Class F while we in Class C. We convinced her everything will be fine and we still friends just like we do in this week. She fine then. We still sad though. I hope she can join us. Well, when we think carefully, she can still join us because we on the same track. We together took same course. We just different class so we still can together study like group and compete. 

I love my degree. I'll think positive so that i can happy with my decision. I am happy. Being friendly make me got many friends. Although, some people who already know me ignoring me when we saw each other and not smile at me at all. I feel sad but i don't care. I have many friends in my degree which is better than them. They are not ignorant just like them. Ignorant is bad. You'll got nothing with your ignorant. You'll be someone who people hates damn much. Did all of you also agree with me? Ignorant are stupid and lame. Why you should be snobbish? 

Although i'm happy with my new life. I still missing my friends at UiTM Lendu. I cannot forget Memories in Lendu. I love them. Lendu taught me everything about life. Everything. Sad, Angry, Happiness, Love. Lendu record everything about that. 

I miss Lendu. I miss how i met my boyfriend there. I miss when i hanging out with my friends. I miss when we were happy and laugh when some of us make a jokes. I miss when i'm crying and some of my friend hugged me. I miss when we were fight and get back together. I miss all of that. I miss our assignment. I miss how i stressed out thinking about mu assignment. I miss my friends supported me when i feel down. I miss when how they comfort me when i got to through a hard time. I miss them very much. Each semester had their own memories to remember. I miss that.

There some picture of me, friends and the place i live now. 

:)

I hope you enjoy it.

my apartment at Level 9, do come if you free

view from my level

me and tudung, had to wear during MPS


views from my room, is that cool?

my messy desk

i used to sleep here

me and atikah

me and khalidah

just me

Thanks for read :)

Wednesday, September 7, 2011

It's about degree

YEAAAHHHHHH, speechless. Dapat degree. Congratulation to me. YEAAAAAAAHHHHHH again. I don't know what to talk about my degree. I even can't figure out my feeling about degree. Happy, like, dislike, sedih, marah. Serious tak tahu. Jangan tanya. Selama dapat keputusan yang saya berjaya ke peringkat degree. Saya sebolehnya mengelak untuk talking about that. Kalau cakap je pasal degree, mesti pening kepala+nak nangis. 

Why, Why, Why? Sepatutnya saya happy dapat degree. I'm the luckiest among my friends. Ada tu, tak dapat nak sambung. I feel nothing. Yes, nothing at all. WAAAAAAAAAAAAAHHHHHHH. People will think i'm weirdo just like they do during my diploma and my school. Bila luahkan benda ni dekat my good friends. She told me ''People also think Datuk Mahathir are weird but now, most of people hormat, pandang tinggi kat dia''

Tu Datuk Mahathir, Ni Nysa Sarah. We 're diifferent. -.-

C-3

This Sunday, kene pergi sana untuk register college. Hope everything going well. New environment, new friends (if ada), new roommate and new classmate. Everything new. ooohhhh. siapa yang rasa ada nasihat atau kata-kata untuk saya menaikkan semangat. Sila bagitahu. -.-

Semua yang diatas adalah TIPUUUU. YEAAAAAAAAAAAHHHH, saya dapat degree. :) 

Yeah, whatever. 

Next blog, my life kat UiTM KAMPUS BANDARAYA MELAKA. :) Yeahh, if ada. Wahahaha. 

Yeay, i'm weirdo. 


Oh

Sunday, September 4, 2011

Sekilas tentang Raya tahun ni

Asalamualaikum w.b.t

Tahun ni raya tak adalah best mana. Boring tambah rasa yang menyampah. Menyampah tentang perkara yang tertentu yang berlaku di hari raya. Rasa yang penuh dengan menyampah. Tak ada yang lagi bagus selain perasaan yang gembira dapat minta maaf dan ampun dengan Ibu yang tercinta di pagi raya. Itu aje yang best. Yang lain semua biasa. Pagi Hari raya, siap-siapkan diri, hiaskan diri cantik even bangun lambat pukul 7 pagi. Terus turun minta maaf dengan family. 

Tiba-tiba dengar salah seorang dari ramai-ramai cakap Ketua Menteri Melaka buat rumah terbuka kat MITC. Sebab tak ada benda nak buat so, kitaorang pun pergilah dengan dua kereta. Sampai sana beratur panjang-panjang macam assembly waktu sekolah nak masuk kelas. Lebih kurang 1 jam Setengah beratur panjang-panjang baru dapat masuk dan bersalam dengan wakil Ketua Menteri Melaka, then dapat duit raya RM5, so dapat lah beli Magzine Seventeen cover Lucy Hale. Just tambah RM1 sumbangan dari adik kesayangan ku. Terima Kasih Ajlaa.

Balik tu, sepupu sepapat nak tengok wayang kononnya cerita hantu bonceng. Ya, raya pertama kami tengok wayang. Cool kan? Haha. Memang cool. Dengan kasut yang setinggi 4 inci pergi jalan-jalan bersiar kat Mall. Rasa macam nak cabut kaki lepas tu jalan. Eh, Kalau boleh jalan. Tak Ada rezeki nak tengok Hantu bonceng 1st Raya, tengok Rise of the planet of the apes. Best jugak cerita tu. Kelakar dan Best. Best giler. Ada juga yang best. Eh. 

Lepas tu, raya kedua pergi rembau. Dari Melaka ke Rembau saya duduk dalam keadaan yang berbetuk C. Sebab kereta tak muat. Sakit. Rasa macam nak cabut pingang pulak. Kalaulah badan ni macam patung barbie. Boleh cabut kepala, kaki dan tangan. Mesti scary Kek Nat yang duduk sebelah saya waktu tu. Tapi tak apalah, raya kan setahun sekali. Setahun sekali je saya rasa macam tu. Betul tak? Ah yeah, whatever.

Raya ketiga, tak buat apa-apa. Tidur sepanjang masa, tak ada teman. Mak Lang dah balik. Mak usu jalan raya dengan atuk nenek. 

Sekian. Selamat Hari Raya semua. Eh. 

Saturday, August 27, 2011

Blog Yang Buat Saya Nak Berblog.

Kalau nak dipendekkan lagi tajuknya, bolehlah dikatakan sebagai Blog Inspirasi Saya. Tapi, sebabkan rasa tajuk tersebut tersangatlah skema sehingga membuatkan Cikgu Bahasa Melayu sekolah tertarik untuk membaca seterusnya memberi markah diruangan komen. Rasanya tak perlulah sampai macam tu. Blog Nysa Sarah hendaklah dikenali sebagai blog yang sempoi dan bukannya materialistik. Cheh Wahhh!! Sorry cikgu.

Sebelum kita terus mendalami tajuk tersebut. Ni nak habaq ni, last week kan ada habaq tengah download cerita korea kan? By the way, citer tu dah complete download dari episode 1 hinggalah episode 24. Yippiiii. the great news is, dah tengok drama korea tu sampai habis dalam masa lima hari. Hebat tak Kek Nysa ni? hahaha. Hebat sungguh. Sanggup stay up sampai kol 4 pagi hari-hari nak tengok drama ni. Dah tu pergi kerja dengan mata yang macam panda. Panda tu cute lah jugak. Aisssshhh. Tolong saya Loreal Eye Defense. Awwww.

Tak kisahlah memandangkan semalam hari terakhir bekerja. Tsk, Tsk. Sedih pulak mengenangkan hari terakhir bekerja semalam. Lepas ni kene lah grab gelaran student sebaik mungkin. Tsk, Tsk. Mengadap buku lagi. Tsk, Tsk. Oklah, lupakan kesedihan, grab segala keriangan. Hari ni, nak story blog siapa yang menjadi inpirasi dan reference kepada Nysa untuk berblog. Kiranya Nysa ni stalker la. so awas kepada anda yang mempunyai blog yang best2. Tapi jangan risau Nysa no copycats or copypanda.


Hanis Zalikha

Haruslah Kek Nis kita ni. Memandangkan nysa ni merupakan peminat blog dye. Makanya, before kelas setiap hari akan dibuka blognya untuk melihat perkembangan blog si cantik manis ni. Blognya sangat sempoi dan coool. Ayat yang digunakan pulak mengikut peredaran masa kaum sejagat yang sempoi dan sekutu dengannya. Setiap kali entry yang dibaca dari blognya pasti akan membuatkan nysa tersenyum dan ketawa sendiri. Wahhh. Bagai dilamun cinta dengan blog Kek Nis ni. Love you Kek Nis... I should't call you Kek@Kak, kita sebaya. Bulan lahir pun sama. Go Go Libra. Aja Aja! :)


She used to be my friend during my diploma. She is a good friend. Tapi Nysa sempat rapat dengan die waktu Sem 6. Anyway, she is a good blogger. i love her blog. Elegant, Smart, Smooth, Warm and Honest. Itu perkataan yang sesuai for Blog Farha. Dulu, rajin gak stalk blog minah ni. Hahaha. She looks happy in blogging. Macam blog tulah dunia die. Dan semua yang dikongsikan dalam blog tersebut merupakan hari-hari hidup dia yang sangat menarik hati. :)


