.

.

Sunday, September 4, 2011

Sekilas tentang Raya tahun ni

Asalamualaikum w.b.t

Tahun ni raya tak adalah best mana. Boring tambah rasa yang menyampah. Menyampah tentang perkara yang tertentu yang berlaku di hari raya. Rasa yang penuh dengan menyampah. Tak ada yang lagi bagus selain perasaan yang gembira dapat minta maaf dan ampun dengan Ibu yang tercinta di pagi raya. Itu aje yang best. Yang lain semua biasa. Pagi Hari raya, siap-siapkan diri, hiaskan diri cantik even bangun lambat pukul 7 pagi. Terus turun minta maaf dengan family. 

Tiba-tiba dengar salah seorang dari ramai-ramai cakap Ketua Menteri Melaka buat rumah terbuka kat MITC. Sebab tak ada benda nak buat so, kitaorang pun pergilah dengan dua kereta. Sampai sana beratur panjang-panjang macam assembly waktu sekolah nak masuk kelas. Lebih kurang 1 jam Setengah beratur panjang-panjang baru dapat masuk dan bersalam dengan wakil Ketua Menteri Melaka, then dapat duit raya RM5, so dapat lah beli Magzine Seventeen cover Lucy Hale. Just tambah RM1 sumbangan dari adik kesayangan ku. Terima Kasih Ajlaa.

Balik tu, sepupu sepapat nak tengok wayang kononnya cerita hantu bonceng. Ya, raya pertama kami tengok wayang. Cool kan? Haha. Memang cool. Dengan kasut yang setinggi 4 inci pergi jalan-jalan bersiar kat Mall. Rasa macam nak cabut kaki lepas tu jalan. Eh, Kalau boleh jalan. Tak Ada rezeki nak tengok Hantu bonceng 1st Raya, tengok Rise of the planet of the apes. Best jugak cerita tu. Kelakar dan Best. Best giler. Ada juga yang best. Eh. 

Lepas tu, raya kedua pergi rembau. Dari Melaka ke Rembau saya duduk dalam keadaan yang berbetuk C. Sebab kereta tak muat. Sakit. Rasa macam nak cabut pingang pulak. Kalaulah badan ni macam patung barbie. Boleh cabut kepala, kaki dan tangan. Mesti scary Kek Nat yang duduk sebelah saya waktu tu. Tapi tak apalah, raya kan setahun sekali. Setahun sekali je saya rasa macam tu. Betul tak? Ah yeah, whatever.

Raya ketiga, tak buat apa-apa. Tidur sepanjang masa, tak ada teman. Mak Lang dah balik. Mak usu jalan raya dengan atuk nenek. 

Sekian. Selamat Hari Raya semua. Eh. 

No comments: