.

.

Saturday, August 13, 2011

Apa Yang Korang Buat Pada Malam Korang Cuti?

To be honest, i don't know what to talk about. I've been thinking 100 times in front of my lovely lappy. So lame. Finally, i do some research and this what i found!

Apa Yang Korang Buat Pada Malam Korang Cuti?

Work everyday and you got tired. Balik keje, terus tidur macam orang pengsan yang kalau kita lari dalam bilik dia then jerit ''api, api'' pun dye tak akan bangun. Forget it if you just wanna make prank to them. Not worth it. Korang tak akan dilayan. Harap Maklum.

hanya gambar hiasan
Tapi lain pulak kalo malam cuti dari berkerja. Ada je benda nak buat. Ya, saya berpengalaman dalan hal ini. Selepas merasa kepenatan mencari rezeki. Hari berehat merupakan hari yang berkualiti untuk melapangkan segala masa yang memang terlapang untuk mengeratkan silturahim dengan keluarga, sanak saudara, anak-anak buah, anak-anak kucing, boypren, dan semua yang ada kene mengena dengan diri. Kadang-kadang yang tiada kene mengena dengan diri pun akan dikena-kenakan. Mumbling!!!

Baiklah, ini merupakan antara benda yang saya lakukan dimalam hari bercuti.

Marathon Movies. Ini selalu dilakukan apabila tidak mempunyai idea nak dilakukan. Lepas satu movie sambung movie lain sampai muntah. Baring atas katil dengan comforter yang berlingkar atas badan serupa macam ular yang nak salin kulit. Bukak kipas kuat-kuat dengan tisu kat sebelah in case kalau movie tu sedih. Macam movie the hachiko a dog story, lepas tu marley and me. I wanna kill my self. Kenapa ending citer tu macam tu, the worse part, kena telefon rumah sendiri suruh adik hantar tisu ke bilik. Tsk, Tsk. Kemalasan yang melanda. 


Marathon TV Series. Benda yang sama dilakukan seperti marathon movies. Dalam satu hari je, korang boleh habiskan FRIENDS TV SHOW dari season 1 till season 10. Sebab kol 8 pagi sampai 11 malam, korang dok menghadap laptop sampai mata korang jadi sembap. The worst part, bila mak panggil. Keluar buat muka teruk, cakap pening kepala. Mana taknya, satu hari tak mandi tengok TV Shows tu. Euwww!!


Make up, try baju yang cntik-cantik, posing macam Hanis Zalikha. Ni tipulah kalo korang perempuan tak buat benda alah. siapa yang tak buat memang loser. Haha. Lepas tu malas nak cuci make up. Hang tidur dengan make up yang masih terlekat di muka anda. Seminggu kemudian, jerit macam org gila ''Ibu, bintik hitam!!!! Besarnya mcam tahi lalat''

Cari orang nak teman ko keluar besok. Buat senarai nama, lepas tu kategorikan kawan mana yang tak busy selalu or satu kepala. Lepas tu call ajak keluar besok. Then, mulalah tidur awal untuk dapat kan beauty sleep. Mana tahu jumpa Aaron Aziz waktu keluar besok. Muka kenalah segar. Tak dapat Aaron Aziz, dapat Harun Ajis pun boleh lah. 

hanya gambar hiasan

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang pelik-pelik dilakukan. Tapi dipendekkan atas sebab kemalasan untuk menaip lagi panjang. Makanya, kalau korang ada aktiviti korang sendiri. Sila-silalah mengomel di ruangan komen dibawah. Tiada paksaan. 

Aktiviti tu tak payah pelik sangatlah. :)

2 comments:

~Queen Q~ said...

tidur lena!

nisa1069 said...

hahaha. dah selalu buat lah. dah boring,