.

.

Klik Sini!

Monday, September 3, 2012

Kahwin.

cuti-cuti sem ni tetibe pulak, ramai sahabat-sahabat handai yang membina masjid. buat pahala. amboi, terasa diri semakin tua. kini kene selalu bg hint kat bf suh datang meminang cepat-cepat. takut diri tekena tempias andartu. tsk, tsk, tsk. kalau diutarakan topik ni kat ibu. ibu akan cakap macam ni.

" tak payah nak menggatal, bagi aku sebuah rumah, sebijik kereta baru kahwin"

Amboi bu, ingat anak mu ni bakal berkahwin dengan anak raja ke? kalo tahu diri ni bakal berkahwin dengan anak raja. jangan haraplah i nak belajar bersusah payah belajar kat uitm tuh. tapi lain pula kalo tetibe terbaca berita tentang pembuangan bayi dan sebagainya. ibu akan bagi green light pulak. 

" jangan buat benda tak senonoh. kalo betol dah gatal nak sebilik, cakap kat ibu, ibu kahwinkan. jangan bawak malu keluraga dok" 

dan begitulah seterusnya delima seorang ibu. dan juga tahniahlah kepada sahabat-sahabat saya yang sudah pun mementerai perjanjian membina masjid ataupun dalam erti kata lain kahwin. dulu kalau awal-awal masa diaorang jemput kahwin, siap bagi warning kat diaorang, i tak mahu invitation kat fb ni, tak ada kelas. i nak kad jemputan. ambooi, demand engkau nysa. kepada yang terkena tempias i tu, minta maaf lah ye. kawanmu ini memang tak sedar diri. 

tetapi, cuba bayangkan kalau susah sangat nak contact kawan tu, nak anta kad jemputan, rumah tak tahu kat mana. nak call bapak menyombong tak ingat dunia, tak nak pulak menjawab. kalau tak jemput pulang kang ada yang mengata. serba salah mak lah, nak jemput salah, tak jemput pun salah. maka diantanya melalui fb, kerana social network merupakan satu-satunya tempat kami boleh melihat perkembangan diri kawan-kawan lama. even menyombong dengan wall post kita pon at least boleh lah menatap foto-fotonya. maka tahulah kita, eh bukan budak ni dulu selekeh ke? baju tak gosok. pergh melecun pulak. eh, bukan budak ni gemuk ke dulu, dah kurus pulak, eh, eh, 

tak kurang juga boleh kita menjadi csi, menyiasat apa dah jadi dengan musuh-musuh kita kat sekolah dulu. jadi penyangak ke ataupon berjaya macam kita. berjaya ke engkau? 

nah dari situlah kepada yang posmen terlepas rumah nak bagi kad jemputan, kita masih boleh memberitahu mereka tentang niat suci kita nak berumah tangga. kepada kawan-kawan yang tak sedar diri tuh, contohnya macam i, konon tak nak jemputan dalam fb, nak kad jemputan konon engkau tuh penting sangat dalam hidupnya. cuma like status dye 2 3 kali sebulan. pergi jelah majlis dye tu dengan ikhlas. tak payah nak berlagak sangat lah kot cakap tak proper lah apa lah jemput pakai fb, podddaaahhh! nanti kalau ko kahwin, baru korang sedar macam mana payahnya nak contact kawan-kawan inform pasal majlis suci korang ni. 

plus, kalo jemput pakai fb, senang, semua dapat, tak ada yang terkecuali. tak ada yang terasa hati. duit pun jimat apa. tak payah susah nak anta kat depan rumah kawan, jimat kos pengangkutan dan jimat masa. zaman pon makin canggih, teknologi makin nak memudahkan kita, bukan menyusahkan kita. 

jadi kepada mereka yang menganggap invitation kat fb tu tak proper, tukarlah persepsi korang. 

kan, kan, kan?

ehem. 

selamat pengantin baru korang. 


No comments: