.

.

Klik Sini!

Tuesday, April 2, 2013

You need trust in love but you don't need love in trust.

Selamat semua. Tajuk sebenarnya adalah bagaimana ingin meraih kepercayaan si gadis? tapi tajuk diatas di reka untuk menampakkan elegantnya post aku ni. cheh, elegant ke? okay lah mari mulakan dengan bismillah. Syukur ke hadrat allah, kerana aku dianugerahkan idea untuk buat tajuk ni malam ni. Cheh macam nak buat manifesto pulok. Baiklah, berdirinya saya disini, berbaringnya saya diatas katil sambil menaip adalah untuk mencurahkan pendapat-pendapat tentang tajuk yang dibicarakan. Jadi kepada abe-abe kat luar yang dok salu tangkap leleh, gagal bercinta dan baru hendak menapak balik dalam bidang cinta ni. Meh, dok pikiaq kan sama-sama pendapat yang bakal dibicarakan ini. 

Bismillah. Sebenar-benarnya kunci kepercayaan dalam sesuatu hubungan adalah JUJUR, apabila bercinta dengan gadis pilihan, hendaklah selalu jujur mujur. Jujur mujur di sini biarlah berpada-pada, tidaklah sampai bila awek dok tanya ''Sygg, i cantik tak". Kau pulak dok jujur, "Tak, muka syg sama mengerutu macam monyet yang abang jumpa kat Taman Botanikal Ayer Keroh petang tadi, serupa yang, mati-mati ingat syg tadi, bila dah dekat baru tahu monyet". Hishhh amboi engkau! Over betol jujur kau. Itu bukan meraihkan kepercayaan, tu mintak makan kaki namanya. Jujur yang di perkatakan disini, cukuplah sekadar apabila soalan diajukan daripada gadis, anda menjawab dengan jujur. 

Ye saya paham, kadang-kadang, bila jujur tu bawak gaduhhh. So akan adalah alasan, "I tipu sebab i nak jaga hati u, i tak nak kehilangan u, i sayangkan u, i cintakan u, laut api sanggup ku redah, onak duri sanggup ku......... sat abang tengok skrip sat, haaa!... rentangiii, cinta i untuk u sampai mati." So shuweeet! Tetapi tahukah anda, alasan itu tidak akan diterima pakai oleh kami perempuan, so bagi tahu dengan jujur, "You, ni abg ni, i keluar dengan Nina, classmate abg, saja lepak minum," Ya, saya paham, benda ini akan jadi perang dunia. Tetapi tak akan terlalu lama, at least bila anda memberitahu die perkara yang sebenar, mereka akan marah, TAHAN! itu maknanya dia sayangkan anda. Tetapi marahnya tak akan berlarutan sehingga tiga atau empat tahun. Marahnya akan habis dalam bulan tu je. Jadi maksudnya TAHAN! 

Andaikata, anda membohongnya, dan si gadis dapat tahu dari mulut orang lain. Kepercayaan tak akan ada lagi untuk anda pada dirinya. Ini yang akan membuat si gadis marah berlanjutan sehingga satu dekad lamanya. Ye, untuk satu dekad lamanya. Kepada si jejaka yang sanggup terus TAHAN sehingga begitu lamanya dan dapat meraih kepercayaan si dia semula. WA TABIK SPRINGGGGG SAMA LU. Anda betul-betul mecintainya. Syabas di ucapkan dari saya kepada lelaki-lelaki tersebut. Gadis tersebut sesungguhnya bertuah memiliki kamu. Kalau diaorang masih tak perasan yang korang ni mecintainya tanpa putus asa meraih semula kepercayaan si dia. Sila bacakan nukilan saya ini kepada mereka. Nescaya mereka akan memikirkan sedalam-dalamnya apa yang saya perkatakan. Ha, kalo tidakpun, mereka percaya, tetapi EGO lebih mengatasi segala-galanya. Betulkan girls? Ikhlas dr jantung ke jantung. 

Si gadis suka menguji. Lumrah!!! Lumrah dalam naluri si gadis. Dalam percakapannya, dalam perbuatannya, dalam tingkahlakunya di depan anda. Contohnya, langgar plastik aiskrim, tapi melolong macam langgar monorel LRT sakitnya. Siap suruh angkat bagai, kononnya nak bermanja, sekali boyfriend lak dok ingat serius, siap call ambulans bagai.Wahhhhh!!! Boypreng kau sungguh caring!!! Tetapi apa pon semuanya untuk menguji kasih sayang anda padanya. Layankan saja. Benda ni hanya akan berlaku pada gadis yang manja ataupun bahasa kasarnya kurang matang. Apa-apa pun, matang ke tidak, itulah adalah dirinya. Terimalah dia seadanya. Bertolak ansurlah dalam bercinta. Che wah (*angkat bahu sikit)

Ouh berceghita pasal caring. Ye, itupon harus ditunjukkan walaupun anda sesibuk sibi. Hantarlah mesej, kalau tak sempat call, "Baby, u dah makan?". Ha, 4 Ayat je, Tak sampai 5 minit pon. Tak luak pon. Kami gadis memang sukakan perhatian. Gadiskan? Kalau nak bercinta, kena pakar dalam hal tu. Kami tak perlukan caring yang terlampau, macam "You!!! Kan i dah cakap you tak boleh angkat pen, pen tu berat dia 0.00000002 gram, kalo u angkat benda yang berat macam tu, tangan u boleh patah tahu tak, kalau u buat macam ni , kita putus okay?". Okay putus jelah. Cuba bayangkan kalau dah kahwin, tak boleh nak angkat pen sebab takut kalau angkat pen dah jatuh talak. Susah jugak dapat caring yang terlampau. Caring yang dimaksudkan mungkin cukup sekadar satu mesej yang manis dihantar kepada si dia menandakan anda mengingati cinta dia walaupun anda sibuk. Kerana setiap kali diri dan cinta rasa dihargai, kepercayaan kami juga akan bertambah kepada anda. Ini serius, bukan main-main. 

Ouh bertolak ansur dalam bercinta? Ceghitanya kat sini macam boyfie-boyfa je yang kene bertolak ansur kan. Sangat tidak adil! Okay girls, Kene fair and squareeeeea!!! Kita pon gadis tak perlulah nak menggedik ego sangat. Tipulah, tak jelous boypreng dok keluar dengan kawan perempuan lain. Tetapi sekurangnya dia jujur dengan anda dan membuktikan mereka sayangkan anda. Okay? Juga kehadapan ''perempuan-perempuan" tak perlu nak keluar dengan boypreng orang berdua. Kita sama-sama perempuan. Jagalah perasaan kaum hawa. Kalau nak keluar jugak tak payahlah berdua. Ramai-ramai pon boleh apa. Paling tidakpun, sila notifykan kepada girlfriend orang tu yang awk si gedik nak keluar dengan dia. Bagi mengelakkan kesalahfahaman. Baiklah. Saya penat menaip. Diharap pendapat saya ini dapat manfaatnya kepada anda. 

p/s: Bahasa Melayu ini huru hara, pembaca yang berumur 7 tahun ke 17 tahun digalakkan membaca dengan bimbingan orang dewasa. Maaf. 


I love Sue's Corner in Glee. Sneaky gays. Enjoy. That's how sue sees it! 










Monday, March 25, 2013

Awak cinta tak apa yang awak buat?

Wachu wanna do? wachu wanna do? do wachu want, do wachu love! Ayat tersebut cukup menyifatkan tentang prinsip diri ini. Di kala bulan mengambang, hidup penuh pancaragam, konsert dan sebagainya. Hidup cuma sekali! Tak paham apa yang saya sampaikan? In a simple word, dalam hidup saya, saya kena buat benda yang saya suka. Jikalau dan bila saya buat jugak benda yang saya tak cinta, akhirnya saya akan dapat keputusan sangat memalukan diri. Dan disebabkan itu, saya memilih untuk buat benda yang saya suka. do what i love bak kata mat salleh. 

Tapi kadang-kadang apa yang kita nak, tak semestinya dapat buat kan? Beruntung dengan orang yang boleh hidup dengan passion yang dicintai. Tak semua orang boleh hidup macam tu. Saya? Saya merupakan kategori orang yang selalu tak dapat buat apa yang dicintai. Contohnya? Saya suka main hoki. Tapi saya tak di beri peluang untuk bermain lagi, dan menyertai hoki di sekolah merupakan saat paling manis hidup saya. Lagi? Saya minat tarian traditional, tapi saya tak berpeluang untuk ikut menyertai kerana masa yang tak mengizinkan. sobs, sobs, sobs. 

Dan kadangkala kita belum jumpa apa yang kita minat. Hidupkan masih muda, Banyak lagi pengembaraan yang belum diterokai. maafkan diri ini jikalau menggunakan ayat Bahasa Melayu yang skema. Sebabnya terasa diri ini poyo malam ni untuk menulis apa yang terbuku, berbuku buku dihati. Dan untuk tahun lepas, buat pertama kalinya, saya jumpa benda baru yang saya jatuh cinta untuk dibuat. Event planner. Saya mengucapkan bebanyak terima kasih kepada pihak MEBA UiTM, (Member of Accounting) sebab memberi peluang pada diri ini untuk mengendalikan event yang terbesar di UiTM. I love doing that. Dan keputusan event tersebut amat membanggakan. Wah statement yang rasa nak tendang pintu. 

So saya berharap semua yang baca nukilan saya ini terus membuat apa yang dicintai. Kadangkala apa saja dugaan yang kita hadapi menjadi mudah apabila kita cinta pada sesuatu itu. Dan untuk diri ini, clearly, bowling is not my passion, beratus kali main bowling pon saya tetap tak boleh baling bola tu. why? because i don't love bowling. 

But whatever is, Be yourself. Do whacu love dan jangan berhenti untuk membuat apa yang di cintai. Sometimes, kita takut nak beritahu pada dunia apa yang kita suka, takut dipandang sinis ataupun takut diketawakan. Don't worry, as long as you feel awesome do whacu love, why bother them? Look surrounding you, akan ada orang lain yang terima diri u siapa. Contohnya, kebanyakannya yang boleh menerima diri kita seadanya adalah kawan baik kita. Why? Even bila kita terjatuh, bestpreng kita tu gelak sampai terkentut, masih dia juga yang menghulur tangan untuk membantu. Masih dia jugak yang menepuk bahu kita memberi semangat. Ouhhh bestpreng awak tak begitu? Awasss! Dia berpura-pura menjadi bestpreng awk. 

Be yourself and embrace the positivity. 

Nukilan ini akan diakhiri dengan lagu ini. 


You love that? Just do it. :)