.

.

Klik Sini!

Sunday, December 2, 2012

Don't feel sad

Don't feel sad over someone who gave up on you, feel sorry for them because they gave up on someone who would have never given up on them.

Monday, September 3, 2012

Kahwin.

cuti-cuti sem ni tetibe pulak, ramai sahabat-sahabat handai yang membina masjid. buat pahala. amboi, terasa diri semakin tua. kini kene selalu bg hint kat bf suh datang meminang cepat-cepat. takut diri tekena tempias andartu. tsk, tsk, tsk. kalau diutarakan topik ni kat ibu. ibu akan cakap macam ni.

" tak payah nak menggatal, bagi aku sebuah rumah, sebijik kereta baru kahwin"

Amboi bu, ingat anak mu ni bakal berkahwin dengan anak raja ke? kalo tahu diri ni bakal berkahwin dengan anak raja. jangan haraplah i nak belajar bersusah payah belajar kat uitm tuh. tapi lain pula kalo tetibe terbaca berita tentang pembuangan bayi dan sebagainya. ibu akan bagi green light pulak. 

" jangan buat benda tak senonoh. kalo betol dah gatal nak sebilik, cakap kat ibu, ibu kahwinkan. jangan bawak malu keluraga dok" 

dan begitulah seterusnya delima seorang ibu. dan juga tahniahlah kepada sahabat-sahabat saya yang sudah pun mementerai perjanjian membina masjid ataupun dalam erti kata lain kahwin. dulu kalau awal-awal masa diaorang jemput kahwin, siap bagi warning kat diaorang, i tak mahu invitation kat fb ni, tak ada kelas. i nak kad jemputan. ambooi, demand engkau nysa. kepada yang terkena tempias i tu, minta maaf lah ye. kawanmu ini memang tak sedar diri. 

tetapi, cuba bayangkan kalau susah sangat nak contact kawan tu, nak anta kad jemputan, rumah tak tahu kat mana. nak call bapak menyombong tak ingat dunia, tak nak pulak menjawab. kalau tak jemput pulang kang ada yang mengata. serba salah mak lah, nak jemput salah, tak jemput pun salah. maka diantanya melalui fb, kerana social network merupakan satu-satunya tempat kami boleh melihat perkembangan diri kawan-kawan lama. even menyombong dengan wall post kita pon at least boleh lah menatap foto-fotonya. maka tahulah kita, eh bukan budak ni dulu selekeh ke? baju tak gosok. pergh melecun pulak. eh, bukan budak ni gemuk ke dulu, dah kurus pulak, eh, eh, 

tak kurang juga boleh kita menjadi csi, menyiasat apa dah jadi dengan musuh-musuh kita kat sekolah dulu. jadi penyangak ke ataupon berjaya macam kita. berjaya ke engkau? 

nah dari situlah kepada yang posmen terlepas rumah nak bagi kad jemputan, kita masih boleh memberitahu mereka tentang niat suci kita nak berumah tangga. kepada kawan-kawan yang tak sedar diri tuh, contohnya macam i, konon tak nak jemputan dalam fb, nak kad jemputan konon engkau tuh penting sangat dalam hidupnya. cuma like status dye 2 3 kali sebulan. pergi jelah majlis dye tu dengan ikhlas. tak payah nak berlagak sangat lah kot cakap tak proper lah apa lah jemput pakai fb, podddaaahhh! nanti kalau ko kahwin, baru korang sedar macam mana payahnya nak contact kawan-kawan inform pasal majlis suci korang ni. 

plus, kalo jemput pakai fb, senang, semua dapat, tak ada yang terkecuali. tak ada yang terasa hati. duit pun jimat apa. tak payah susah nak anta kat depan rumah kawan, jimat kos pengangkutan dan jimat masa. zaman pon makin canggih, teknologi makin nak memudahkan kita, bukan menyusahkan kita. 

jadi kepada mereka yang menganggap invitation kat fb tu tak proper, tukarlah persepsi korang. 

kan, kan, kan?

ehem. 

selamat pengantin baru korang. 


Saturday, April 14, 2012

Illusion..!

''I can see it but then, after few times i cannot see that anymore. Not sure exactly what is? Ko nampak tak? Aku tak nampak pun. Mana, mana, dimanakah? Adalah kat situ, apahal ko tak nampak nih?''

Pernahkah anda berada di situasi tersebut, dimana anda sedang melihat gambar bersama rakan, rakan anda nampak sesuatu, tetapi anda tidak? atau sebaliknya. Hal ini kerana, saya akan letak beberapa keping gambar yang membuatkan anda mungkin mengerutkan dahi,mengecilkan mata atau melekatkan muka pada skrin monitor anda. Sekiranya anda tidak melihat apa sebenarnya didalam gambar itu. Jangan susah hati nak mintak duit kat mak bapak korang sibuk nak tukar spek ataupun beli spek baru dengan alasan power mata korang bertambah. Persetankan semua itu! Sekiranya, korang tak nampak apa yang dimaksudkan dalam gambar ini. Bukan mata korang yang ada masalah, tetapi otak korang yang tak berfungsi. Sekian. 

Illusion Photo 1


Photo ni very famous, as you can see old woman looking down and young woman looking right. Nampak tak? To help for those yang tak nampak, if u can see young woman, jadi kan dagu dia sebagai hidung old woman, and for those who can see old woman, make the hidung of the old woman as the dagu young woman.

Illusion Photo 2


When you look at the picture, you will see Albert Einstein, now stand up from whatever you are and take several step back. Opps. Now you can see pretty Marilyn Monroe..! Or kalo malas sangat nak bangun, zoom out the screen to 16% till you see the sexy woman.

Illusion Photo 3



now what do you see from the picture? Just a duck? Yes, just a duck. Now, flipped the picture.


Now, what do you see? A guy in the boat and the head of the duck is a huge fish. This is cool!

Illusion Photo 4


When you see the picture, you will see Dr Jeckyl and Mr Hide. One is very angry and another one very calm. Now, take several  steps back and you will see Dr Jeckyl and Mr Hide swap over. The angry become very calm and the calm become very angry. Gila Hebak!

Illusion Photo 5


 Tengok dot kat tengah tuh lama-lama. Then, korang akan perasan the colours will disappears.  But then when you are no longer staring at the dot, the colour was there. Weird?

Illusion Photo 6

The Spinning Dancer

The spears dancer move both way, right and left. You don't realised when she changed the move. So incredible.

Ada banyak lagi picture macam nih, kalau korang nak tgk byk byk laghi. Meh click kat sini meh. ;)

Eh, mace-mace dunia nih. Banyak nau kreatip dye. Ni pon kreatip jugak nih. video nih jupe kat fb. Ustaz kreatip nih aja kitew zikir guna versi cindai. Suke sgt zikir ni smpai download masuk mp3. Silalah dengar video ni sebelum clik (x). Moga-moga kita dapat keberkatan dari-NYA.

#AWESOME finding 1!


Sekian

Wednesday, April 11, 2012

Friendship never leave you.

A world without a friend, what would it be? 

It would be like a world without water,

 something you need. 

Friends are like glass, 

once broken, they are hard to fix. 

Keep your friends, as you would keep your water.









p/s: sentiasa ingat, setiap kali kita dilanda masalah, pasti ada seorang kawan diantara beribu kawan yang lain akan menghulurkan tangan. Kerana setiap kali kita dilanda masalah yang berbeza, kawan yang berbeza akan membantu. Sekiranya, anda mempunyai kawan yang sama membantu untuk dugaan yang berbeza, jagalah ikatan tersebut kerana dia pasti sahabat anda di dunia dan akhirat. sekian. 

Sunday, March 4, 2012

Degree, Chapter 2.

5/3/2012. Hari yang aku merungut tak habis complaint sana sini. sebabnya, kelas dah start hari ni. masih di atas meja kat dalam bilik, walaupun jam menunjukkan dah pukul 10.15, tak nak gerak lagi. Wahai nysa sedarlah, kelas start pukul 10.30. Move like jagger baby. 

Kalau dulu waktu diploma, seminggu awal kelas mmg aku tak pergi. sebabnya aku malas nak ulang tayang sesi pengenalan diri waktu tuh, 

''my name is Khairunnisa Bt Mazli, i'm from in Malacca, bla bla bla (mumbling)''

Tapi mengikut kata budak2 sini, ada setengah lecterur je buat macam tuh. ada tuh terus masuk belajar. So, nak tak nak aku kena lah pergi. 

So degree nysa, wish me luck. New Chapter and New Beginning. But still in the same novel! :) Degree of my life, Sekian. 


okie nak gi kelas. -.-

Wednesday, February 29, 2012

Big Family Blogger!

Hello semua, hello darling. Hey hye! Today nysa nak letakkan antara link blog yang pertama join closed group nysa dan adik di facebook. kalau sesiapa nak join, bolehlah click kat sini  :D 


Jadi bolehlah kita saling blogwalking blog masing-masing dah berkongsi info. :D Mari click ramai-ramai. :D
So, ni link yang join closed group nih. Sila lah blogwalking blog dorang ye? :) 


Sudah selesai inilah antara yang terawal berada di closed group ini. btw, pada sesiapa yang saya tak letak lagi. saya tak dapat detect link anda. sila, letakkan link anda di closed group kamin ye? Btw, ini adalah link admin closed group tersebut. ;)


Thanks :) 

Sunday, February 26, 2012

Welcome 300+ Followers!

'' Don't Walk In Front Of Me, I May Not Follow,
Don't Walk Behind Me, I May Not Lead,
Walk Beside Me, Be my Friend'' 

Welcome My 300+ of Friends! :D 

Thanks for support me! :)

Friday, February 24, 2012

Contest I Love Being Awesome!

Lama memandang di C Box kepunyaan kitew kat blog nih. Ada satu comment yang sangat menarik perasaan. Comment nih datangnya dari cik tiq kitew nih, yang mengajak kitew join contest dye yang ada gambar kartun kegemaran kitew nih. lepas baca, banyak kali syarat dye. Macam best, semua best. Termasuk cara dye memilih pemenangnya secara random. Tapi kitew nih tak pernah bertuah untuk menang. Jadi kite pun tutuplah balik blog dye, lepas tu kitew pandang balik comment dye. Tindakan yang sama berulang kali dilakukan. 

HAHA, tapi tuh diaaa! Penangan cik tiq memang tak boleh lupe macam tuh jer. Tekan balik blog dye, and i decide untuk join jugak contest dye ni. Tak rugi mencubakan? Siapa yang tak nak mencube, memang rugi. Rugi, rugi, rugi. :) 

So nih dye banner yang disediakan oleh cik tiq nih. :) Kartun spongebob kegemaran saya! 



Syarat-syarat untuk menyertai adalah seperti berikut: 



Okay, nih dye link page Apple Cherry Milik cik tiq


Nih pulak link blog cik tiq kite ok? Jangan Lupa klik. :)


Sekian. :) 

Thursday, February 23, 2012

Folly and ill manners.

Ringing!

Me: Hello?

Someone on the phone: #$%^^&^ ( Some Chinese talk) 

Me: Err, Hello,sorry i think you dialled a wrong number.

Someone on the phone: PAP! tutttt..

Well, saying sorry going to cost you RM 1 Million however some folly and ill manners is no longer big deal in a life.

So, no one cares. 

Thank You world!

'' Clothes and manners do not make the man; but , when he is made, they greatly improve his appearance''
Henry Ward Beecher 

Win Exclusive Merchandise Weekly! So why wait?

Isnin tak akan lengkap kalau tak berebut remote tukar channel diva for those yang ada astro untuk tengok Merlin for season 4, ye season 4 rakan-rakan. Yang tak ada astro tak apa, masih lagi boleh menonton Merlin kat TV3, cume diaorang lambat 1 episode dari diva. tapi tak apa. Yang penting jangan terlepas menonton Merlin. Siapa tak tengok Merlin, sangat rugi-rugi. Rugi,rugi,rugi. Tsk,tsk, tsk. Haha. So, lepas ni jangan lupa menonton Merlin. Why? Why? Why?

Merlin Season 4

Because they are giving away loads of limited edition Merlin merchandise including 2012 calendars, signed annual and top trumps and character figurines.


So lepas ni ko boleh berlagak dengan kawan-kawan ko bila dah menang, because benda ni semua tak ada jual kat 7 eleven ataupun kedai runcit pak haji depan rumah ko. Gila tak nak. Sebab benda ni, orang yang bertuah je boleh. Hehe. So, kalau korang rasa korang bertuah. Cubalah join. Entry closes Sunday February 26, catch Merlin mondays only on Diva Universal. So, macam mana nak join? 

Step 1


Step 2

Then, create a free account like 5 seconds! 


Step 3

Fill the form! password will send to your email! :) Log in then! 





Step 4

Back Competition Tab and enter! 



Step 5

Answer the simple question to win! 




Then waiting for the amazing goodies! So, perhaps you can try and win kannnn? Cepat masih ada masa untuk menang. Come on! :) Selamat Mencuba!

Sebagai pengakhiran tirai, gambar budak tttebbab ni jadi penutup. sibuk kitew buat blog, sibuk lah dye buat perangai. Hehehe! 



Thanks for reading! 

Tuesday, February 21, 2012

Good in Games but Nothing for Islam!

Sedang mempunyai semangat berblogging tapi tak ada topik nak dibincangkan. Pun boleh juga dijadikan
salah satu faktor untuk tidak berblogging dalam masa yang lama. Itu bukanlah satu alasan, kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Ceh, pandai memotivasikan diri sendiri. 

Baiklah ladies and gentleman, entry ini khas untuk bebudak lelaki yang suke main game membuta tuli tanpa usul periksa tentang game tersebut. Sedap ko je main, terjerit-jerit kalau menang, kalau kalah pun lagi macam kena histeria. Tanpa menyedari tindak tanduk tersebut sudah membuatkan korang yang mebuta tuli tadi jauh dari islam. Tsk,tsk, tsk, Sedih bunyinya untuk anak muda yang jauh menyimpang dari agama. 

Nak berceramah disini, daku ni bukanlah mengambil juruzan hafazan ataupun dengan yakinnya dapat menjadi ustazah selepas graduan., banyaknya kekurangan di diri ini. Tetapi tanggungjawab masih dapat dirasakan untuk meyebarkan info ini ke anak muda kiteww! Eceeehhh. Tak dapat jadi ustazah dapat jadi motivater tak apalah. 

Okay, game apakah yang dimaksudkan oleh saya is good in games but nothing for islam? jadi berikut inilah games yang saya tak tahu dengan sengajanya atau tidak sengajanya MENGHINA ISLAM! yang paling bestnya, orang islam kita dengan antara sedar atau tidak telah menjadikan game ini sebagai salah satu permainana video kegemaran mereka. 

1. Devil May Cry 3



Ye, game ini tuan dan puan-puan sangat mendatangkan bahaya kepada umat islam. Player game ini dikehendaki melawan 12 pintu yang dikawal SYAITAN sebelum berdepan dengan PENGHULU SYAITAN di depan pintu KAABAH! Persoalannya kenapa di depan pintu KAABAH mempunyai PENGHULU SYAITAN, bukankah kita semua bersujud ke arah KAABAH, ini membawa erti sesiapa yang menyembah KAABAH adalah menyembah SYAITAN yang membawa maksud satu penghinaan yang melampau untuk islam. 

Tak cukup dengan itu, eleman penghinaan tertera jelas apabila kalimah ALLAH jelas kelihatan di setiap pintu yang dikawal oleh SYAITAN termasuk pintu KAABAH!






Satu adegan dalam game ini menunjukkan pintu KAABAH sebagai pintu menhubungkan antara dunia SYAITAN dan dunia nyata juga menunjukkan ayat ayang dibaca oleh karakter yang berbunyi:

''wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan'' sambil memegang bibble. Diakhir game, karakter tersebut telah membaca 7 ayat kemusnahan yang dicatitkan didalam bible iaitu Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride, and the last one is Envy. 

Kalimah Allah Pada Pintu Tersebut


dibandingkan pintu KAABAH yang sebenar

2) Clive Barker Undying


Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.



Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

3) Zack And Wiki


Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, “Allahu Akbar”, dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Note: Korang boleh dengar laungan “Allahu Akbar” pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.


Jika video error,sila tekan sini

Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a “common Islamic phrase” from Zack & Wiki: Quest for Barbaros’ Treasure on the Wii. The phrase’s removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is “Allahu akbar” (“God is most Great”), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants’ attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, “We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public.”

“We appreciated Capcom’s willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company’s swift response.

4) Prince Of Persia


Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”
(Sabda Rasulullah SAW)


“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar” (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes


Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit “ALLAHUAKBAR” & “JIHADD”.

6) Stronghold Crusader


Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.

7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock


Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.


Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.


Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Ada 2 kemungkinan di sini.

a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

Zodiak Virgo:


Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:


Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?

8 ) Resident Evil 4


Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama “Los Illuminados“.

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.

Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut

Screenshot dari gameplay Resident Evil 4

Zoom pada pintu tersebut.

Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!

Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.

Perbezaan pintu dalam game dengan realiti

Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut

Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry.

Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.

Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.

Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.

9) Dante’s Inferno


Dante’s Inferno adalah game mengenai seorang karakter yang ingin menamatkan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga. Game ini menggunakan tempat neraka yang diilustrasikan terbahagi kepada sembilan tingkat lingkaran (Circles Of Hell) dengan mengikut dosa pada setiap manusia, seperti Lust, Gluttony, Greed, Anger, Violence, dan lain sebagainya. Dante adalah karakter yang di adaptasikan dari namaDante Alighieri, seorang penyair abad ke-14, iaitu seorang pejuang di masa Perang Salib III.




Jadi apa yang tak kena dengan game ni?. Game ni sebenarnya telah meletakkan Nabi Muhammad SAW ke dalam Neraka!!!.

Menurut dari website Gameslatest: Middle East avoids Dante’s Inferno (Post ni sekarang dah kena delete) =(

Menurut dari website Gameslatest di atas bahawa Timur Tengah telah mengharamkan game Dante’s Inferno yang diterbitkan dari syarikat game terbesar iaitu EA Games kerana “keutamaan selera pelanggan, campuran platform dan faktor lain”. Faktor lain? ya, faktor lain seperti penyair Dante (pejuang zaman perang salib III), menempatkan Nabi Muhammad, nabi palsu dalam lubang neraka. Mengapa Islam ingin membantu mempromosikan di kalangan pengikut-pengikutnya satu videogame yang berdasarkan Divine Comedy nabi palsu yang menempatkan mereka di neraka?. Berdasarkan maksud tersirat pada “sajak suci” ianya dari Inferno Canto XXVIII:

No barrel, even though it’s lost a hoop
or end- piece, ever gapes as one whom I
saw ripped right from his chin to where we fart:
his bowels hung between his legs, one saw
his vitals and the miserable sack
that makes of what we swallow excrement.
While I was all intent on watching him,
he looked at me, and with his hands he spread
his chest and said: “See how I split myself!
See now how maimed Mohammed is! And he
who walks and weeps before me is Ali,
whose face is opened wide from chin to forelock.
And all the others here whom you can see
were, when alive, the sowers of dissension
and scandal, and for this they now are split.
Behind us here, a devil decks us out
so cruelly, re-placing every one
of this throng underneath the sword edge when
we’ve made our way around the road of pain,
because our wounds have closed again before
we have returned to meet his blade once more.
But who are you who dawdle on this ridge,
perhaps to slow your going to the verdict
that was pronounced on your self-accusations?
“Death has not reached him yet,” my master answered,
“nor is it guilt that summons him to torment;
but that he may gain full experience,
I, who am dead, must guide him here below,
to circle after circle, throughout Hell:
this is as true as that I speak to you.”
Inferno XXVIII

Apa maksud yang tersirat?Jika tahu,sila kongsikan

“See how I split myself!”
“See now how maimed Mohammed is!”

Dante Alighieri (1265-1321), sasterawan besar Italy, dalam Inferno-nya mengatakan bahawa Nabi Muhammad dan sahabat Baginda, Ali bin Abi Talib, dihumbankan ke dalam neraka tingkat ke lapan, kerana ia telah memecah belah masyarakat dengan ajarannya dan menabur kekejian selama hidupnya.

Inferno XXVIII, 19-42.


The poets are in the ninth chasm of the eighth circle, that of the Sowers of Discord, whose punishment is to be mutilated. Mahomet shows his entrails to Dante and Virgil while on the left stands his son Ali, his head cleft from chin to forelock.

Gambaran ilustrasi di atas adalah yang diambil dari salah satu lukisan-lukisan dalam pelbagai manuskrip yang tersimpan di perpustakaan-perpustakaan besar di dunia termasuk ada yang telahpun membuat satu filem bisu pada tahun 1911 (The 1911 Italian silent film L’Inferno contained a dramatization of the scene; Mohammed is shown with his entrails hanging out).

Jadi game Dante’s Inferno ni telah menerapkan nilai-nilai negatif dan berunsur penghinaan kepada umat Islam sedunia dari sajak Dante Alighieri. Ianya sungguh membimbangkan walaupun ia sekadar permainan, namun memberi kesan di bawah sedar terhadap kepada sesiapa yang main game tersebut dan ianya haram dibeli dan haram dimainkan oleh orang Islam. Generasi muda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan permainan terbabit yang boleh menyebabkan kerosakan akidah.