WoNDeRFuL LiFe

Minah ni pulak merupakan anak sulung kepada kakak ibu nysa. hahaha. Kakak Sepupulah, tak payah nak complicated sangat. You see i was there in the header picture. Well, no one can detect me. :p Kalau ada siapa yang boleh detect nysa kat header picture Kek Nat ni, sila bagitahu. Anda akan memenangi hati Nysa Sarah. Chettttt! Fun, active, bersemangat, friendship, family and love dianugerahkan kepada Blog Wonderful Life. Bila tengok blog Cik Netty ni, hati berbunga riang seriang bunga sakura. :D

Banyak lagi blog yang menjadi inspirasi Nysa. Tapi, mereka ni merupakan among the reason nysa wujudkan Blog NysaSarah's story morry untuk tatapan umum. Bila pergi blog diaorang ni rasa nak berblog tu membuak-buak seperti lava gunung berapi. Ececehhhh. Lebih kuranglah. Diakhir entry ni, Nysa nak mengambil segala kesempatan yang ada untuk mengucapakan Selamat Hari Raya In Advance, memandangkan kesempatan untuk berblogging adalah limit sewaktu musim perayaaan. 

Kumpul Duit banyak-banyak. Then buat giveaway lepas tu jemput nysa untuk join lah ye? Hehehehehe. Sangat senang Hati hari ni. My ibu start nagging us to berkemas right now, so kene pergi ni. Before tu, nysa nak kongsi quotes yang menjadi favorite dan pegangan nysa semasa bergelar student. Here you go. 


Terima Kasih kepada rektor UiTM Melaka yang introducekan Quotes ni kat Nysa. 

Quotes ni sangat bermakna dalam hidup nysa.

Tak Faham quotes ni? Fikirkan sedalam-dalamnya. 

Bye, everybody. Love u olls. Mmmuaaahhh :) 

Saturday, August 20, 2011

For you to read!

Hey everyone! Seriously, i don't know what to talk about and i've no idea to share about with you this weekend. Because of I've already promised to my follower that i will update my blog once a week so, i have to figure out something to write. Untill yesterday, I still don't know what to say,so today, i think i just tell you what i'm doing this weekend so that you have something to read from my blog. 

So, what i'm doing this weekend? 

Technically, nothing. I'm just lay on my bed watching Friends for second times while texting with my boyfriend. Actually, from last week I fanatic to a Korean Drama on NTV7 everyday at 12 pm, Princess Hour. For those who love K Pop things, i'm very sure you know what the drama about. This is my first time watching the drama and my first impression said the drama is fantastic. However, i'm started watching this drama when the drama already on Episode 15, so the beginning of the drama i'm totally zero. 



So, i'm started asking people around me if they have downloaded the drama. The funny is, i'm asking my boyfriend to look for the drama with his friends. Hahaha. I totally forgot the possibility boys watching this K Pop things is 25%. Unfortunately, the result come out with very disappointed. 

My friend suggested me to download the drama by myself. The problem is, i'm never download a Drama before. So, i don't know where to start that. I just know to download something from you tube so, just try and error. I'm searching the drama at you tube and taraaaaaaa!! 





Yes, this weekend i'm downloading the drama by my self. Still in progress, I'm downloading episode 9 during i'm writing this entry. Now, i'm proudly say anyone from you want this drama.,You can get that from me. Totally. Complete. 

Or learning how to download that from you tube. 

I believe most of you know how to download something from you tube. Simple. 

Now, i can't wait to watch the drama from the beginning until the ending. Yipiiiiii!!! 

I know this time, my entry not fun to read but at least, i can write something for you this weekend. 

or giving you the idea what to do this weekend. :) Such a honor.

Saturday, August 13, 2011

Apa Yang Korang Buat Pada Malam Korang Cuti?

To be honest, i don't know what to talk about. I've been thinking 100 times in front of my lovely lappy. So lame. Finally, i do some research and this what i found!

Apa Yang Korang Buat Pada Malam Korang Cuti?

Work everyday and you got tired. Balik keje, terus tidur macam orang pengsan yang kalau kita lari dalam bilik dia then jerit ''api, api'' pun dye tak akan bangun. Forget it if you just wanna make prank to them. Not worth it. Korang tak akan dilayan. Harap Maklum.

hanya gambar hiasan
Tapi lain pulak kalo malam cuti dari berkerja. Ada je benda nak buat. Ya, saya berpengalaman dalan hal ini. Selepas merasa kepenatan mencari rezeki. Hari berehat merupakan hari yang berkualiti untuk melapangkan segala masa yang memang terlapang untuk mengeratkan silturahim dengan keluarga, sanak saudara, anak-anak buah, anak-anak kucing, boypren, dan semua yang ada kene mengena dengan diri. Kadang-kadang yang tiada kene mengena dengan diri pun akan dikena-kenakan. Mumbling!!!

Baiklah, ini merupakan antara benda yang saya lakukan dimalam hari bercuti.

Marathon Movies. Ini selalu dilakukan apabila tidak mempunyai idea nak dilakukan. Lepas satu movie sambung movie lain sampai muntah. Baring atas katil dengan comforter yang berlingkar atas badan serupa macam ular yang nak salin kulit. Bukak kipas kuat-kuat dengan tisu kat sebelah in case kalau movie tu sedih. Macam movie the hachiko a dog story, lepas tu marley and me. I wanna kill my self. Kenapa ending citer tu macam tu, the worse part, kena telefon rumah sendiri suruh adik hantar tisu ke bilik. Tsk, Tsk. Kemalasan yang melanda. 


Marathon TV Series. Benda yang sama dilakukan seperti marathon movies. Dalam satu hari je, korang boleh habiskan FRIENDS TV SHOW dari season 1 till season 10. Sebab kol 8 pagi sampai 11 malam, korang dok menghadap laptop sampai mata korang jadi sembap. The worst part, bila mak panggil. Keluar buat muka teruk, cakap pening kepala. Mana taknya, satu hari tak mandi tengok TV Shows tu. Euwww!!


Make up, try baju yang cntik-cantik, posing macam Hanis Zalikha. Ni tipulah kalo korang perempuan tak buat benda alah. siapa yang tak buat memang loser. Haha. Lepas tu malas nak cuci make up. Hang tidur dengan make up yang masih terlekat di muka anda. Seminggu kemudian, jerit macam org gila ''Ibu, bintik hitam!!!! Besarnya mcam tahi lalat''

Cari orang nak teman ko keluar besok. Buat senarai nama, lepas tu kategorikan kawan mana yang tak busy selalu or satu kepala. Lepas tu call ajak keluar besok. Then, mulalah tidur awal untuk dapat kan beauty sleep. Mana tahu jumpa Aaron Aziz waktu keluar besok. Muka kenalah segar. Tak dapat Aaron Aziz, dapat Harun Ajis pun boleh lah. 

hanya gambar hiasan

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang pelik-pelik dilakukan. Tapi dipendekkan atas sebab kemalasan untuk menaip lagi panjang. Makanya, kalau korang ada aktiviti korang sendiri. Sila-silalah mengomel di ruangan komen dibawah. Tiada paksaan. 

Aktiviti tu tak payah pelik sangatlah. :)

Tuesday, August 9, 2011

Tak Nak Puasa Tak Apa.

Okay kalau tengok tajuk memang Pertubuhan Agama Islam akan serang saya kat Rumah bawak Lap Top dengan Broadband suruh delete post ni. Tapi sabar tuan, sabar. Sila baca isi kandungan saya dulu. Hari ni saya bukak Web Cam nak amir gambar posing alah Hanis Zalikha tapi terus jerit ''ewww,ewww'' sebab nampak double chin sendiri. Kecewa yang teramat menonggeng-nonggeng. terus tekan click (x) kat atas. Tak sanggup nak tengok badan yang macam dipam-pam angin tayar kereta yang didapati di setiap petrol station berdekatan. Ya, saya pun tak tahu apa motif saya beritahu benda alah yang serba memalukan diri ini kepada anda. Tetapi ketahuilah, ia tiada kene mengene dengan tajuk diatas.

Sila regangkan segala kerutan didahi anda selepas membaca benda diatas dimana tiada kene mengena dengan tajuk yang diberi. Maka, balinglah segala Chickadees Snake yang lemau ke screen lap top anda menunjukkan kebodohan yang dilakukan ooleh saya. 

Diari hari ini. Ibu kejut sahur pukul 5 pagi,  dengan lemah longlai dan mata yang masih mamai lelap kaki melangkah ke dapur sambil terdengar nenek mengejutkan mak usu yang masih lena di toto yang empuk. Tapi dalam hati cakap kisah apa aku, nak makan sambal ayam ibu tambah cencalok cili padi yang kalau makan sepinggan memang tak cukup. Tengok badan pulak.

lepas makan sepinggan masih lagi berfikir untuk tambah sepinggan lagi tapi takut badan yang dah macam Panda. Mak usu pesan nak niaga hari ni pukul 11 pagi. Jadi terpaksa lah bangun pukul 10.30 pagi untuk berniaga di bulan Ramadhan yang panas terik segala bahang yang diserap oleh semua lemak didalam tubuh. Macam hari biasa, kena buat air soya. ya, soya itu dibuat oleh saya sendiri, Muka bangga. Tetiba uncle india sebelah kedai ni nak secawan air soya panas.  Tak kisah lah. bangsa asing, dye bukan pose pon.

Tibbe-tibe datang pak cik yang tak ada gigi cakap nak air soya ikat tepi sebab nak minum kat kedai Uncle. Siap beritahu sebabnya sekali kat sini. Rasa macam nak menjerit kat Pak Cik Yang tak sedar diri ni. "OIIII PAK CIK TAK PUASA KE?''' Tetapi memikirkan tak ada hak nak buat macam tu. Mendiamkan diri merupakan jalan terbaik.

Maka sepanjang hari pak cik ni melepakkkan diri di kedai uncle tersebut sambil menghembus asap rokok dan minum petang seperti hari biasa dengan perasaan yang langsung tak tahu malu. Rasa macam nak lari je kat Pak Cik tu, then cakap ''JAIM DATANG, JAIM DATANG'' . Tapi tak sampai hati. Mahu terkejut beruk heart attack pak cik tu kang.

Tak Nak Puasa Tak Apa, tu antara diri dengan tuhan. tapi boleh tak tunjuk respect sikit untuk orang yang berpuasa? People around you. Eye on you. Tak malu ke? I know, there must be reason why you are not fasting. Maybe you are sick. Maybe, because you are old. I do understand even my grandpa not fasting because he had diabetic and old. It's forgiven. Anyway, can't forgive if you eating in public. Depan bangsa lain pulak tu. Macam mana diaorang nak hormat kat Islam?

Ni tak, yang rasa malu saya pulak. Sebab few days ago, uncle tu tanya kat mak usu and saya kenapa kene puasa. After explanation yang berdasarkan islam. Dye boleh terima and senyum malu balik kat kiteoarng. But now, kiteorang yang kene senyum malu balik kat dye sambil tengok pak cik tua tu minum soya panas depan uncle. Rasa macam nak tarik roller tutup kedai tak nak niaga sebulan.

Malu yang teramat. Saya pun bukannya baik. Kadang-kadang terponteng jugak, Tapi ada reasonlah and haruslah pandai-pandai cover. Hormatlah orang yang berpuasa guys. Tak mintak banyak. Tak nak Puasa tak apa. Hal korang. Jangan kacau orang yang sedang buat pahala then jangan malukan islam depan orang yang bukan islam. Islam tu indah. Puasa itu wajib, tapi sakit yang memudaratkan diri diharuskan berehat dari berpuasa. tapi jangan lupa ganti, waktu sihat nanti. Sekian.

Thursday, August 4, 2011

Perempuan tak suka kalau lelaki...

Bila tetibe ada lelaki datang kat kita and says '''hye, can i ask you out sometimes?'' Rase jantung macam nak keluar and grab mana aiskrim yang nampak dan makan macam orang tak dengar apa yang mamat tu cakap. Dalam erti kata lain sorok perasaan suke tu or buat-buat jual mahal.  For guys yang lucky, minah tu akan cakap okay. For unlucky guys, minah tu akan cakap sorry, i already have someone.

Tapi jangan frust menonggeng tertonggeng 44 hari 44 malam. Tepuk dahi bertalu-talu kalo buat macam tu. Maybe ada minah lain yang lagi tebaik nak keluar dengan korang. Ffuuuhhh. Apa-apa pun satu hari nanti korang akan merasa juga pengalaman berdating ni. Haha. :D

Tetapi disini ada beberapa tips untuk korang yang nak berdating tu. Waktu berdating, Perempuan tak suka kalau lelaki...

Potong story perempuan tu and sambung pulak story korang yang panjang berjela menjala-jala.

Girl: I membesar kat singapore dengan father i, lepas tu..

Guy: Oh, i pernah pergi singapore, kat singapore bla...bla..bla.... bla...bla... Then, singapore tu ada ni kan bla...bla...bla...bla...U rasa diaorang patut tak bla....bla...bla.... Bagi cantikkan lagi.. Bla..bla..bla...

Muke beruk dengar lelaki byk bebel. 


Girl: Angkat handbag bla terus.

TO THE GUY.. Oiiiii!!! TAK COOLLL THOUGH!

lepas dinner ko cakap ko lupa nak bawak wallet. Lepas tu sengeh macam orang tak cukup Vitamin C.

Waiter: Semuanya RM50.50, sila bayar di kaunter depan ya encik?

Guy: Owh, murah je, eh, u nampak tak wallet i? Alamak, dalam poket i ada kad library je lah. U bayarkan dulu eh? hehe.

Muke buruk kera kena keluar duit tibe-tibe


Girl: Errrr.Sigh.

TO THE GUYY oiiiiii TAK MACHO THOUGH!!!!

janji amik pukul 10 pagi, tapi datang 2 jam lepas tu.

TO THE GUY oiiii TAK SMART THOUGH!!!

tak specific masa dan hari dating


girl: Bila nak ajak i kua?

Guy: Bsok kot. Naty i bgthu u jadi ke tak esok nak keluar?

-.-

TO THE GUY oiiii TAK BEST THOUGH!!

berlengah-lengah nak buat sesuatu urusan bersama


'' Ala, rileks ar, lepak rokok sebatang, kalau ada adalah tu, tak kemana wayang tu''

TO THE GUY oiiii TAK OKAY THOUGHHH!!!


buat keputusan drastik


''Jom kita nikah sekarang? Parents i dah setuju''

TO THE GUY oiii dah tak ada modal dah nak cakap apa. TAK APA-APA THOUGHHH!

ubah diri perempuan tu

''I tak suka rambut u warna hitam, i nak semua warna kelabu taik anjing lah okay? kalau u tak buat cam tu i tak nak love-love dengan u lagi''

TO THE GUY oiii APA-APA LAH

Untuk kepentingan wanita sejagat, saya disini merayu serta meminta kepada semua kaum lelaki supaya mengelak kan benda-benda diatas. Ini kerana, benda-benda diatas akan membuatkan tekak kami loya muntah 2 3 besen satu hari.


tolong ubah apa yang patut supaya kami disini senang berkata, '''Next time kita keluar lagi eh?'' or ''Saya suka keluar dengan awak, masa macam tak cukup je hari ni''

Okay? Eh, poning kepala eden.

p/s ye saya dah potong rambut. -.-

Muke cari pasal

Sunday, July 31, 2011

You nyanyi, i pun nyanyi

Hari ini, i nak kongsi sikit pasal lagu-lagu kegemaran i yang sering dijadikan nyanyian kecil i dikala i sedih dan gembira. Kalau korang pun nak kongsi jugak lagu kegemaran korang. Sila-silalah merajinkan diri menaip lagu kegemaran korang tu di ruangan komen di bawah entry ''You nyanyi, i pun nyanyi''. Insyaallah sekiranya lagu kegemaran anda menarik minat i, i akan buatkan satu entry berkenaan dengan korang, lagu kegemaran korang dan blog.

I jatuh hati pada banyak lagu dan kaau nak listkan semua lagu kegmaran i  memang cukup dibuat sebuah novel. Makanya, untuk menjimatkan masa dan ruangan, i akan listkan 10 lagu kegemaran i yang terkini di ruangan entry kali ni.

Rank 10: Beribu Sesalan by Jacklyn, Ning dan Shila Hamzah


Rank 9: Billionaire by Travie McCoy Feat Bruno Mars


Rank 8: The Lazy Song by Bruno Mars


Rank 7: Take A Bow by Rihanna


Rank 6:  Lagu Sedih by VIP


Rank 5: A Loser like Me by Glee (New Direction)


Rank 4: Hati yang kau sakiti by Rossa


Rank 3: One in Million by Neyo


Rank 2: Who Says by Selena Gomez


Rank 1: Listen by Beyonce


Okie Dokie. I told you already about my Favourite's Song. So, What's yours? :D

Khas untuk Pembaca Setia ku.

Halu- Halu, dan Asalamualaikum. Dikesempatan ini, i nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubharak kepada semua yang sudi membaca blog i ni. Semoga ramadhan kali ini membawa keberkatan dan kerahmatan dalam hidup kita semua. So, haruslah kita bersyukur kerana kita masih diberi peluang untuk menyambut sekali lagi bulan yang mulia ini. Maka, marilah kita beramai-ramai mengumpul pahala sebanyk-banyaknya di bulan mulia ini. Sekian ucapan Ramadhan i yang penuh bermakna kali ini.


Amin Ya Rabbal Alamin

Friday, July 29, 2011

Attention!!

Entry kali ini saya akan menerangkan tentang siapakah Nysa Sarah dan nisa1069. Okay. Drum Roll!!!!. sebenarnya mereka merupakan orang yang sama. Tarraaaa. Sebenarnya saya dah mula risau dah bila kat komen FB saya tulis macam ni:


Tapi bila member tu pergi blog dye. Yang komen adalah:



Pas tu member tu dok cakap. bila saya ada komen? Org lain adalah. Fisrt of all. Ramai dah cakap cam tu. Sebenarnya. Orgnya sama. -.-

Saya cube untuk pergi ke google account saya untuk menukarkan username tersebut. Tapi dok boleh dah. T_T

Kalao korang ada cara lain, silalah bg tahu.

So terpaksa buat cam ni. Owner blog ni ialah nisa1069, tetapi setiap kali saya komen di cahtbox or shout. Saya akan menggunakan nama Nysa Sarah

The conclusion., Nysa Sarah dan nisa1069 adalah org yang sama. 

p/s: sorry Tembam Malacca gune contoh komen kita. hehe. :) 

Saturday, July 23, 2011

Here we come FRIENDS.

Dulu waktu sekolah, TV shows ni keluar kat NTV7, tak pernah layan langsung, amik remote tukar channel. Cari Spongbob Squarepants lagi best. Ataupun berebut amik couch depan TV nak tengok Doraemon or Pokemon. Waktu tu budak-budak lagi. So, that doesn't count.


Tapi sekarang bila people ask me, do you know Courteney Cox? She looks old in Scream 4 isn't it? And i say yeah, a'aah. Sambil my mind keep rolling tanya diri sendiri ''bila aku tengok courteney cox during her young and fabulous''. Scream 1, Scream 2 and Scream 3? Tak pernah tengok pon. Cerita tu menakutkan. Scream 4 ni pun terpaksa teman bf nak tengok waktu tu.



Then? Bile? Oh yeah. Do you know Monica Geller in Friends? Oh no. That's not good idea to say yes. Sebab cerita ni sampai season 10. So, tak boleh tipu cakap dah tengok. Confirm kantoi and kene gelak dengan kawan-kawan berguling-guling because of two reason. 1st kantoi menipu, 2nd sebab tak tengok TV shows paling gempak waktu tu. For the records, i watch glee. :D TV shows paling best alam ini. haha.

Yeayh. But people still can laugh at me because i didn't watch Friends. Ye, saya memang ketinggalan zaman. -.-. Baru sekarang nak tengok. Then, bile 1st time tengok TV shows ni, oh my god. Lupa segala masalah dan duka cita yang ada. Menyesal tak ikut cakap GG and Syadd suruh tengok TV shows ni waktu melalak gaduh dengan bf dulu.

Kalau tahu macam ni, mesti awal-awal dulu dah tengok dah. So, sekarang ni, tengah marathon tengok TV Shows ni dari season 1 sampai season 10. Now, in the middle of Season 9. Dah boleh buat conclusion on Friends dah but not fully conclusion lah. Kena tengok sampai abis dulu baru buat.

Apa-apa pun cerita ni best. Korang kena tengok!!

5 stars.

Click FRIENDS TV SHOWS kalau nak tahu lagi. :)

Wednesday, July 20, 2011

Kenapa saya tak menulis lagi?

Jawapan:

1st: sibuk dengan Friends TV shows dari season 1 sampai season 10, thanks to syad yang introduce TV shows ni waktu kat kampus dulu. Laughing non stop sampai pintu bilik kena ketuk pukul 2-3 pagi oleh ibu, bila bukak pintu, muka ibu sgt takut sampai pandang kesuluruhan bilik saya, then tanya '' Dengan siapa anis ketawa?''

2nd: Kepenatan bekerja, balik dr kerja pukul 6.30, mandi terus pengsan sampai ibu menjerit dari bawah, '' ANISSSS!!! Solat Magrib sekarang!! Jangan asyik nak tido je'' sambil menjegilkan mata, terus aku bagi alasan, kalau mata mengantuk lagi then solat, hukumnya makruh. Ibu masih menjegilkan mata, okay bye, nak solat dulu.

3rd: Kehabisan idea, bile bukak blog nak buat new post, saya tak boleh nak fikir isi entry dan topik yang dibincangkan nanti. Sampai satu tahap, rasa nak buat topik macammana nak jadi blogger yang ada blog tapi tak nak buat entry baru. Then isi kandungan tersebut mempunyai sifar sesifarnya idea yang bernas.

4th: Sebab rasa blog yang lama tu macam bebudak aka tak cukup umur. so, mintak tolong adik kesayangan anum, mengeditkan blog saya in return kene belanja dye Slurpee.

5th: Sebab setiap kali turun bawah nak on modem, saya akan bermain dengan Fatiha my little cousin budak cute miut selama sekurang-kurangnya 2 jam. Lepas tu, dah tak ada feeling dah nak berblog, hari ini Fatiha balik kampung, so tak ada distraction untuk berblog.

Sekian itu sahaja. Maka, selepas ini saya tak akan berjanji lagi untuk berblog setiap hari. Tapi saya akan berjanji untuk berblog sekali seminggu.

Monday, June 27, 2011

Melebihi had kelajuan!

I'm a shopper. Obviously! Everytime keluar, mesti kena beli barang. Rasa hidup tak lengkap kalau keluar tak beli barang. Kalau dah sengkek macam mana pon, keluar means bf belanja sebab aku tak ada duit, aku tetap merengek nak beli barang even sepit rambut yang comel+murah nak bawak balik rumah. Because i'm a shoppers.

Siapa ajar? Tak ada siapa ajar. Aku yang macam ni, memang melebihi had kelajuan even duit tak ada, still nak shopping lagi. -.- Last saturday, aku demam selsema, tapi terus baik lepas ibu aku cakap '' Jom pergi tengok kain kat Nagoya!'' . Di sini aku mengesyorkan para doktor mengucapkan ayat magik ini kepada kaum perempuan yang datang sebab sakit, pasti confirm mereka akan jadi baik. Kalau nak kesan effective lagi, cakap lah doktor yang nak belanja. 

Sebenarnya, baju kurung raya aku dah settle dah pun. Tujuan asal ibu aku ajak sebab nak temankan dye pilih baju raya unttuk adik-adik aku. Ceritanya bermula lepas baju pertama aku dibelanja oleh atok aku yang baik hati lagi comel. Baju kurung PAHANG. Baru 1st time ada ni. -.- Kesian-kesian..

Baju kedua, ala-ala jubah yang macam Hanis Zalikha pakai kat Majlis Pertunangan Kek Na dye tu dibeli bersama bf aku. Tapi bukan duit dye, duit ibu aku. Sangat puas hati. :D Then, ibu aku dah pesan, baju raya aku dah settle. 

Tapi waktu kat Nagoya tu. Ibu aku dengan baik hatinya, suruh aku pun pilih kain untuk buat baju kurung juga. Sangat suka hati sampai melompat-lompat. Ingatkan tak dapat lagi. Haruslah adik-adik aku jeles. Dah tiga baju raya aku tahun ni. Memang melebihi had kelajuan.  

Waktu nak pergi Nagoya. Kiteorang lalu MC( Melaka Central) So haruslah singgah beli each a cup jap. Yummy. Chocolate Oreo!






Yeaayyy! Okay. See this. Ni lah gaya kiteorang yang rambang mata pilih kain kat Nagoya.








Di sebabkan kesian dengan ibu yang melebihi had kelajuan untuk aku raya ni. So, aku pon just pilih kain murah je. For the records! Nagoya ada less 20% untuk harga RM10.80 ke atas. Kain dorang memang sangat puas hati! :D cepat beli sementara ada offer. Kain langsir pun macam tu jugak. Click sini kalau lagi nak tahu! Nagoya Textiles

Nagoya memang best!

This is Fateha with the snow cap. Cute miuttt! MMuaaaahhh!


 Jom shopping!

Friday, June 24, 2011

Rumahku Duitku!

Hari ini lepas pulang dari kerja, aku kena follow Mak Usu aku cari rumah kat Satu Taman Elite ni. Percaya atau tak? Dari mula aku masuk sampai akhir, mata aku non stop terbeliak macam kena Sawan Tarik tengok rumah dorang yang besar dan cantik mengalahkan rumah aku. Haruslah Nysa. -.-

So, mulalah pasang angan-angan nak duduk rumah macam tu after kahwin. -.- tapi boleh ke? So, balik je dari kerja, terus on wifi and looking for some house yang pattern lawa-lawa. Weh, bila buka dan tengok price dye, cehhttt! Pengsan bakal suami aku tak bangun dua tahun. -.-

So ni lah antaranya rumah yang menarik perhatian aku. Tak nak cakap banyak, korang tengoklah sendiri dan pasang angan-angan nak memiliki rumah macam tu satu Hari!







Nak rumah macam ni? 

hahhh! Belajar pandai-pandai, keje elok-elok.

Okay bye, nak tidur! 

Hari ini saya Demam Selsema. -.-