.

.

Thursday, May 5, 2011

Cerpen: Aku Mahu Kau!


Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Tiada kena mengena hidup atau pun mati!




PART 1

Hujan renyai-renyai berterusan menyirami bumi sepanjang hari ini. Musim tengkujuh pula mula menampakkkan dirinya di akhir bulan November. Adakalanya hujan lebat dan adakalanya gerimis, namun ia tidak sedikit pun mengganggu kehidupan harian penduduk Lubuk Paku, Pahang.

Kereta Waja berwarna putih itu terus membelah jalan licin menuju ke Kampung Lubuk Paku , Maran, Pahang. Zakri memusatkan perhatiannya pada keadaan jalan raya yang licin itu. Di sebelahnya adiknya yang berumur 20 tahun sedang tersandar keletihan. Dia menoleh kearah adiknya sambil tersenyum. Kasihan pula dia melihat adiknya, Zalman yang keletihan menolong membersihkan kedai Dobinya yang akan dibuka lusa nanti.

‘’ Penat Man?’’ soal Zakri memecah kesunyian.

‘’ Sedikit sahaja bang, tapi Man okay.’’ Balas adiknya.

‘’ Kita berhenti minum sebentar ya? Lagipun baru sahaja pukul 9, nanti dalam pukul 10 malam baru kita pulang, okay?’’

‘’ Erm, boleh juga bang, Man pun rasa haus dan lapar ni, hehe, abang belanja ya?’’

‘’ Ya, abang yang belanja, tak akan kamu pula, haha, nak makan kat mana?’’ soal Zakri membiarkan adik kesayangannya membuat keputusan.

‘’ Roti canai please?’’ senyum Zalman.

Zakri membelokkan keretanya munuju ke arah sebuah kedai mamak yang berdekatan dengan kampungnya. Sebaik sahaja memberhentikan kereta, Zalman terus keluar memilih tempat duduk di bahagian luar. Zakri mengeleng-gelengkan kepalanya. Zalman kalau hal makan dia paling laju, kalau sebentar tadi dilihatnya remaja itu tersandar tak bermaya, sebut sahaja pasal makan, terus segar bugar sampai pintu kereta lupa ditutupnya. Hai, Zalman, Zalman, gumam hati Zakri.

Zakri terus menarik sebuah kerusi berhadapan dengan adik sambil tangannya mengamit seorang pekerja di kedai makan tersebut. Selepas memesan makanan, Zakri melekatkan pandangannya ke arah televisyen yang disediakan. Matanya tidak lepas memandang mayat seorang perempuan yang dibunuh dan disimbah asid, Satu lagi pembunuhan, dalam minggu ni, sudah dua pembunuhan yang dipaparkan di televisyen dan pembunuhnya masih belum dapat ditangkap. Sandiwara dunia. Dia mengeluh panjang.

‘’ Hai bang, mengeluh panjang nampak, apa yang difikiirnya?’’ Tanya Zalman.

‘’ Entahlah, manusia akhir zaman ni banyak yang dah tak pandai menggunakan akal yang dikurniakan Allah s.w.t, bertindak suka-suka hati bagaikan binatang.’’ Jawab Zakri.

‘’ Yalah bang, orang zaman sekarang ni dah macam tak ada jalan lain dah nak selesaikan masalah, kalau marah sahaja bunuh, marah sahaja membalas dendam, bagai tidak ingat balasan Allah nanti’’

‘’ Ya, ini semua iktibar, jangan Man pun buat, sudahlah ya? Ingat mak, arwah ayah dan paling penting, ingat Allah selalu.’’ Pesan Zakri

‘’Insyaallah, bang, Man ingat’’ senyum Zalman menyakinkan abangnya.

PART 2

            ‘’ Boleh ke kamu tolong abang ni Man?’’ soal abangnya sebaik sahaja adiknya menyatakan hasratnya untuk menolong di kedai Dobi Zakri yang baru dibuka.  
 
            ‘’ Bolehlah bang, sementara cuti semester dua bulan ni, Man boleh tolong, abang tak payahlah cari pekerja dulu buat sementara ni, Man pun tak minta gaji.’’ Jawab Zalman.

 Memang ikhlas niatnya untuk menolong abangnya, baginya hal duit itu tak penting, lagi pula abangnya baru menceburi bidang perniagaan, tidak ada salahnya sekiranya dia meringankan tulang untuk mebantu abangnya. Lagi pula cuti semester ini, boleh juga dia menimba pengalaman bekerja di kedai abangnya itu.

‘’ Biarlah Zakri, adik kamu nak menolong, boleh juga dia tambah pengalaman, sementara cuti ni dia tidak buat apa-apa, lagi bagus kalau dia menolong kamu,’’ tambah maknya yang sedang melipat baju sambil matanya tidak lepas  melihat drama Melayu yang ditayangkan di televisyen.

