Dua tahun selepas graduate, tempuh alam pekerjaan. Believe it or not, sepanjang berada di alam pekerjaan. Hati meronta nak sambung belajar balik. For me, studies moment adalah moment yang paling indah dalam kehidupan. Hanya perlu pening untuk final exam dan juga assignment. Bonus pening untuk orang yang bercinta. Ehem. If you know what i mean.
Selama dua tahun ni, berpindah randah bertukar kerja. Dari Melaka ke Seremban then ke KL sekejap then back to Melaka because homesick. Okay. Memang I ada kememeh sikit bila far away from family. Haha
Disebabkan too much jump dalam career, financial memang ke laut. Vacation or short escape niat yang sepi di biarkan berlalu. Finally guys, on 20th February 2016, I berjaya merealisasikan impian hashtag vacation or short escape. woo!!
We choose Pulau Perhentian, Terengganu. why? Disebabkan bajet percutian kami tak adalah extravaganza pun. We just choose backpacker style for the trip sesuai dengan bajet yang kami peruntukkan. Lepas buat some research and read some blogs, Pulau Perhentian merupakan satu destinasi perlancongan yang kita tak perlu bimbang tentang perbelanjaan. Makan, accomodation and even pakej yang disediakan semua murah belaka.
And for us, we choose pakej yang disediakan oleh De My Travel and Tours. Sangat murah dan berpatutan. Bukan sahaja ke Pulau Perhentian malah banyak lagi pakej perlancongan ke destinasi lain yang affordable disediakan oleh mereka.
Pakej yang kami pilih berharga RM 199 per pax. Hanya perlu bayar RM 100 untuk deposit sebelum tarikh ketibaan. Pakej termasuk speedboat transfer, 3d2n stay at aircond room of Sealife In, and one Snorkeling Trip at 5 snorkeling points (10.30 am - 4.00 pm). Pakej ini tidak termasuk makan dan minum, marine park tiket berharga RM 5 dan juga perbelanjaan lain-lain tapi please jangan risau disebabkan Pulau Perhentian tertumpu pada perkampungan Nelayan, banyak gerai makan dan warung makan dengan harga yang berpatutan bersepah kat sana! So please jangan risau kalau cacing dalam perut kelaparan. Haha
First Day : 20th February 2016
Sabtu, hari ni kitaorang kerja half day. Bas ke TBS pukul 6 petang, disebabkan tak ada bas ke Kuala Besut Terengganu dari Melaka. Kitaorang kena ke KL dulu. Perjalanan dari Melaka ke TBS (RM 10 per person) hanya memakan masa 2 jam. Hari ni, kene get ready sebab sehari suntuk hidup dalam bas. Bekalan makanan kena cukup, bekalan untuk tidur pun kena cukup. Semua prepared well. Tiket bas dari TBS ke Kuala Besut, Terengganu pun dah beli. Harga tiket bas RM 44 per peson. Sampai ke TBS pukul 8 malam. Lepak kat TBS makan-makan dan kami gerak naik bas ke Kuala Besut pukul 10 malam.
Bas ada delayed setengah jam sebab driver cari orang tak jumpa. Kitaorang semua tidur all night long dalam bas.
Second Day: 21st February 2016
We arrived at Kuala Besut, Terengganu pukul 8.00 pagi. Orang agent tu call I pukul 5.00 pagi sebab he thought kitaorang da sampai tapi disebabkan banyak pit stop and bas kitaorang pon delayed semalam, kami sampai agak lambat sedikit. Still, orang agent yang baik hati tu tunggu kitaorang and let us have our breakfirst first before naik boat.
Jarak Jetti Kuala Besut dari stesen bas Kuala Besut takdelah jauh mana. Memang tak jauh. Dalam 500 Meter je. Sesampainya kami di jeti, kami kena bayar RM5 untuk marine park tiket. Marine Park tiket ni macam kebenaran untuk kita berada di atas laut selama 3 hari. I thought mungkin macam insurance kot. Not sure that part lah.
So first time naik bot, langgar ombak besar. I have to hold my friend's arm sebab tak biasakan. Rasa macam nak cakap dekat abang tu.
"Bang, boleh pakai paddle kayuh tak?" Hurm. Bertahunlah sampai kat Pulau. View waktu perjalanan tu memang sangat cantik. Banyak Pulau yang kita boleh nampak dari bot antaranya Pulau Susuk Dara dan Pulau Lawo, if i'm not mistaken. Sebab terdengar abang boat cakap dengan penumpang lain. Perjalanan dari Jetty ke Pulau Perhentian mengambil masa dalam setengah jam.
Please ignore our faces, we are so pale since we are exhausted. Tapi best!! |
Sesampai sahaja di Pulau Perhentian, kami di minta untuk berjumpa dengan En Hakim, di bangunan Sealife In. This hotel located at Fisherman Village. So bawah hotel bersepah dengan gerai dan warung makan. Ditambah pula, dengan orang Terengganu yang sangat peramah. Disebabkan kami sampai agak awal dalam pukul 10 pagi so kami kena tunggu sekejap untuk diaorang dapatkan bilik sebab ada yang tak check out lagi.
Kami dapat bilik 3 katil queen, aircond and shower. Tak ada TV. Okay. Don't expect too much. Pada I, tak ada TV tak apa. Jangan tak ada aircond. You know bila cakap tak ada TV, pretend like it was 1985, no TV, internet pun cukup makan, cukup sekadar boleh whatsapp dan boleh instagram. Tak ada connection dengan dunia luar. Itu yang I nak! Tenang and semua masalah fly away. Wow!
Neat and Clean |
View from Room |
View from Room |
Fisherman Village View |
Then kitaorang tidur sampai pukul 1. Lepas pukul 1, semua terbangun sendiri, serentak sebab perut dah berbunyi. Mana taknya, last makan waktu breakfast tadi. Then, kami bersiap untuk turun makan dan bercadang untuk ke Long Beach. Kami terbaca dalam satu blog ni, untuk ke Long Beach mengambil masa 45 min berjalan kaki dari Kampung Nelayan tu. Tetapi, kalau tanya pada penduduk kampung mereka akan sarankan untuk naik bot sebab katanya jauh.
Jadi kitaorang pun tanyalah tambang naik bot. Kata mereka "15 riah sore". Hati ni pulak adventurous gitu. So i cadangkan untuk jalan kaki je dari Kampung Nelayan tu bila terpandangkan peta Pulau Perhentian, Long Beach macam dekat je dengan Kampung Nelayan. So we decide untuk jalan kaki.
Jalan yang kitaorang lalu tu jalan tanah merah dan hutan. Orang kampung bagitahu, jalan tu baru nak buat ke long beach. Sepanjang hiking tu banyaklah view korang boleh enjoy while taking a rest. View dari bukit dan bunyi hutan. Tenang.
Asik budak ni je jadi model aku. Haha. |
Sepanjang perjalanan jumpalah orang kampung pesan kat kitaorang yang jalan jauh lagi. Guess what? Memang jauh then kitaorang terpaksa patah balik ke kampung sebab hutan makin tebal and kitaorang pulak semua perempuan je. Risau. Kitaorang decide untuk patah balik. So plan ke Long Beach by Jalan Kaki. It's a FAILURE. Kenapa heboh sangat nak ke Long Beach ni?
Long Beach merupakan salah satu pantai tercantik di Pulau Perhentian ni. Dari Long Beach ni jugak, ada kincir angin yang cantik. Cuma kena hiking sikit. So kalau amik gambar ala-ala kat luar negaralah. Cantik. Hajat kami nak menikmati pandangan tersebut. Tapi, cari kincir angin, kincir angin tak jumpa. Sigh.
