.

.

Klik Sini!

Saturday, August 27, 2011

Blog Yang Buat Saya Nak Berblog.

Kalau nak dipendekkan lagi tajuknya, bolehlah dikatakan sebagai Blog Inspirasi Saya. Tapi, sebabkan rasa tajuk tersebut tersangatlah skema sehingga membuatkan Cikgu Bahasa Melayu sekolah tertarik untuk membaca seterusnya memberi markah diruangan komen. Rasanya tak perlulah sampai macam tu. Blog Nysa Sarah hendaklah dikenali sebagai blog yang sempoi dan bukannya materialistik. Cheh Wahhh!! Sorry cikgu.

Sebelum kita terus mendalami tajuk tersebut. Ni nak habaq ni, last week kan ada habaq tengah download cerita korea kan? By the way, citer tu dah complete download dari episode 1 hinggalah episode 24. Yippiiii. the great news is, dah tengok drama korea tu sampai habis dalam masa lima hari. Hebat tak Kek Nysa ni? hahaha. Hebat sungguh. Sanggup stay up sampai kol 4 pagi hari-hari nak tengok drama ni. Dah tu pergi kerja dengan mata yang macam panda. Panda tu cute lah jugak. Aisssshhh. Tolong saya Loreal Eye Defense. Awwww.

Tak kisahlah memandangkan semalam hari terakhir bekerja. Tsk, Tsk. Sedih pulak mengenangkan hari terakhir bekerja semalam. Lepas ni kene lah grab gelaran student sebaik mungkin. Tsk, Tsk. Mengadap buku lagi. Tsk, Tsk. Oklah, lupakan kesedihan, grab segala keriangan. Hari ni, nak story blog siapa yang menjadi inpirasi dan reference kepada Nysa untuk berblog. Kiranya Nysa ni stalker la. so awas kepada anda yang mempunyai blog yang best2. Tapi jangan risau Nysa no copycats or copypanda.


Hanis Zalikha

Haruslah Kek Nis kita ni. Memandangkan nysa ni merupakan peminat blog dye. Makanya, before kelas setiap hari akan dibuka blognya untuk melihat perkembangan blog si cantik manis ni. Blognya sangat sempoi dan coool. Ayat yang digunakan pulak mengikut peredaran masa kaum sejagat yang sempoi dan sekutu dengannya. Setiap kali entry yang dibaca dari blognya pasti akan membuatkan nysa tersenyum dan ketawa sendiri. Wahhh. Bagai dilamun cinta dengan blog Kek Nis ni. Love you Kek Nis... I should't call you Kek@Kak, kita sebaya. Bulan lahir pun sama. Go Go Libra. Aja Aja! :)


She used to be my friend during my diploma. She is a good friend. Tapi Nysa sempat rapat dengan die waktu Sem 6. Anyway, she is a good blogger. i love her blog. Elegant, Smart, Smooth, Warm and Honest. Itu perkataan yang sesuai for Blog Farha. Dulu, rajin gak stalk blog minah ni. Hahaha. She looks happy in blogging. Macam blog tulah dunia die. Dan semua yang dikongsikan dalam blog tersebut merupakan hari-hari hidup dia yang sangat menarik hati. :)


WoNDeRFuL LiFe

Minah ni pulak merupakan anak sulung kepada kakak ibu nysa. hahaha. Kakak Sepupulah, tak payah nak complicated sangat. You see i was there in the header picture. Well, no one can detect me. :p Kalau ada siapa yang boleh detect nysa kat header picture Kek Nat ni, sila bagitahu. Anda akan memenangi hati Nysa Sarah. Chettttt! Fun, active, bersemangat, friendship, family and love dianugerahkan kepada Blog Wonderful Life. Bila tengok blog Cik Netty ni, hati berbunga riang seriang bunga sakura. :D

Banyak lagi blog yang menjadi inspirasi Nysa. Tapi, mereka ni merupakan among the reason nysa wujudkan Blog NysaSarah's story morry untuk tatapan umum. Bila pergi blog diaorang ni rasa nak berblog tu membuak-buak seperti lava gunung berapi. Ececehhhh. Lebih kuranglah. Diakhir entry ni, Nysa nak mengambil segala kesempatan yang ada untuk mengucapakan Selamat Hari Raya In Advance, memandangkan kesempatan untuk berblogging adalah limit sewaktu musim perayaaan. 

Kumpul Duit banyak-banyak. Then buat giveaway lepas tu jemput nysa untuk join lah ye? Hehehehehe. Sangat senang Hati hari ni. My ibu start nagging us to berkemas right now, so kene pergi ni. Before tu, nysa nak kongsi quotes yang menjadi favorite dan pegangan nysa semasa bergelar student. Here you go. 


Terima Kasih kepada rektor UiTM Melaka yang introducekan Quotes ni kat Nysa. 

Quotes ni sangat bermakna dalam hidup nysa.

Tak Faham quotes ni? Fikirkan sedalam-dalamnya. 

Bye, everybody. Love u olls. Mmmuaaahhh :) 

No comments: