.

.

Klik Sini!

Sunday, May 29, 2011

June Wish

June Wish. 10 things i want to do in this lucky month!

1) Find some amazing gift to my mother. Fuhh, birthday dye 18/6. So, i have to make some surprise to her buy her new purse or new perfume! Bff saya ni cerewet sikit, so kena tambah sikit effort nak beli hadiah dye!

2) Find some loving thing to my boyfriend. 10/6 Our second anniversary. This bf tak delah cerewet pon. but he always joking ask me to buy him IPHONE 4, banyak cantik muka dye! blalah!  Fon saya pun tak betul lagi.

3) Buy some novel to read. Thanks god, yang ni sudah ditunaikan tadi. beli 2 novels lagi tu. 5% Part of my salary is reading part. Membaca tukan jambatan ilmu. ;)

4) Fasting. I mean the replace one. Tak ganti lagi yang lepas punya. My bff dah bising gile nak mampos. -.-

5) Nandos, sebabnya dapat gaji bulan May, bolehlah makan waktu keluar in June. However, my mak usu aka my boss, paid my salary yesterday. So i got nandos first in this list! :D Puas Hati!

6) Turunkan berat badan sebanyak 2 kg this month. Hope i can but my granny always cooking my favourite! Damn it! Bertambah-tambah nasi aku!

7) Collect money for shopping Hari Raya. I hope i can reach the target! Hope so!

8) Decorate back my room. Bosan dah. -.- Position katil yang sama, Meja yang sama, Langsir yang sama, everything stay in the same position! :D

9) I don't wanna fight no more! Please just only this month. We together in 2 years. Just this month! not even because of small things. Stop it!

10) Keep smile and being hardworking workers for my mak usu. :) Love it!

My June Wish! Crossing out number 3 and 5, because i done with it! The other rest, i ll trying to get it up! Go Nysa Go!

Saturday, May 28, 2011

Hantaran in Malay Wedding!

Guys, anyone getting married here? Come on. Most everyone getting married here including me. Fell in love, engaged, married and family. Three easy process through a real life. Most people doing that process and get headache to solve it. In Malay Wedding, we are popular with Hantaran Perkahwinan which is as a presents or gift form of money from Man Bride to Woman Bride. Thats it, korang tahu tak the real meaning of Hantaran Perkahwinan here? Yes, ia merupakan adat for our generation long time ago. It's not compulsory in Islam, malah ia hanya membantu Woman Bride getting ready for all necessary things related their wedding.


Tetapi, menjadi masalahnya sekarang! Mereka or People sudah mensalah tafsirkan maksud Hantaran Perkahwinan disini. They now very proud if Hantaran Perkahwinan mereka tinggi. They just want to show people yang their husband is a very rich men and has high position in Job! Dunia semakin canggih tetapi fikiran semakin kolot. 

Kita kahwin jom! 

Okay, berapa hantaran u nak bagi i? 

Maybe RM2000? Kita  buat kecil-kecilan je lah ya? Yang penting akad nikah! :)

Wait! What?? RM2000? Lembu nak akikah for my little sister dulu pun harga RM2000, u fikir i ni lembu ke? Go find someone else!

Tuuutttt.. Toink! Do you think kat atas ni patut jadi? Hantaran Perkahwinan merupakan satu hadiah IKHLAS dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. IKHLAS, do you read that word? IKHLAS means berapa sahaja duit hantaran yang pihak lelaki wants to give you girl, you have to accept it without any offense! Tapi itu tak lagi jadi sekarang, masyarakat menjadikan nilai hantaran sesuatu perkahwinan sebagai DARJAT kemampuan PIHAK LELAKI dan KEHEBATAN majlis perkahwinan tersebut. 

Kau tahu berapa hantaran perkahwinan diaorang?

Entah, tak tahu pun. Berapa?

RM5000 je! 

Ha? sikitnya!! Suami dia tu mesti keja tak bagus tu. Orang lain semua zaman sekarang RM10000 paling kurang. 

Yeah. Do you see it? Tipulah kalau korang tak pernah dengar benda ni semua. I have admit it. Sometimes, i put high price if my boyfriend ask about that Hantaran Perkahwinan, but bila fikir balik. It does'nt make any sense. Ini cuma menimbulkan sifat riak dan menunjuk-nunjuk yang dihalang dalam Islam. So, to girls! Please thinks about it again. Kalau betul your boyfriend ask you to put value in Your Hantaran, letaklah nilai yang sesuai dengan kemampuan boyfriend anda. Ni bagi mengelakkan dia meminjam wang dan pecah amanah dalam melakukan tugasnya di pejabat. Jangan terlalu meminjam dalam perkahwinan, anak dah satu pasukan team bola pun tak habis hutang bayar hantaran perkahwinan 15 tahun lepas. Buat seksa badan je. Korang ingat korang kahwin dengan Putera William ke? Buka mata besar-besar tengok kemampuan bakal suami korang tu!!




