.

.

Klik Sini!

Saturday, June 4, 2016

Tulisan.

Hari ni, aku terpanggil untuk membuka blog ni dan menulis. Lama aku biarkan ia terbiar sepi. Sebab apa? Bukan tiada inspirasi. Bukan tiada idea. Bukan tiada pandangan. Seringkali mata aku menangkap situasi dan sandiwara juga otak aku terus memproses data pendapat dan pandangan. Aku biarkan mereka terus berada difikiran. Kekangan masa dan tuntutan kerja membuatkan ia jadi begitu.

Alhamdulilah. Hidup aku meningkat satu fasa baru. Fasa baru. Hidup baru. Komitmen baru. Harus dugaan juga baru. Mohon aku terus tegar berada dalam kesabaran yang selalu dituntutkan tuhan. Mohon aku terus membuatkan syaitan terus marah dan marah terhadap aku. Tetapi kerana aku manusia. Aku lemah. Seringkali aku membiarkan syaitan berparti suka ria atas kemenangan. Ya. Aku lemah. Allahu.

Tetapi bukan itu yang aku mahu tuliskan. Beberapa hari lepas, aku dikagumkan oleh seorang wanita berniqab menceritakan pengalaman dakwah hidupnya melalui tulisan. Sungguh aku kagum jalanan daienya. Aku tidak sekuat dan setabah dia. Untuk sesiapa yang meminati penulisan seperti aku, wanita berniqab ini merupakan seorang penulis yang hebat. Tak perlu aku beritahu siapa. Aku memiliki bukunya. Buku itu mempunyai ayat yang senang difahami, ayat yang berani, ayat yang tegas, dan jalan cerita yang memberikan ketenangan bagi yang mencari agama seperti aku. Bagi yang jahil seperti aku.

Cuma, hari ini aku dikejutkan dengan pengakuannya bahawa tulisannya itu ada satu imaginasi untuk berdakwah. Lantas aku teringatkan sebuah cerita tentang Rasullullah S.A.W dan sahabatnya. Lebih kurang begini ceritanya:

Sahabat bertanya pada Rasullullah s.a.w. "Ya Rasullullah, adakah mungkin orang mukmin itu berasa takut?"

Rasullullah menjawab "Ya mungkin."

Sahabat terus bertanya "Adakah mungkin orang mukmin tu boleh menjadi batu kikir?"

Rasullullah s.a.w menjawab "Ya mungkin."

Sahabat lagi bertanya "Adakah mungkin orang mukmin itu pembohong?"

Rasullulah s.a.w menjawab "Tidak. Tidak mungkin."

Tak perlu aku jelaskan lagi cerita di atas. Aku kecewa. Aku kecewa kerana aku sangat menyayangi tulisannya. Kenapa perlu imaginasi dijadikan dasar tulisan dakwah? Dosa. Tetapi aku cepat tersedar. Manusia itu tidak sempurna. Siapa pun tidak sempurna. Dan semua manusia itu punya khilaf.
Aku juga melakukan dosa. Kau juga melakukan dosa. Mereka juga melakukan dosa. Kau tahu apa perbezaan kita dan penulis itu? Allah tolong kita tutup aib kita. Padahal mungkin dosa kita itu lagi besar dari penulis tersebut. Cuma dosanya disaksikan oleh ramai orang. Dan kita. Tiada siapa tahu. Aku? Aku mengaku aku mempunyai dosa yang lagi besar dari dia. Tapi allah sayangkan aku. Allah tutup aib aku.  Dan siapa kita untuk menghukum dia?

Lantas, aku melihat tulisannya memohon maaf. Allahu. Berani mengakukan kesilapan. Beritahu aku, siapa sahaja yang berani mengakui kesilapan dan memohon maaf pada beribu ribu orang? Siapa sahaja yang mempunyai keberanian seperti itu? Aku juga tidak mempunyai keberanian seperti itu. Sekiranya aku berada di tempatnya. Aku pasti akan menghilangkan diri dalam waktu yang lama. Lama. Aku mungkin menukar nama pena aku. Aku tidak sekuat mu ya saidiqati
.
Dan pada aku. Kau masih seorang daie. Hanya satu khilafmu. Aku tidak akan menilaikan kau hanya dasar itu. Tapi satu nasihat dari aku yang jahil ini. Satu nasihat dari aku yang berkeinginan untuk menjadi penulis. Tulisan adalah salah satu channel yang boleh meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati seseorang. Berhati-hati dalam menulis.

"Writing is fun but also can be terrifying."

Kalau yang mengikuti blog aku. Ayat ini aku paparkan sebagai headernya. Bukan untuk hiasan bukan untuk suka-suka. Ianya untuk peringatan pada aku yang menulis.
Sekian.