.

.

Wednesday, February 2, 2011

ketawa! hahaha

ketawa is kinda of feeling too. ketawa mean happy or kinda of funny! ada ke dalam dunia, org yang tak pernah ketawa? ermm.. tipu, tak kan la tak ada yang ketawa, mesti ada la! even ketawa yang berunsur kan HIKPOKRIT! sering berlaku kan? di sekeliling kita? :)


orang kata ketawa ni penawar segala penyakit, ada tu kata ketawa ni boley kurang kan risiko sakit jantung, so, sape yang sakit jantung kena la banyak ketawa lah yer.. :D hahahah


kalau dikalangan pelajar pulak, orang tua2 ckp ketawa banyak sangat ni tak elok, hilang ilmu, rasenye betol, cube buat eksperimen, hafal formula add math, pas tu ge cari kawan2, then gelak besar2, balik dr gelak, cuba hafal formula tu, cnfirm korg lupe la! so, to student jangan mengilai banyak sangat la yer? ingat-ingat la diri tu. hehehe



hahhaha. permulaan ayat dengan gelak tawa, tapi apa pulak pandangan islam dengan ketawa ni, ustazah sekolah agama dulu ada cakap, rasullullah s.a.w kalo baginda ketawa, baginda cuma menunjukkan barisan gigi geraham baginda sahaja, baginda tidak akan ketawa berlebihan, baginda juga akan menutup mulutnya semasa ketawa, kerana ketawa yang berdekah2 itu adalah sifat syaitan! 

disini, ada cerita sedikit tentang ketawa dari pandangan islam! :) 

sedikit kisah mengenai ketawa (harap xterkeluar dari topik ) ketawa dimasjid gelapkan suasana dikubur moga kita sama2 ambil iktibar Renungan: Ketawa di masjid gelapkan suasana kubur DALAM Islam apa saja yang dilakukan biarlah bersederhana. Sesuatu perbuatan itu jika dilakukan dengan terlampau, biasanya akan membawa padah buruk. Begitu juga dengan ketawa. Kata orang, ketawa membuatkan hati seseorang itu riang. Ada juga pendapat bahawa ketawa penawar duka. Namun, banyak ketawa sebenarnya menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati juga tidak berfungsi lagi. Nabi Muhammad melarang umatnya daripada gelak-ketawa yang melampau batas. Ini kerana banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barang siapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu. Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzah yang bakal ditempuhi kelak. Dunia hanya tempat tumpangan sementara. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara, tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab serta menyedarkan diri kita mengenai bahaya yang akan ditempuh. *Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur,* demikian ditegaskan oleh Rasulullah. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia. Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya dilaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat." Saidina Ali sentiasa mengeluh: *Jauhnya perjalanan, sedikitnya bekalan.* Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, baginda merasakan masih kurang lagi amalan. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam. Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, bermaksud; *Barang siapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan api neraka.* Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka. Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat. Beberapa sahabatnya pernah berkata"Ketawa segala Nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."Diriwayatkan bahawa Rasulullah suka menziarahi orang sakit dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan walaupun ketika baginda sendiri dalam kesempitan. Baginda amat menghormati tetamu juga tuan rumah. Justeru baginda tidak pernah kelihatan berlunjur walaupun di rumahnya sendiri, malah tidak pernah ketawa dengan kuat.Rasulullah adalah seorang insan yang sentiasa tersenyum dan suka menggembirakan orang lain. Sebarang kegusaran dan kehibaan hati akan disembunyikan sedapat mungkin agar tidak diketahui sahabat. Abdullah bin Harits menyebut: *Aku tidak pernah melihat seseorang yang sentiasa tersenyum melebihi Rasulullah.* Dalam sebuah riwayat lain menceritakan, ketika Rasulullah sedang berjalan tiba-tiba datang seorang lelaki lalu merentap baju baginda dengan kasar sehingga meninggalkan kesan koyak. Lelaki itu memohon kepada Rasulullah untuk diberikan kepadanya sedikit pemberian.Rasulullah sambil tersenyum terus memaafkan lelaki itu. Baginda sememangnya terkenal dengan sikap pemaaf walaupun kepada musuhnya. Ketawa pernah disifatkan sebagai *ubat jiwa*. Tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila berlebihan. Imam Hassan Al-Banna pernah berwasiat janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, selalunya tenang dan tenteram 


kalo nak lagi tau, click la link tersebut ok? 

so, balik-balik dengan ketawa kita tadi, kita ni punye macam2 ketawa, ketawa sampai sesak nafas, ketawa tak ingat dunia, ketawa mcm pontianak dan macam-macam lagi, pada nysa, happy lah macam mane korang nak happy, yang pastinya, jangan lah happy sampai lupe siapa pencipta kita.. :)



ok... BYE! hahahha...


No comments: