.

.

Wednesday, July 20, 2011

Kenapa saya tak menulis lagi?

Jawapan:

1st: sibuk dengan Friends TV shows dari season 1 sampai season 10, thanks to syad yang introduce TV shows ni waktu kat kampus dulu. Laughing non stop sampai pintu bilik kena ketuk pukul 2-3 pagi oleh ibu, bila bukak pintu, muka ibu sgt takut sampai pandang kesuluruhan bilik saya, then tanya '' Dengan siapa anis ketawa?''

2nd: Kepenatan bekerja, balik dr kerja pukul 6.30, mandi terus pengsan sampai ibu menjerit dari bawah, '' ANISSSS!!! Solat Magrib sekarang!! Jangan asyik nak tido je'' sambil menjegilkan mata, terus aku bagi alasan, kalau mata mengantuk lagi then solat, hukumnya makruh. Ibu masih menjegilkan mata, okay bye, nak solat dulu.

3rd: Kehabisan idea, bile bukak blog nak buat new post, saya tak boleh nak fikir isi entry dan topik yang dibincangkan nanti. Sampai satu tahap, rasa nak buat topik macammana nak jadi blogger yang ada blog tapi tak nak buat entry baru. Then isi kandungan tersebut mempunyai sifar sesifarnya idea yang bernas.

4th: Sebab rasa blog yang lama tu macam bebudak aka tak cukup umur. so, mintak tolong adik kesayangan anum, mengeditkan blog saya in return kene belanja dye Slurpee.

5th: Sebab setiap kali turun bawah nak on modem, saya akan bermain dengan Fatiha my little cousin budak cute miut selama sekurang-kurangnya 2 jam. Lepas tu, dah tak ada feeling dah nak berblog, hari ini Fatiha balik kampung, so tak ada distraction untuk berblog.

Sekian itu sahaja. Maka, selepas ini saya tak akan berjanji lagi untuk berblog setiap hari. Tapi saya akan berjanji untuk berblog sekali seminggu.

4 comments:

~Queen Q~ said...

keep up being honest in blogging :)..

nisa1069 said...

i do honey. btw, thanks. leave ur comment. :) such a great honor for me. :)

Atika Farha ;D said...

wah, blog u dah makin cantikkkk!

nisa1069 said...

is that so darling? hehe. so do you. i love your blog do much. :)