To boys pula. Hantaran Perkahwinan ditetapkan oleh nenek moyang kita dulu untuk membantu pihak perempuan get ready dengan majlis perkahwinan dirumah nya. So, korang fikir-fikirlah sikit before nak menghulur duit hantaran tu, korang ingat kalau korang bagi RM200 cukup  ke untuk diaorang beli daging, ayam or ikan untuk buat lauk dijamu pada tetamu nanti? Duit hiasan pelamin korang lagi nanti, dan macam-macam lagi. So, kalau kat tangan korang just ada RM200 untuk buat hantaran, matikanlah dulu hasrat nak kahwin tu. Buat seksa anak dara orang je nanti! Jangan mengungkit di kemudian hari pula.

So what? You are getting married? Think about your hantaran again!! Pleaseeee!! 


Awww cantiknya hantaran warna silver black. Nampak elegen!

Demand pasal warna hantaran? It's okay. No offense at all. ;)

Thursday, May 26, 2011

Sakinah Boutique 1st Giveaway

Apa sebenarnya Sakinah Boutique ni?

Merupakan satu Laman Blog yang menrelisasikan impian setiap gadis yang bergaya. Tak Tahu ke?

Tak, Best ke? 

Mestilah best, pembukaan blog mereka, mereka dengan baik hati telah memberi Giveaway kat blogger taw! Haruslah best! Tak sabar nak tengok post diorang yang seterusnya..

Nak join jugak! Macammane nak join? Bestnye???

Tutt..Tutt..Tuttt..Tuttt..Harap Maaf Talian internet terputus. Post ini akan disambung pada minggu depan. (Sila scroll kebawah sampai habis)



Loading...




















Loading....


























Loading....

















Loading.....

















Haha. tipu tak ada sambungan. Sila beranikan diri untuk tampil ketuk kepala saya. Haruslah kene sambung entry ni sekarang jugak. Nak tahu kenapa? Sebelum tu, klik banner yang ada minah yang anggun..pandangan dimataku, ayu.. cantik tutur bahasa mu..lalalalala...



Okay, sebabnya saya nak cuba nasib untuk dapatkan 1st Giveaway diaorang ni. Tarikh penyertaan? Ala, sudah terang lagi bersuluh, tak payah susah payah pakai torchlight or bukak lampu. Sudah terpampang di bawah banner tersebut! Apa lagi korang? Meh join meh! Hang kata hang teroor..Tunjuk Sikit! LOL!

Siapa yang tak cuba nasib nak dapatkan GiveAway diaorang ni memang rugi! Rugi, Rugi, Rugi...

Tak perlu bayar pun. Free je kalau nak dapatkan Giveaway ni! Best taw! Ni antara GiveAway diaorang. Bukan antara lagi. Memang and confirm diaorang akan bagi kalau korang menang! Lets Try!

1st grand prize :
baju + aksesori cantik lagi vogi da vass tajaan sakinah boutique bernilai RM 50


2nd winner :
baju + aksesori cantik lagi cuns tajaan sakinah boutique bernilaiRM 30

Then, diorang habaq kalau ramai join, banyak lagi hadiah menarik tertarik kau memang deboooomm diorang nak bagi. Nak join cam mane? Macam ni!!!

> Korang kene follow blog diorang! Mane boleh hang tak follow, hang nak menang hadiah dari someone haruslah bagi salam dulu, tunjuk hormat. Mane boleh pakai terjah. Korang ingat ni Melodi Tv3 ke nak terjah? Have to follow their blog first!! It's compulsory! :))

> Make a entry bertajuk Sakinah Boutique 1st Giveaway. Just like me now! Buat entry yang baik-baik je! Jangan yang bukan-bukan pula. Aku cucuk mata kau macam kasimselamat nanti!

> Lekatkan pakai gam uhu ke, gam gajah ke, soletep ke, staple ke banner diaorang kat entry korang tu, haruslah banner diaorang. Tak akan banner kome pula? Lepas tu link kat blog diaorang, jangan blog saya pula. Sila menangis hentak-hentak kaki kalau korang buat cam tu, confirm korang tak menang. Lain disuruhnya, lain dibuatnya! Jangan lupa letak banner tu kat side bar sekali. Tahu tak banner apa yang saya cakap ni? Banner yang saya letakkan kat atas tadi tu. Ya? (Dilarang letak banner korang, again!)

> Tag 3 orang kawan korang yang terpilih untuk memeriahkan sambutan. Bukan sambutan hari raya ataupun sambutan harijadi. Tetapi, Sambutan Sakinah Boutique 1st Giveaway!

> Leave ur link kat entry ni click here bagi membolehkan juri tengok korangnya entry. Jangan sunyi sepi pulak. Siapa yang nak jadi juri untuk entry korang tu? Tak akan Eden pula. -.-  LOL!

> Then undian untuk menentukan pemenang akan dibuat!

Sempoi kan? Sekali lagi kalau korang tak join, rugi..rugi..rugi..Sekarang 26/5/2011. Tarikh tutup 30/5/2011 jam 12 tengahhari. Copek. Ada masa lagi ni kawan-kawan. Hang kata hang teror, tunjuk sikit! LOL! hahaha.

Kalau tak paham juga apa saya terangkan, sila lah melawat blog dorang. Lagi jelas okay? Join taw!Sekali lagi. Rugi..Rugi..Rugi.. kalau korang tak join. 

Okay. To:




Mehlah kita join benda alah ni. hehe. Seronok taw! Kepada lelaki pon, tak salah nak mencuba juga. Korang boleh bagi GiveAway tu kat mak korang ke awek korang ke. Lagi awek korang tu sayang kat korang. :D Betul! Jom join! Hang Kata Hang Terorr! Tunjuk Sikit. LOL! :D

Okay. Bye! 

Sunday, May 22, 2011

How To Diet Fast?

Anybody here does not satisfied with your own shape? Do you think you are fat and chubby? Are you trying to be just like Ashley Greene body's shape? Just like this?


Isn't beautiful? 

Yes, saya salah seorang diantaranya. :( Uwaaa. When i'm looking my shape in a mirror. I'll said that's not me! Even my ibu always said ''stop eating so much,debab''. Sangat Dukacita -.-. So, today i list some tips for all of you yang berada dalam situasi yang sama dengan saya. Yes, a fews months lagi nak raya. Mestilah body kene cun kan? Is it important for you to tampil menarik tertarik kau memang gebooom!!? Yes, for certain people it is!

Many ways yang people use to make their weight lost in short time. Ada yang guna cara salah sampai tak makan berminggu-minggu dan sebagainya. Sila rujuk pakar or kalau malas pun search lah internet diet apa yang sesuai dengan tubuh badan kita. Here, i list some healthy tips i got from internet to show you diet sebenarnya taklah menyeksakan badan. It's fun actually. You can still eat your favourite food but in a small quantity.

10 Tips For Fast Weight Loss.



Drink 8-10 glasses of water

Not a week, not a month! Tapi a day! Korang kalau nak basuh baju kotor korang mestilah dengan air bersihkan? Same concept here, we have to drink more glasses of water a day because this helps to flush your  impurities and fat. Basuh kotoran dalam badan kita sekaligus membersihkan lemak yang terkumpul. Tapi janganlah pula minum air gas or air manis. Itu bukanlah membersihkan tubuh badan kita tapi menambahkan kotoran dan lemak yang sedia ada dalam badan kita. We have to drink air putih. Kalau dah bosan sangat dengan air putih pun, kita boleh subsititutekan dengan herba or green tea. 


Break up your meals into 5 or 6 smaller ones

Disini bukan bermaksud makan 5 or 6 times a day tu dalam kuantiti yang banyak. Kalau korang buat macam tu, sila berani tampilkan diri untuk diterajang. Setiap kali meal korang kena ambil dengan kuantiti yang sedikit juga makanan yang berkhasiat tinggi. This can helps you speed up your metabolism and not too hungry. Tahu tak kalau korang biarkan diri korang kelaparan, Itu boleh menambahkan lagi berat badan. 



Increase your vegetable and fruit intake

Fruit and vegetable is a real vitamin needed in our body. Kalau selama ni ada antara korang yang tak makan sayur, belajarkanlah diri untuk makan sayur yang berkhasiat tu. Belajar dengan siapa? Dengan kambing. Go ask the kambing macam mana dia boleh makan sayur-sayur tiap hari. That's why badan diorang slim melim. It's so good for your body and kambing's body.


Decrease you fat intake

Penah tak korang pergi McD lepas tu order ayam goreng then kau berebut Kulit Ayam Goreng dioarang yang crunchy tu dengan bf kau? Ya, saya selalu. Lepas ni korang kena bagi je Kulit Ayam Goreng tu kat diaorang tu sebabnya korang kena reducekan pengambilan makanan berlemak yang memang ada dekat dalam badan korang. Dah berlemak tu tak payah tambah lemak lagi! 


Exercise 30 minutes a day

Ya, jadual korang memang padat mengalahkan jadual Obama Presiden US. Saya faham, makanya there's no time for you all nak exercise. Exercise ni bukanlah bemaksud korang kena pergi gym, pas tu buat exercise kat sana then balik dah dapat 6 packs. Tak lah, maybe you can walk and play games with family such as Badminton or Tennis in front your house. That's exercise too. Kalau itu pun tak ada masa, korang keluar keje kol 7.30 am kan? Sebab masuk keja of courselah pukul 8 am. Saya cadangkan korang keluar rumah pukul 7 am lepas tu berjalan kaki selama 30 minit mengelilingi kereta anda sebelum pergi kerja. That's bad idea but at least you do the exercise for your diet. Selamat Mencuba!


Find a hobby

Go find some hobby to keep your hands and mind busy without thinking about unhealthy food. Yeay, macam saya sekarang ni akan bermain cityville game kat facebook dan menjadikan ia sebagai new hobby saya. Selain tu, berblogging juga boleh melupakan saya tentang dark chocolate vochelle yang saya beli tadi. Tapi sekarang dah ingat dah. -.-


Don't Eat Late Night Snack

Yeay, benda ni memang selalu saya buat waktu study dulu. Haruslah sentiasa lapar.-.- So, haruslah ajak kawan-kawan pergi 7- Eleven beli makanan tak berkhasiat untuk munch sambil belajar in a mid night. Tak Boleh Pakai! 


Listen to Your Body

Sila tampar diri sendiri kalau kau cakap body always told you to eat! That's not listen to your body instead you are listening to your ''nafsu makan''. Stop that habit! Body will tell you when it is full, hungry, stressed and tired. So, you have to learn the sign and obey it. Kalau it said it is full, then you have to stop eating and so on. 


Increase you fiber

What is fiber? Fiber is Serat. Okay, ini bukan kelas translating English. -.- fiber is one of those goods for your nutrients. It's contains in vegetable, fruits, grain and legumes. So, korang kenalah makan banyak benda alah ni. It's can lower your blood cholesterol, prevent diabetes and heart disease. In other words, diet yang kaya dengan serat akan membantu kita kehilangan berat badan dengan waktu yang singkat dan dalam masa yang sama mengamalkan gaya hidup sihat. Dah macam iklan kesihatan stesen RTM pula. -.-


Cleanses and detoxify 

Yeay, korang kena keluarkan duit sikit untuk beli vitamin yang dapat membuang toxic dalam tubuh kita sekali gus membolehkan tubuh kita berfungsi secara normal. 


Setelah kesemua tips diatas dapat anda ikut, makanya korang akan mendapat tubuh badan yang korang idamkan. Yes, memang cantik. No more perut buncit dan selamat tinggal kulit bermasalah! *tiba-tiba* -.-
Tapi, people the most important about beauty is inner beauty. Ukuran sebenar kecantikan berdasarkan kecantikan dalaman sesorang itu bukan pada shape tubuhnya :D

Okay, Bye!

Friday, May 20, 2011

Ways to moving on!

Moving one is hijrah. Tahu hijrah apa? Tak tahu? Go find some dictionary of islam. Moving yang ditulis disinii is bukanlah something macam pack semua barang masuk dalam kotak then angkat atas lori drive pergi rumah baru, lepas tuh dah sampai rumah baru, kau berebut bilik dengan adik lelaki kau. Moving yang dibicarakan disini is moving forward in life. it's very difficult to do in our life, Ingat senang ke? Kau dah duduk dengan ikan aquarium dalam rumah kau tuh selama 10 tahun. Tiba-tiba, mak kau cakap kena pindahkan dia kat Kolam Pertanian Kerajaan sebab dia terlalu besar duduk dalam aquarium rumah kau. Haruslah rasa sedih, ikan kau yang kena move, kau yang melalak 40 hari 40 malam. Sila offer diri untuk diteranjang.

Moving on, is a simple thing, what it leaves behind is hard. Memang pun hard, malah kau akan jadi paranoid untuk teruskan hidup. Kat sini, kat bawah ni. Ada 9 ways to keep moving on, so bolehlah refer kat sini sesiapa yang nak move on. Termasuk aku. Disebabkan penat, i will narrow to 6 only.

Forget Regret

Regret? When something mistake we done in our past haruslah rasa menyesal. Kalau kau tak rasa menyesal, sah-sah kau bukan manusia, baik pergi check your DNA , mana tahu kau dah jadi Black Swan ke Hunter Dog ke? Nobody knows. Yes, regret haruslah buat kita rasa melalak, meraung-raung, menangis dan seangkatan dengannya berhari-hari. Tapi tak payah nak poyo sangat sampai seminggu dan bertahun-tahun. 2 hari sudah, lepas tu forget it and keep in smiling for the next day.

Learn From Failure

Yes, learn from failure. We already knows we have some failure in past life, kenapa still nak buat benda yang sama lagi. Contohnya, kalau nak pergi mengaji, lalu jalan depan rumah Pak Abu, tiba-tiba jatuh dekat satu lubang yang sangat besar. Besok nak pergi mengaji janganlah lalu situ, lalulah dekat rumah Pak Ali ke Pak Ahmad ke. Banyak lagi jalan nak pergi mengaji, kenapa nak jatuh dekat lubang yang sama jugak. That's failure. So, we have to learn from failure. Ni tak, besok kau asyik buat kegagalan yang sama je, sampai kau mati, bila masa kau nak forget kau punya regret? Confirm, you'll register at Tanjung Rambutan one day.

Ask For Help

Tak akan kat dunia yang serba indah ni, kau tak ada kawan langsung. At least pun, kau mesti ada Si Tompok, pet kesayangan kau. Kawan juga tuh. Ask some help from your friend to keep moving on in your life. Tak ada masalah, kawan akan tolong punya. Tak nak tolong pun, at least die tolong tengok or tolong gelakkan. Kalau ada kawan macam ni, kau amik batu besar pas tu baling dekat dia, pas tu kau lari jauh-jauh. Tak boleh pakai punya kawan.

Believe you are worthy

Yeah, ini paling penting. Whatever matter happens in your life, your friends stabbed you back ke, apa ke? Please do trust that you are worthy in this life. Ni payah sikit, ada jenis orang do not trust that they are worthy. So, terjadilah less confident, self esteem problem and masalah kemurungan yang teramat sehingga melemahkan keadaan mental seseorang. Ini sangat bahaya, kejadian bunuh diri yang selalu kat news tu korang ingat sebab apa? Sebab nilah!

Take 100% Responsibilty

Yang ni pulak kes tangungjawab. Sebagai contoh, amik pasal kes bunuh diri tadi, kalau korang bunuh diri, siapa yang nak amik responsibilty korang kat dunia ni? Mak bapak korang siapa nak jaga? Kerja-kerja korang siapa nak habiskan? Dah tu, kau fikir bunuh diri ni boleh selesaikan semua masalah kau kat dunia kan? Masalah kat akhirat kau ingat semua boleh selesai ke? Jawab! Jawablah. Responsibilty tu penting yo!

Trust

Do trust yang all happens for some reason. Ala, semua benda jadi ada hikmahnya. Renung-renungkan dan selamat beramal. Yeah!

Thursday, May 19, 2011

Bee, I don't like Bee..

Okay. Sekarang ni saya sedang menaip tanpa jari telunjuk tangan kanan saya. Kenapa persoalannya? Kerana, jari tersebut telah disengat oleh lebah. -.- Memang sakit! Sakit yang tak terkata. Waktu kena tu, memang sakit sampai nak menangis. (memang dah nangis pun) Tak tahu mana datangnya lebah tersebut. Waktu tengah meniaga dengan mak usu, ada seorang kakak ni datang nak beli air kelapa dengan soya. Disebabkan asyik menceceh je dengan kakak yang peramah tu, saya boleh tak perasan yang ada lebah kat air gula tu. So, waktu nak amik air gula tu, saya diserang oleh binatang yang sangat tak berperikemanusian tu! (nama pun bintang, mana ada perimanusianya)

Apa lagi, menjeritlah saya. Menjerit yang rasanya kedai makan sebelah tu pun boleh dengar jeritan batin saya. Mak usu pun dah kelam kabut, tak pernah kena. Dia terus tanya kakak yang menceceh dengan saya tu.

'' Macam mana ni kak?''

'' Ludah, ludah, ludah kat tempat kena tu!''

Saya pun disebabkan sakit yang teramat, rasa bisa lebah yang kian mejalar tu menambahkan lagi rasa sakit, makanya meludah tempat yang terkena ni. Saya dengan rasa bodohnya pun bertanya,

'' Tak elok lagi pun kak?''

Hai, macam ada magik pula, meludah jer ''chinggg!!'' terus baik. Kalau macam tu tak payah sediakan klinik, ludah semua penyakit dah baik. Nysa, nysa, nysa. -.- , Sebab tak tahan sakit terus lari kat kedai kak siti.

'' Kak siti! ada minyak gamat tak? Saya kene sengat lebah ni''

'' Alahai, tak adalah pulak kak siti, minyak cap kapak adalah''

????????, Minyak cap kapak? mahu berangin lagi tempat yang dah memang sakit tu, tak mahulah amik risiko! Tak mahu, tak mahu!

'' Tak naklah kak, lagi sakit t kang, macam mana ni?''

Saya terus menanyakan soalan dekat adalah pakcik-pakcik yang duduk minum mengeteh kat situ. Haruslah tanya, orang-orang tua lagi tahu apa patut buat.

'' Letaklah minyak motor, meh sini, meh sini''

Sambil bangun menuju kearah motornya. Calitkan jari telunjuk saya dengan minyak motor. Sekali lagi, saya menanyakan soalan bodoh, '' tak baik pun lagi'', okay, memang letak minyak motor terus ''chingg!!'' jadi baikkan? Baik terus minum je minyak motor kalau nak cepat baik.! Nysa, nysa, nysa. -.-

Tak baik pun lagi, dengan gelabah selepas mengucapkan terima kasih berlari ke arah kedai Mak usu balik.

'' Mak usu, sakit lah mak usu, tak pernah rasa sakit macam ni, macam mane ni?''

'' Ala, mak usu tak pernah tahu apa nak buat, tak pernah kena''

Mak usu dengan muka risau pun call lah rumah nak tanya atuk saya apa patut buat, -.- malangnya, line kat rumah pula tak ada. Ishh! Tiang telefon depan rumah tumbang. Waktu tu lah nak tumabang, kenapa tak tumbang waktu saya sihat!Waktu tak urgent Ishh. Muka dah merah tahan sakit. Call ibu pula, tiba-tiba ''tut, tut, tut'' ( Batery Empty) . Allah, kenapa sekarang pulak nak empty! Lupa pulak nak charge tadi. Mak usu terus bg fon dye kat saya, suruh call ibu, haruslah terus ambil phone dia tanpa segan silu. call ibu pun tak dapat. Tak berangkat juga. Tak dapat call ibu, call pulak pak usu. Pun tak angkat call jugak. Rasanya semalam, Hari Tak Angkat Phone kot. Muka dah nak terus nangis. Terus mak usu cakap..

'' Kita pergi kelinik nak?''

'' Ala, kalau pergi kelinik, doktor buat apa?''

'' Ala, macam abang mak usu dulu kena, dia inject je, kat bahu kot, tak bagi bisa tu menjalar seluruh badan''

'' Mak ai, bisa boleh menjalar seluruh badan ke? Ni menjalar kat seluruh tangan pun tak tahan''

Saya dah mula rasa takut dengar cerita mak usu. Tanpa putus asa terus call ibu., Kali yang keempat. Terus ibu jawab. Fuhh, lega! Disini berlaku kejadian yang boleh menggelakkan saya dalam kesakitan bisa yang menjalar.

ibu: Hello

Saya: Ibu, ni ha, kena sengat lebah kat tangan ni bu, macam mane ni?

Ibu: Ha? ala, dah cakap dengan warden tak??

Saya: Warden??

Ibu: Yalah, adik pergilah cakap dengan warden.

Saya:??? (okay, ibu ingat saya ni adik saya yang bongsu yang kat hostel sekarang ni, suara kitaorang sama ke?)

Ibu: Hello

Saya: Ibu ni anis lah!!

Ibu: Lah, ko ke? Soryy!

Saya: -.- macam mane ni?

Selepas berbincang dengan ibu, ibu pun setuju nak datang ambil kat kedai terus bawa pergi kelinik. Sepuluh minit lepas tu, barulah kereta Kancil Merah kesayangan ibu muncul. Bawa pergi kelinik. Kat sini pula kejadian yang memalukan. ermm

Doktor: Kita kena inject awak ni, awak ada asma, nanti sesak nafas ni.

Saya. Inject kat mana?

Doktor: Kat pinggang!(bahasa halus)

Saya: Ha? kat bahu tak boleh ke?

Doktor: (Muka bengis) Awak doktor ke saya doktor? Suka awak je nak pilih tempat injection.

Saya: Lahh. -.-

Lepas injection, rasa kebas kat seluruh tangan hilang, Okay nilah baru ''chingg!!'' terus tertido balik rumah. Sampai besok pagi, then buang air kecil lebih sepuluh kali since semalam. Sebabnya, doktor kata bisa tu akan dibuang melalui air kumuhan. Citt! asik pergi toilet je! Bee, you are so cute in cartoon, but for a real, u totally suffer me at all! Dont like you bee! Ermmm!!


Real Life!

Sunday, May 15, 2011

Tapi, i said to my self, Just Be Your Self Nysa!

Okay, what's up guys? Lamakan saya tak update blog saya? (ceh, baru dua hari jer). Tak adalah lama mana. Sorry guys dua hari ni busy sikit dengan game cityville kat facebook. Haha. Sementara nak tunggu refiil energy tu, sempat main cityville dekat facebook boyfriend and mak saya. Ceh, tak boleh pakai punya Nysa, kata nak jadi blogger berdedikasi, tapi selama 2 hari ini juga saya tak pernah nak jenguk blog. Ceh, haram! 


Okay, actually guys, saya kering kontang dengan buah fikiran yang tidak melahirkan sebarang idea nak menulis. Bukan tak jenguk langsung blog kesayangan saya ni, saya jenguk. (dah berapa kali dah click new post nak menulis), tapi tak mendapat sebarang idea pun. :( memang sedih, hai cik nysa, cik nysa.

Sampai satu tahap, saya jenguk blog blogger lain (sementara tunggu cityville refill energy), tengok entry lama-lama korang, kalau ada entry yang best macam nak cilok je. Tapi, i said to my self, Just Be Your Self Nysa! Kalau ni blog saya, biar saya menulis dengan idea saya sendiri. Jangan nak jadi blogger copycats jer. Macam mana nak jadi macam Hanis Zalikha, blogger yang saya minat? Betul tak?

Then, kalau korang selalu keep in track apa yang jadi kat blog saya ni, mesti korang perasan yang saya selalu tukar design blog saya ni. Kan? Sebabnya saya tak tahu lagi apa design yang betul-betul memuaskan hati saya. Kalau korang perasan dulu warna pink, lepas tu tukar yang vintage tu, lepas tu tukar yang glitter love merah ni! Lepas tu jadi macam yang sekarang korang tengok ni. Bukan tak ada pendirian, cuma sedang mencari identiti sendiri! (ceh, poyo cik nysa ni oi), kadang-kadang jealous juga tengok blog korang yang cantik-cantik. Macam manalah korang boleh dapat idea design lawa-lawa, cool macam tu. Korang memang creative. Sampaikan kadang-kadang saya, pernah terfikir untuk tiru jela blog korang tu. Tapi, i said to my self, Just Be Your Self Nysa! Ni blog Nysa Sarah, makanya cik Nysalah punya idea, bukan orang lain. betul tak?

Dulu waktu tak ada blog, saya selalu cakap ' ala, senang je buat blog ni, buat jelah,type then publish, apa yang susahnya?' . Amboi cik nysa, cara cakap macam pergi kedai mamak then cakap, 'saya nak blog 1, kurang manis tapi nak yang kaw2 punya!'. Omg, Easy To Talk About, Hard To Do rupanya. Lepas ada blog tu, saya kena fikir bahasa apa yang mudah untuk semua lapisan masyarakat faham apa yang cuba saya cakapkan. Biar apa yang saya cakapkan, sampai mesejnya kepada pembaca. Bukan hentam keromo je. Hai, cik nysa oi! sometimes saya malas nak fikir then baca ayat-ayat or trademarks yang mudah difahami kat blog korang. Macam manalah korang boleh fikir ayat-ayat macam tu? Rasa macam mana nak copy cats je. Tapi, i said to my self, Just Be Your Self Nysa! Fikrlah trademarks sendiri tak akan nak tiru trademarks Jambu Maharaja Lawak pula. Muka Legend tapi Hati Cute. Tak boleh, Tak boleh, Ni blog saya bukan blog Jambu.

Kalau menulis tu, mestilah kene ada gambar-gambar yang menarik kan? Barulah pembaca tak bosan, itu pun jadi masalah juga. Memanglah banyak gambar kat Google Images, tapi tak semua gambar yang menarik. Sebagai contoh, kalau saya cakap tentang makan, tak akan tiba-tiba je saya letak gambar buaya? Tak sesuwei cik nysa. Motif letak gambar buaya? Tapi cakap pasal makan. Mesej tak sampai kat pembaca cik nysa oi! Kadang-kadang dah jumpa gambar yang sesuai, tapi source dye dari ******.blogspot.com. Ala, gambar dah jumpa, tapi korang pun ada gambar tu jugak. Tak akan nak amik pulak kan? Tak seronokla. Ish,gambar-gambar tu cute! nak amik, nak amik jugak. Tak Kira (sambil hentak-hentak kaki). Tapi, i said to my self, Just Be Your Self Nysa! kalau blog saya, gambar tu saya yang punya usaha. :)

So, cakap dah merapu-rapu ni, conclusion entry ni is Tapi, i said to my self, Just Be Your Self Nysa! Sudah terang lagi bersuluh, itu tajuk entry die, itulah conclusionnya. Hehehe!

Wednesday, May 11, 2011

Cerita Si Kembar Rumah nysa!

yeay, kalau waktu awal-awal dulu, i ada cakapkan yang rumah i ni ada Pak Usu i yang dari Jelebu, Negeri Sembilan tu kan? ada tak i cakap? He had 4 adorable kids. Dan anak yang sulung, merupakan kembar. Yes, lelaki, sangat nakal dan petah berbicara. Then, mak usu i baru je bukak kedai meniaga lah, then tiap pukul 12 tengah hari, dia akan tinggalkan i kejap jaga kedai dia, then dia pergi amik si kembar kesayangannya dari sekolah (tadika), kembar pertama di beri nama MUHAMMAD MIZAR HAZIM BIN MUHD NAZIR, kembar kedua diberi nama MUHAMMAD MIZAR HAKIM BIN MUHD NAZIR (umur dorang 6 tahun) . Ni lah rupa muka dorang. Taraa..

Hakim

Hazim
okay, memanglah korang tak akan cam muka dorangkan? n tak tahu yang mana satu hazim or hakim. nama pon kembar, jangan risau, nenek i yang duduk setahun dengan dorang pon kan tak kenal lagi dorang, yang buat salah (meyepahkan keadaan n tak dengar cakap, padahal dua dua sama je) Hazim, tapi nenek i selalu cubit Hakim. dan sebaliknya Sebabnya nenek i tak cam muka dorang. by the way, ehem, i diantara dalam rumah tu dapat cam dorang, i suka budak-budak, so dari dorang kecik sampai lah ni ha, i je yg rajin melayan dorang. Jadinya i dah tahu siapa punya keje kalau meyepah cara cam ni dan cara cam tu. ( hebatkan i? hahaha)

So nak jadikan cerita, dua hari kebelakangan ni mak usu i bawak dorang pergi jaga kedai after sekolah, sebabnya, kat rumah atuk i dah jaga dua orang adik mereka yang masih kecil. Yang no 3 tu namanya, MUHAMMAD MIZAR HAFIZ BIN MUHD NAZIR dan ke 4 nya, NUR MIRZA FATIHA BINTI MUHD NAZIR, kalau korang tengok album i kat facebook. dapatlah korang tengok lebih banyak lagi muka budak berdua yang comel loteh ni.

Hafis

Fatiha


ni link ke album nysa, hehehe. dalam album miss my REAL prince and princess! jenguklah album tu ya? hehehe.

so, (sambung balik cerita yang tergantung) dah bawak mereka berdua ni satu hal, tapi terjadilah hal yang tak sepatutnya. I penat kat kedai melayan si kembar dari melayan orang datang nak beli air. Ya allah sabar jer la!!

Kejadian pertama (akan berlaku kalau dorang ada)

Sesampai je dorang ket kedai...

Hazim: Mak nak ni! (tunjuk air kelapa)

Hakim: Kita nak jugak mak!

Mak Usu: ermmm..

(i lah yang pergi siapkan air kelapa yang dorang nak tu, tak kurang tu, ada yang tertumpah sikit air kelapa kat kedai waktu dorang minum, melekit-lekitlah lantai kedai dan baju-baju dorang, i pon melekit gak sometimes, sebabnya air akan jatuh berdekatan dengan i, so kene lah tempias sikit)


5 minit kemudiannn...(air kelapa yang tadi tak habis pon lagi)

Hazim: Mak nak air gas pulak (cakap sambil mulut dah comot dan melekit dengan air kelapa)


Hakim: Kita nak jugak (yang air kelapa masih lagi separuh dalam cawan)


Mak usu: kan air kelapa tak habis lagi tu! (sambil mengeleng-gelengkan kepala)


Hazim and Hakim: ala, nanti jap lagi kita minum lah air tu!

(so, disebabkan cawan yang tadi penuh dengan air kelapa lagi, kenelah i ni mik cawan yang lain, sudahnya di akhir waktu abis keje nanti, cawan-cawan yang berlambak aku cuci tu semuanya dorang punya, sebabnya, belum sempat satu jam mintak air yang lama, dorang akan mintak yang baru punya, ish ish)


Kejadian kedua (kejadian ini pon akan selalu terjadi kalau dorang ada kat kedai)


Hazim: Kita basuhlah cawan ni mak!

(maka pergilah dia ke sink dan basuh cawan yang dimaksudkan, cawannnya satu, tapi air yang dengar keluar macam dia tengah basuh periuk belanga kenduri orang kahwin, huii, banjir sudah bawah sink tersebut, maka wujudlah lopak air, lepas tu dengar lah air berhenti, ingatkan dah abis basuh cawan, bila pergi kat sink tu, tadi cawan nak dibasuh satu, tiba-tiba kat dalam sink, bercawan-cawan yang masih bersabun tak dibilas lagi, tadi i dengar macam air terjun sagil dia bukak air, tapi cawan tak bersih-bersih lagi, confius-confius i, so terpaksalah i basuh balik cawannya yang kononnya dia nak basuh tu dan basuh balik cawan yang dah memang bersih yang dia bawak main bersama-sama air terjun tadi, tak lama lepas tu i dengar....)

Hakim: Mak kita pon nak basuh cawan jugak la.

(i: (sighhhh))


Kejadian ketiga (pon akan berlaku setiap kali datang kedai, ni kalau i atau mak usu biarkan jer kejadian ni berlarutan, ada yang mengeluarkan air mata ni)


Al-maklumlah, sekarang ni tengah panas, so kalau meniaga tu memang bahang, ya allah, tuhan je la yang tahu. so kipas meja sahaja yang dipakai kat kedai ni, ada dua kipas meja kat situ, satu kipas tinggi satu kipas rendah, yang menjadi hairannay, kipas tinggi tu tak ada siapa pon berminat, yang rendah tu budak berdua ni berebut. Lagi i confius.

Hazim: Kipas ni kita punya! (sambil mengarahkan kipas tu ke arah dia, maka sejuk dan berterbanganlah rambutnya kejap, dorang ni memang suke duduk menghadap kipas betul-betul depan muka, i pon pusing pandang dorang, pas tu sambung keje balik, dengar pulak hakim kata..)

Hakim: Kita yang dapat DULU!! (tarik balik kipas tu menghadap dia, maka begitulah berulang-ulang kali tarik menarik kipas berlaku, kadang-kadang terdengar keluhan mak usu merungut dorang bising berebut kipas, tiba-tiba..)

BERDEBUK!!! DEBUKKK!!!!

(mak ai, sesi tendang menendang kejar mengejar, tumbuk menumbuk berlaku, it was real, i tarik hakim, mak usu tarik hazim, last-last hakim menangis sampai campak-campak barang hazim tak puas hati. hai..)


Kejadian keempat (pun akan berlaku setiap kali datang)


(Mak usu i ni baru jer nak menceburi bidang niaga, tapi i rasa kalau hari-hari dia bawak si kembar ni, mahu lingkup terus kedai tu)

Hazim: Mak kita nak keropok ni (menunjuk ke arah twister besar)

Hakim: Mak kita pun nak juga. (makanya mengambil jugak)


Lima minit kemudian....

Hazim: Mak nak TORA

Hakim: Mak kita nak jugak!!

(begitulah seterusnya, besok pun nak amik TORA jugak, i rasa permainan yang dorang dapat tu sama jer dengan semalam.. adoyai)



Kejadian kelima (benda ni akan selalu berlaku kalau i lupa nak sorokkan marker pen dan hammer)

Hazim: Kak anis, ni marker pen sape? (sambil menunjukkan marker pen biru)

i: mak punya ler!! (untuk pengetahuan semua, kalau kat rumah orang panggil i anis)

(Lepas terdengarlah bunyi dia menconteng benda, kat surat khabar, kat botol air, kat dinding, dah macam kertas lukisan pulak kedai tu di buatnya, mak usu bising-bising, barulah dia stop, sabar jer la, tiba-tiba...)

TUK! TUK! TUK!

(i dengan mak usu pandang-pandang, siapa pulak yang bertukul ni? nampaklah budak kecik tengah duduk ketuk semua benda yang ada kat kedai tu.. alahai..)

i/ Mak usu: HAKIM!!

Kejadian ke.... (yang keberapa dah? i pon lupa, banyak sangat kejadian)

Pukul 1 pm...

Hazim: Mak kita nak keropok lekor.

Mak usu: Kan tengah hari ni, kejap lagi petang-petanglah mak goreng, nak jual sekali

Hazim: ala, nak jugak..

(mak usu pergilah mengoreng keropok lekor untuk anaknya, lepas tu sejam kemudiannn..)

Hakim: Mak kita nak telur goreng!

Hazim: Kita pun nak! Kita nak telur dadar

Hakim: ala, kita nak telur hancurlah!

Mak usu: (garuk kepala)

(Sudahnya, kene goreng telur pulak. Dua jenis telur, telur dadar dengan telur hancur untuk 2 ' regular customer' kami tu, ishhhh)

Sejam kemudian..

Hazim & Hakim: Mak kita nak maggi pulak

I: (sighhhh, sambil berfikir cepatlah pukul 6.30 pm, balik budak-budak ni tak minta apa-apa lagi dah)

maka itulah sketsa kembar rumah i, orang lain pun kembar jugak tapi tak adalah seharu dorang ni, ish,ish,ish

diakhiri dengan gambar dorang adik beradik...:)