.

.

Klik Sini!

Saturday, February 6, 2016

Hero Sebenar atau Hero Ketuk Tin?

Hero? Kalau korang dengar perkataan hero. Apa yang korang fikir? Sejujurnyalah, selain korang membayangkan seorang lelaki yang segak berdiri diatas bukit berpakaian ala-ala Merong Mahawangsa? Atau juga selain gambaran imaginasi kanak-kanak seperti Power Rangers, Ultraman dan mungkin Banny and Friends?

Hero ni sebenarnya perkataan dari Bahasa Inggeris yang bermaksud pahlawan.

Kalau mak-mak kita dekat rumah. Hero ni dia merujuk kepada pelakon utama lelaki sesebuah drama atau telemovie.

“Drama apa ni anis?”

“Cinta Si Wedding Planner.”

“Siapa Hero dia?”

“Adi Putra.”

“Ohh heroin dia?”

“Eh bukan cerita pasal dadah ni. Pasal cintalah bu. Cinta.” 

Amaran keras. Jangan cuba loyar buruk dengan mak kau kalau dia tengah serius dalam bertanya. Kau balik yang sakit hati nanti sebab tak di layan.

Sedar tak kita? Hero ni sebenarnya wujud dalam dunia yang serba teknologi ni. Cuma dia tak perlukan pedang, pisau, alatan memanah dan mengetuai sebuah angkatan tentera yang gah untuk berjuang. Hero zaman sekarang hanya menggunakan air liur sebagai senjata. Berhati- hati. Bukankah lidah tu setajam pisau? Jadi, bila berjumpa dengan hero macam ni, sila kenalpasti dulu yang mana hero sebenar dan yang mana hero ketuk tin. Bagaimana nak bezakan?

Hero ketuk tin? Dia pakai baju power rangers lepas tu ketuk tin milo nyanyi lagu kami anak desa kat tepi jalan ke? Wah, kalau you all fikir macam ni. Applause for your imagination kerana anda berbakat untuk menyertai  Maharaja Lawak.

Hero ketuk tin ni sebenarnya hero yang memberi pendapat untuk menyelesaikan masalah anda tetapi sebenarnya pendapat yang diberi hanyalah sekadar atas angin. Tahu atas angin? Kosong! Tak ada apa-apa. Malah, pendapatnya memburukkan keadaan bagi fizikal dan mental yang sedia ada pada masalah tersebut.
 
Okay. Entri kali ni hanya sekadar pendapat  dari I yang berdasarkan pemerhatian dari sekeliling untuk membezakan yang mana hero sebenar dan yang mana hero ketuk tin. Kalau salah, tolong bagitahu. Kalau ada nak tambah, boleh tambah di ruangan komen.  Sama-sama kita bincangkan.

1.    Hero ketuk tin ni lebih kepada memberi pendapat berdasarkan ilmu pengetahuan atau dalam Bahasa ‘Omputih’ knowledge yang hanya berada dalam fikirannya sahaja manakala hero sebenar memberi pendapat berdasarkan ilmu yang berada dalam fikirannya dan fikiran orang lain juga.

Dari erti kata lain, hero ketuk tin akan menjurus kepada ‘KAU KENA DENGAR CAKAP AKU’ konsep dan hero sebenar akan menjurus kepada ‘PADA PENDAPAT AKU DAN TERPULANG KEPADA KAU UNTUK DECIDE’ konsep.

Contoh Hero Ketuk Tin: “Betul weyh, dengarlah cakap aku. Kalau kau tak dengar cakap aku, kau akan menyesal, time tu aku tak nak cakap apa-apa dah.”

Contoh Hero Sebenar: “Apa yang aku cakap tu semua pendapat aku je, kau mungkin kena tanya pendapat orang lain juga, apa pun fikir betul-betul sebelum buat keputusan. Banyakkan bersolat dan minta petunjuk dari NYA.”

2.    Pendapat atau pun ayat yang diberikan oleh Hero Ketuk Tin lebih menambahkan tekanan pada masalah yang sedia ada. Kita akan berasa tertekan dan stress bila mendengar pendapat mereka kerana kata- kata yang diberikan lebih berunsur negatif dan ‘offended’. Walaubagaimana pun, hero sebenar lebih memberikan kata-kata positive dan ayat yang lebih tenang kepada kita. Ayat yang digunakan lebih kepada ayat tidak memaksa malah hero sebenar merupakan pendengar yang baik.

Contoh Hero Ketuk Tin: “Aku dah kata dah weyh, kawan kau tu dah pinjam duit tak akan pulang balik. Kau percayalah cakap aku. Apa pun kau buat dia tak akan pulang balik. Kawan kau tu tak boleh percaya. Tu sebab aku tak pernah nak bagi pinjam duit kat orang. Jadi macam nilah!  Lambat bayar!.”

Contoh Hero Sebenar: “Mungkin dia dalam masalah kewangan. Sekarangkan kegawatan ekonomi, berilah dia masa. Amalkan doa doa yang boleh lembutkan hati dia untuk bayar balik hutang kau. Insha allah kalau rezeki kau, kau dapat balik duit kau. Kalau tak ada? Mesti Allah ganti rezeki kau dengan lebih baik.”

3.     Lebih sudu dari kuah. Ini yang I labelkan pada Hero Ketuk Tin ni. Menjaga tepi kain orang melebih-lebih. Belum sempat kita cerita semua, dia dah pasang telinga malah dah siap-siap berkawan rapat dengan dinding rumah kita. Tinggal dia cuma kena cari strategy yang tepat untuk megorek rahsia dari kita sendiri. Perlu dalam masyarakat kini untuk kita menjaga tepi kain orang tetapi sedikit dan berpatutan. Hero sebenar pula lebih pura-pura tidak mendengar dan mengetahui. Malah, dia hanya mendiamkan diri dan bersikap positif. Dia juga berusaha untuk menjaga aib korang.  Dia hanya akan memberi pendapat sehingga di beri tahu sendiri oleh orang yang menghadapi masalah.

Contoh Hero Ketuk Tin: “Semalam aku dengar rumah kau bising-bising, macam ada orang bergaduh. Kenapa weyh? Gaduh dengan laki kau ke?”

Contoh Hero Sebenar: ….Mungkin bunyi television kuat sangat dalam rumah tu. Ala biasalah suami isteri…. (Hanya dalam fikiran)

4.     Berpura-pura tak ambil kisah. Jangan terpedaya, kadang-kadang hero ketuk tin ni akan berpura-pura untuk tidak menjadi “lebih sudu dari kuah” dengan ayat “malas nak ambil port.” Yang hero macam ini bahaya! Sila sediakan senjata untuk membalas balik. “Malas nak ambil port” pada kau tetapi tidak pada orang lain. Kau akan menjadi glamor tiba-tiba pada orang yang kau sendiri tak kenal. Ha, jangan tak tahu hero macam ni sebenarnya penjaja. Bukan penjaja rojak petis. Penjaja cerita kau sana sini. Hero sebenar, dia akan menjaga aib kau dengan mendiamkan diri. Kadang-kadang, dia akan mendiamkan diri untuk memberi ruang pada korang untuk menyelesaikan masalah. Mungkin akan bertanya pada korang okay ke  tidak sekali sekala hanya untuk memastikan diri korang tidak rasa keseorangan.

Contoh Hero Ketuk Tin: “Ha, malas aku nak ambil port pasal kau lagi. Hari tu aku cakap kau tak nak dengar. Ha dah lah!”

Hati-hati dengan ayat-ayat macam ni.

Contoh Hero Sebenar: “ Za, kau okay kan? Kalau kau rasa tension or stress aku ada je kat sini. Mesej je okay?”

Kita memerlukan hero sebenar dalam kehidupan kita. Bukan hero ketuk tin, yang berpura- pura hebat untuk menyelesaikan masalah tetapi sebenarnya menambahkan masalah dan juga tekanan pada orang tertentu. Berfikir sebelum memberi nasihat. Kita sendiri belum tentu mengalami masalah seperti yang memerlukan. Fikirkan dulu perasaan yang dihadapi oleh orang bermasalah. Jadi kawan yang betul pada kawan anda.
Bila ia jadi pada batang hidung kita sendiri. I’m very sure yang kita juga memerlukan hero sebenar yang lebih bersifat positif dan supportive. Bukan hero ketuk tin yang berbangga dengan idea dan pendapat kosong yang dilontarkan.

Nak tahu apa yang I rasa kalau I tersalah luah perasaan atau bercerita pada hero ketuk tin ni? Jujur. I akan rasa tertekan malah terbawa-bawa idea dan pendapat kosongnya itu dalam kehidupan harian I dengan serious. Ia membawa impak yang besar dalam life i. I akan jadi bertambah sedih, marah, tekanan dan juga tak bersemangat untuk terus hidup. Hanya cuma mendengar kata-kata juga idea negatif dari hero ketuk tin. Benar. Lidah setajam pisau. Kata-kata juga boleh membunuh. Berhati-hati bila berbicara.

4 comments:

mayatepi said...

hahaha... nowadays bnyk hero instant larrr... koyak paket masuk cawan dan kocak guna senduk...

NysaSarah said...

Hahaa. Betul tu. So kita kena lebih berhati hati. Nanti diri sendiri yang merana. Hehe

NysaSarah said...

Hahaa. Betul tu. So kita kena lebih berhati hati. Nanti diri sendiri yang merana. Hehe

NysaSarah said...

Hahaa. Betul tu. So kita kena lebih berhati hati. Nanti diri sendiri yang merana. Hehe