.

.

Klik Sini!

Tuesday, June 21, 2011

Lelaki Malaysia PEMALAS??

Kenapa malas sangat nak buka blog nysa?

Sebab, penat and tak ada idea nak tulis. -.-

Okay. Done! Tak payah jadi blogger.

Ala. -.-

Okay. Hari ni nysa tak akan  jadi pemalas lagi nak tulis blog. Kene selalu rajin. Kit janji! Kite janji!  Kite janji tak buat lagi. -.- Okay topik kite pada hari ni ialah Lelaki Malaysia PEMALAS? apa kata korang? Means  Perempuan kat Malaysia lagi rajin berbanding Lelaki. Waktu keje tadi, ada seorang Pak Cik ni berasal dari Singapore. Gaya dye memang ala-ala jejaka idaman. Cool dan sangat berpengetahuan dalam falsafah hidup.

Dye pelik dengan cara lelaki kat Malaysia yang tahu mengarah sahaja. Yang rajin dan buat kerja semua perempuan. Katanya, Lelaki Malaysia sangat berbeza dengan Lelaki yang berasal dari negaranya. Lelaki Singapore lagi rajin mencari rezeki berbanding dengan lelaki Di Malaysia. Mean while, lelaki Malaysia cuma tahu goyang kaki dan hembus asap rokok.


Okay, mari kite tengok dari sudut pelajaran? Siapa yang lagi ramai berada di Universiti? Perempuan ke Lelaki? Jangan pandang dari sudut Kaum Perempuan lagi Ramai dari kaum Lelaki, tetapi kita pandang dari sudut pencapaian. Hanya 20% Lelaki yang berjaya ke Menara Gading, sedangkan perempuan mencapai target 80%. Mana perginya Lelaki-Lelaki yang sepatutnya menmpatkan diri ke Menara Gading? Mereka gagal kerana sifat pemalas mereka. 

Kalau kite pandang pula dari sudut pencapaian di Universiti-universiti. Hanya 35% pelajar Lelaki sahaja yang dapat disenaraikan sebagai penerima anugerah Dekan. Manakala, 65% merupakan pelajar perempuan. Kadangkala, timbul persoalan adakah Lelaki Malaysia yang rajin, semakin pupus untuk kami disini?

Ketahuilah kaum Lelaki, benda seperti ini tak sepatutnya jadi untuk kami. Kaum Lelaki dianugerahkan mempunyai 9 akal untuk digunakan dalam ilmi dan pengetahuan yang sedia ada. Malah, kami perempuan perlu menggandakan usaha kami kepada angka 9 untuk mencapai sesuatu dalam akedemik. Anda, kaum lelaki seperti tidak mensyukuri nikmat allah dengan menjadi malas untuk mengunakan kurniaan yang diberi


Firman Allah s.w.t

Ayat Al-Nisa' 140

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

p/s: tak semua Lelaki Malaysia Pemalas kan? ;)