Third Day: 22nd February 2016
Hari ni hari snorkeling! So seawal 10.20 am kitaorang turun ke Jeti Pulau untuk tunggu En Ismail. Dialah person in charge untuk snorkeling. First point, dia bawak kitaorang dekat - dekat dengan pantai dulu. Training Snorkeling. Kat situ kalau pergi jauh sikit, dapat tengok coral dan ikan yang cantik cantik dalam laut. Ikan yang rare pun ada. Best. Lepas En Ismail tu rasa kitaorang dah okay sikit dia bawak kitaorang ke turtle point.
Tempat training Snorkeling |
Kat turtle point ni, kitaorang snorkeling waktu turtle tu tengah makan rumpai laut dekat dasar laut. Ikut kata En Ismail dia akan berada di dasar laut selama 20 minit dan akan timbul hanya selama 5 saat sahaja. Yes, turtle dia sangatlah hai comel.
Next point adalah shark point. Punyalah risau, sebab kat turtle point tadi En Ismail tu biar je kita snorkeling independent kat dalam laut. So, kali ini minta dia turun sekali. Sebab bayangkan shark dalam movie Jaws tu. Teruk betul mind I ni. Haha. Dapatlah tengok shark ni. Comel! Ada dua ekor playing each other, bahagianya hidup. Rugi sangat pada siapa yang tak try shark point ni.
Okay bila dah redah 3 point, next point adalah Restaurant Point buat kata En Ismail sebab perut pun dah lapar. Kitaorang balik ke Kampung Nelayan untuk cari warung makan. Untuk lunch, kitaorang singgah ke warung kak Mas. Kitaorang lunch kat situ and siap booking ikan bakar untuk malam pulak. Kak Mas ni sangat baik hati dan peramah. Lauk dia semua sedap. Ringkas tapi sedap. Teh Beng dia (Teh Ais) sangat pekat dan sedap!
Warung Kak Mas |
After lunch, kitaorang sambung snorkeling! Next point adalah Coral Point. Tapi disebabkan arus ombak yang kuat. Kami dinasihatkan untuk tidak turun snorkeling. So kat coral point, kitaorang cuma berpeluang untuk memberi ikan makan. Walaupun hanya roti sahaja, memang banyak ikan yang cantik timbul dengan coral point ni. Mengikut kata En Ismail, Coral Point dekat Light House ni lah coral yang paling cantik di Pulau Perhentian ni. Tapi sayang, kami tak berpeluang untuk melihatnya. Next time maybe?
Last snorkeling point, Romantic Beach. Kalau pergi Romantic Beach ni, ianya sesuai untuk lepak lepak, jemur badan ala- ala mat salleh dan mandi pantai . Sepanjang di Pantai tu, ada pokok- pokok yang orang kampung gantung shell yang cantik-cantik untuk nampakkan Romantiknya pantai tu. Kat Romantic Beach ni, selain aktiviti mandi pantai, boleh snorkeling juga. Berdekatan dengan pantai ni, ada nemo point. Siapa yang bercita-cita untuk Finding Nemo bolehlah ke pantai ni nanti.
Disebabkan waktu kat Coral Point kitaorang kan tak berpeluang untuk snorkeling, so kitaorang jimat masa kat situ. Terbalik awal pulak dalam pukul 4.30 pm. Disebabkan balik awal, and En Ismail tu kena amik penumpang pukul 6.00 pm kat Jeti Shang Ri La Resort, En Ismail minta kami lepak dulu kat Jeti tu. Bila tanya En Ismail, ada jalan ke Long Beach dari Jeti tu. Dekat je. Dalam 10 minit. So kami pun decide gerak ke Long Beach dari Jeti tu. Tapi kami tak plan nak cari kincir angin, sebab kena hiking. Penat baru balik dari snorkeling!
Sesampai je kami ke Long Beach, memang cantik. Memuji kebesaran Allah s.w.t. Cantik sangat. View kat sana macam saing-saing Phuket dan Krabbi. Member kata, air laut dekat Pulau Perhentian ni lagi cantik dan jernih dari air laut Krabbi. Pada yang tak tahu kat mana plan nak cuti. Tolonglah datang Pulau Perhentian ni. Tak perlu pergi luar negara nak menikmati pemandangan macam ni. Kat Terengganu pun ada!
Dah puas bergambar melompat bagai. Kitaorang balik. Balik dalam keadaan tak sabar. Tak sabar nak rasa Ikan Bakar, dan Udang Bakar Kak Mas!
Sedapp! Memang sedap! Ikhlas Kak Mas masak untuk kami. ;*
Forth Day: 23rd February 2016
Kami bangun agak lambat hari ni. Sebab semalam penat bergumbira, so kami bangun breakfast dan gerak balik ke Kuala Besut untuk balik ke Melaka. T.T
We all melalak waktu boat gerak balik ke Kuala Besut. Hati tertinggal di Pulau Perhentian. See you next time Pulau Perhentian! :*
Then, bas gerak ke TBS pukul 8.30pm, so kitaorang decide untuk rest dekat lodge yang berdekatan sehingga pukul 8.30pm. Lodge Samudera Hotel ni satu-satunya yang menawarkan perkhidmatan untuk korang rest and go. Diaorang akan kire half price. Kalau hotel bajet yang lain semua kira 1 malam even rest and go pun.
Okay bawah ni i sediakan perbelanjaan i di Pulau Perhentian untuk korang refer dan bajet. Memang tak sampai RM 600.00 pun. Sangat murah dan affordable untuk pemandangan yang cantik ala-ala Maldives!
Perbelanjaan To Pulau Perhentian | |||||||||
RM | |||||||||
Pakej Snorkeling and Hotel | 199.00 | ||||||||
Bas ke TBS | 10.00 | ||||||||
Bas ke Kuala Besut | 44.00 | ||||||||
Makan di TBS | 10.10 | ||||||||
Marine Park | 5.00 | ||||||||
Breakfast 1st Day | 8.00 | ||||||||
Lunch 1st Day (PP) | 15.50 | ||||||||
Breakfast 2nd Day | 0.00 | (Sebab kitaorang ada bawak 3in1, so eat breakfast dalam bilik) | |||||||
Lunch 2nd Day (PP) | 8.00 | ||||||||
Minum Petang | 10.00 | ||||||||
Dinner (Ikan bakar - RM63/4) | 16.00 | ||||||||
Breakfast 3rd Day | 5.00 | ||||||||
Lodge Samudera Hotel (RM55/4) | 13.00 | ||||||||
Sourvineer | 100.00 | ||||||||
Bas ke TBS | 44.00 | ||||||||
Bas ke Melaka | 10.00 | ||||||||
497.6 |
Other tips:
1. For girls, yang korang tak bawak lelaki waktu percutian macam kitaorang. Please be careful sebab sebaik je korang turun dari Jeti Kuala Besut akan ada ramai yang willing nak tumpangkan. Be extra careful.
2. Bas. Kalau perjalanan panjang macam kitaorang, dari TBS ke Kuala Besut. I sarankan you all pilih bas Express Perdana atau Adik Beradik untuk keselesaan anda.
3. Don't forget your sunblock sebab muka i burn sampai sekarang!
4. Extra bonus untuk korang yang boleh bercakap Pantai Timur. Psst, boleh dapat tambang bot or sourvineer murah! Hehe.
5. Please dapatkan water proof camera ke Yicam ke untuk aktiviti snorkeling anda. Kitaorang tak ada. Rugi!
Okay, harap info diatas dapat memberikan sedikit gambaran pada anda yang ingin memilih Pulau Perhentian sebagai Destinasi Percutian anda! Have fun and Have a safe trip!
My teacher always taught me "Jauh perjalanan, luas pemandangan". Now i understand what it means. Pengalaman yang tak akan dilupakan! :)
1 comment:
Hai dear ! Nk tnye, ade contact info guide travel tu tak ? Bukak link u bg tu tk boleh lah. Please do pm me 017-2538701(nurul). Nk tao info pakej je. Hehehe tq dear ��
Post a Comment