.

.

Klik Sini!

Tuesday, August 9, 2011

Tak Nak Puasa Tak Apa.

Okay kalau tengok tajuk memang Pertubuhan Agama Islam akan serang saya kat Rumah bawak Lap Top dengan Broadband suruh delete post ni. Tapi sabar tuan, sabar. Sila baca isi kandungan saya dulu. Hari ni saya bukak Web Cam nak amir gambar posing alah Hanis Zalikha tapi terus jerit ''ewww,ewww'' sebab nampak double chin sendiri. Kecewa yang teramat menonggeng-nonggeng. terus tekan click (x) kat atas. Tak sanggup nak tengok badan yang macam dipam-pam angin tayar kereta yang didapati di setiap petrol station berdekatan. Ya, saya pun tak tahu apa motif saya beritahu benda alah yang serba memalukan diri ini kepada anda. Tetapi ketahuilah, ia tiada kene mengene dengan tajuk diatas.

Sila regangkan segala kerutan didahi anda selepas membaca benda diatas dimana tiada kene mengena dengan tajuk yang diberi. Maka, balinglah segala Chickadees Snake yang lemau ke screen lap top anda menunjukkan kebodohan yang dilakukan ooleh saya. 

Diari hari ini. Ibu kejut sahur pukul 5 pagi,  dengan lemah longlai dan mata yang masih mamai lelap kaki melangkah ke dapur sambil terdengar nenek mengejutkan mak usu yang masih lena di toto yang empuk. Tapi dalam hati cakap kisah apa aku, nak makan sambal ayam ibu tambah cencalok cili padi yang kalau makan sepinggan memang tak cukup. Tengok badan pulak.

lepas makan sepinggan masih lagi berfikir untuk tambah sepinggan lagi tapi takut badan yang dah macam Panda. Mak usu pesan nak niaga hari ni pukul 11 pagi. Jadi terpaksa lah bangun pukul 10.30 pagi untuk berniaga di bulan Ramadhan yang panas terik segala bahang yang diserap oleh semua lemak didalam tubuh. Macam hari biasa, kena buat air soya. ya, soya itu dibuat oleh saya sendiri, Muka bangga. Tetiba uncle india sebelah kedai ni nak secawan air soya panas.  Tak kisah lah. bangsa asing, dye bukan pose pon.

Tibbe-tibe datang pak cik yang tak ada gigi cakap nak air soya ikat tepi sebab nak minum kat kedai Uncle. Siap beritahu sebabnya sekali kat sini. Rasa macam nak menjerit kat Pak Cik Yang tak sedar diri ni. "OIIII PAK CIK TAK PUASA KE?''' Tetapi memikirkan tak ada hak nak buat macam tu. Mendiamkan diri merupakan jalan terbaik.

Maka sepanjang hari pak cik ni melepakkkan diri di kedai uncle tersebut sambil menghembus asap rokok dan minum petang seperti hari biasa dengan perasaan yang langsung tak tahu malu. Rasa macam nak lari je kat Pak Cik tu, then cakap ''JAIM DATANG, JAIM DATANG'' . Tapi tak sampai hati. Mahu terkejut beruk heart attack pak cik tu kang.

Tak Nak Puasa Tak Apa, tu antara diri dengan tuhan. tapi boleh tak tunjuk respect sikit untuk orang yang berpuasa? People around you. Eye on you. Tak malu ke? I know, there must be reason why you are not fasting. Maybe you are sick. Maybe, because you are old. I do understand even my grandpa not fasting because he had diabetic and old. It's forgiven. Anyway, can't forgive if you eating in public. Depan bangsa lain pulak tu. Macam mana diaorang nak hormat kat Islam?

Ni tak, yang rasa malu saya pulak. Sebab few days ago, uncle tu tanya kat mak usu and saya kenapa kene puasa. After explanation yang berdasarkan islam. Dye boleh terima and senyum malu balik kat kiteoarng. But now, kiteorang yang kene senyum malu balik kat dye sambil tengok pak cik tua tu minum soya panas depan uncle. Rasa macam nak tarik roller tutup kedai tak nak niaga sebulan.

Malu yang teramat. Saya pun bukannya baik. Kadang-kadang terponteng jugak, Tapi ada reasonlah and haruslah pandai-pandai cover. Hormatlah orang yang berpuasa guys. Tak mintak banyak. Tak nak Puasa tak apa. Hal korang. Jangan kacau orang yang sedang buat pahala then jangan malukan islam depan orang yang bukan islam. Islam tu indah. Puasa itu wajib, tapi sakit yang memudaratkan diri diharuskan berehat dari berpuasa. tapi jangan lupa ganti, waktu sihat nanti. Sekian.

No comments: