.

.

Klik Sini!

Thursday, October 6, 2016

Kebahagiaan Pada Mata Kasar?

Ingat tak cerita P. Ramlee dedulu. Scene yang gaduh laki bini tu. Anak sampai lima orang tapi hutang ceti benggali untuk hantaran tak habis bayar lagi.

Pas tu, ada satu scene yang bini dia jerit "Tengok orang sebelah tu, gelang dia sampai ni (Sambil tunjuk lengan), kau satu pun tak bagi aku".

Nah.

Apa yang dapat kita konklusikan dengan scene dan skrip ni? People tend to make comparisons with others. It's naturally come.

Sedangkan Islam ajar kita. Rezeki lain-lain. Allah tulis jalan hidup kita berlainan. Sebab Allah s.w.t tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadi, rukun iman yang pertama "Percaya Kepada Allah s.w.t" Tapi makin umur meningkat, makin besar dugaan, makin kita kuat merungut, makin persoalan kenapa bermain di kotak fikiran.

Kenapa hidup aku macam ni? Kenapa aku kena hadap benda ni semua? Kenapa aku yang kena, bukan orang lain? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Allahu.

Cuba kau bayangkan, kau persoalkan jalan cerita sebuah novel pada penulisnya. Apa yang penulisnya akan rasa? Marah? Kecil Hati? Sakit hati?

Dan kau pula persoalkan jalan cerita hidup kau pada diri sendiri tapi Dia Maha Mengetahui. Apa yang DIA akan rasa? Aku pasti kau boleh jawab sendiri persoalan ini.

Tapi bukan ini yang aku persoalkan. Peranan kita sebagai masyarakat, kawan, saudara sesama agama atau saudara senegara. Kita semua faham, jalan cerita semua berlainan. Ada yang derita dulu, baru bahagia. Ada yang bahagia dulu, baru derita. Ada yang derita, bahagia sekejap, dan kembali derita. Apa kita peduli tentang ini?

Dan sekarang mana sahaja aku pergi. Semua menunduk melihat skrin telefon. Facebook, Twitter, Instagram, Tumblr, dan tak kurang hebat yang mengadap Pokemon Go. Mereka ni bagaikan tak endahkan anugerah yang Allah beri pada mereka. Contoh, mak yang berada disebelah termenung kosong memandang kerusi sedangkan anak yang boleh di bawa bergurau disebelah sibuk menunduk menghadap skrin yang mempamerkan kebahagian orang lain. Tiba- tiba si anak, menongkat dagu sambil mata tidak lepas memandang skrin. "Wah bestnya"  screenshot cerita kebahagiaan orang lain tadi, post di facebook dengan caption "relationship goals towards happiness."

Permata yang disebelah bersinar kau tak endah namun kaca yang berkilat dari jauh kau renungkan. Sia-sia.

Tak kurang pula, yang jenis suka mempamerkan kebahagiaan sendiri di Media Sosial. Limousin Surprise untuk birthday si kekasih hati, atau kisah suamiku dulu abang despatch tapi sekarang alhamdulih happy forever after atau kisah hantaran rendah bukan ukuran kebahagiaan. What all of this actually? Untuk apa kau cerita? Supaya cerita kau diviralkan? Atau berharap akan ada satu lagi scene P.Ramlee terjadi sekali lagi?

"You tengok ni hantaran rendah, tapi hidup bahagia je, tapi mak you mintak sampai RM15000". BOOM!!! Yang sepatutnya nikah 15 hari lagi putus ikatannya.

"Wowww! Tengok ni, bf dia bawak limo untuk birthday dia, You bawak apa untuk i? Kancil ni je? Itupun pintu kena buka dari dalam! Sedih je jatuh cinta dengan you ni." BOOM! Kekasih yang sepatutnya mengikat tali pertunangan sebulan lagi berderai macam tu je.

Remember. PEOPLE TEND TO MAKE COMPARISONS WITH OTHERS!

Kau rasa cerita kau popular. Kau rasa kau bangga dengan life kau. Kau rasa kebahagiaan yang kau kecapi harus dijadikan motivasi pada yang lain. Kau rasa.

Tetapi berapa ramai yang terus hidup derita sebab kan minat yang mendalam dengan jalan cerita hidup kau yang dituliskan Allah s.w.t? Yang hanya untuk kau sahaja. Tapi kau pamerkan pada orang lain? Pada aku, kau nak kongsi boleh. Tapi berpada. Jalan cerita berbeza! Peranan kita penting. Jaga kebahagiaan orang. Insha allah, Allah s.w.t akan jaga kebahagian kau.

Pada yang suka melihat, jalan cerita kita berbeza. Tapi Allah s.w.t janji, jika kita benar berada di jalan-NYA, kita akan temui kebahagiaan yang diberkati. Janji Allah tu pasti. Maka bergembiralah,

Pada yang suka mempamerkan, jalan cerita kita berbeza, Kau rasa bahagia sekarang Tapi tiada yang kekal di dunia ini. Itu milik Allah s.w.t. Maka simpannya dengan baik dengan harapan Allah s.w.t memberkatinya sehingga ke akhir, Janji Allah tu pasti. Maka beringatlah.