Semalam. 28/01/2016. Nak diikutkan masih awal lagi nak check gaji dalam bank. Memang tak akan masuknya gaji. Dalam purse aku pulak tinggal RM 10 sahaja. Minyak tinggal dua bar. Tapi aku malas nak ambil pusing sangat.
Waktu balik dari kerja, aku diihampiri seorang kanak-kanak lelaki meminta derma. Aku baca lampiran yang dia tunjukkan, dia dari tahfis.
Aku hulurkan RM10 yang aku ada. Aku tawakkal. Berbekalkan minyak dua bar. Aku pulang ke rumah.
Hari ni, aku bangun pagi. Aku mula terfikir untuk ketuk pintu bilik adik-adik aku. Nak pinjam RM 10.00.
Tiba-tiba tergerak pulak hati aku nak check baki akaun. Bila check, alhamdulilah. Gaji dah masuk.
Unbelievable.
Sedekah cuma RM 10. Allah ganti dengan rezeki yang berlipat ganda. 142kali ganda.
Bayangkan kalau saya sedekah RM 50 semalam. Benar allah s.w.t tak pernah lupakan janji- NYA. Alhamdulilah. Sekarang, aku tidak lagi ragu-ragu dengan power of sedekah.