‘’ Tak adalah mak, baguslah kalau dia nak kerja, tapi Man kamu kalau nak kerja, kerja betul-betul, jangan main-main pula, business abang baru nak buka ni’’ pesan Zakri.

‘’Ya allah bang, abang percayalah kat Man, Man janji Man kerja betul-betul ya bang? Baik abang terima sahaja keputusan Man ni, takut lama-lama nanti Man tukar fikiran pula, melepas abang satu tenaga kerja tanpa gaji nanti. Hehe.’’ Gurau Zalman.

‘’ Sudahlah Man, kalau begitu kata-kata kamu ikut suka kamulah, jangan kamu main-main sudahlah’’ kata Zakri sambil mengarukan kepalanya yang tidak gatal itu.

Terkejut juga  apabila adiknya itu menyatakan hasrat murninya dikedai mamak petang tadi. Kebiasaannya di cuti semester ini Zalman tidak berminat untuk berkerja, Zalman lagi senang untuk lepak bersama-sama geng gitarnya. Kalau tak kena pada tempat dan waktunya, duit Zakri yang akan dimintanya untuk membetulkan gitar kesayangannya itu. Ini pula, ingin membantu Zakri di kedai Dobi yang baru akan dibuka nanti tanpa gaji, lagi buntu fikiran Zakri dibuatnya, buang tabiat apa budak ni. Minta tolong bersihkan kedai tadi pun sudah merungut-rungut, inikan pula ingin membantu Zakri menguruskan kedai Dobi yang baru dibuka di Maran nanti.

Zakri menoleh ke arah adiknya dan mencari keikhlasan di wajah adiknya sambil menhirup kopi panas yang dibuatkan oleh maknya.

‘’ Sudahlah mak, abang, Man masuk solat isyak dulu ya?’’ kata Zalman. Tersentak Zakri dari lamunannya dan terus mengangguk sekadar memberi keizinan.

Dalam hatinya masih tertanya apakah benar adiknya itu ikhlas untuk membantunya menguruskan kedai dobinya itu. Kalau benar, tidak mengapalah, kalau tidak, habislah perniagaan yang baru diceburi itu. Sudahlah baru setahun jagung dalam bidang perniagaan , kalau adiknya tidak serius dalam membantunya dalam perniagaan tersebut, punahlah harapannya untuk mengikut jejak langkah Rasullullah s.a.w yang berjaya dalam bidang peniagaan. Bukankah sembilan dari sepuluh itu merupakan rezeki dari Allah s.w.t yang datangnya dari perdagangan.

‘’Zakri?’’ panggil maknya menyedarkan Zakri dari lamunannya.

‘’ Ya mak?’’ sahut Zakri.

‘’Mak ada benda nak tanya kamu ni, itupun kalau kamu sudi mendengarnya.’’

‘’ Eh, cakap sahajalah mak, apa pula yang tak sudinya,’’ pinta Zakri sambil mengerutkan dahinya. Pelik juga maknya ni, kalau nak tanya-tanya sahajalah, kenapa pula dia tak sudi mendengarnya.

‘’ Begini, mak bukanlah nak masuk campur hal hidup kamu, tapi kamu sudah pun berusia 28 tahun, rakan-rakan sebaya  kamu sudah pun mempunyai anak, kamu bila lagi?’’

Tersembur kopi yang diminumnya tadi mendengarkan soalan  yang ditanyakan, masakan maknya  tiba-tiba sahaja menanyakan soalan itu padanya. Sudahlah itu, dia mahu bernikah dengan siapa, sampai saat ini dia masih tidak mempunyai calon. Dulu tu adalah, tapi semua terputus ditengah jalan. Mungkin juga kerana saiz badannya yang besar membuatkan semua gadis tidak meneruskan hubungan dengannya.

‘’ Err, mak salah tanya ya?’’ soal maknya hati-hati yang sekali lagi menyedarkan lamunannya.

‘’ Tidaklah mak, saya cuma berfikir, mungkin jodoh saya tidak sampai lagi mak. Kalau ada jodohnya, adalah mak, kalu tidak, saya begini sahajalah mak.’’ Jelas Zakri hati-hati takut menyingung perasaan orang tuanya itu.

‘’ Bukanlah, mak sudah ada calonnya, kalau kamu mahu mak boleh hantarkan rombongan terus.’’

Sekali lagi tersembur kopi yang diminum oleh Zakri, biar betul maknya ini, bagai tak menyempat pula su dah terus mahu hantar rombongan meminang. Dan yang paling memeranjatkan, maknya itu sudah mempunyai calon untuk dirinya. Zakri mengarukan kepala yang tidak gatal itu.

‘’Siapa mak?’’ soal Zakri.

‘’ Anak Pak Deris, si Fauziah tu.’’ Jawab maknya selamba.

‘’ Gee?’’

‘’ Ya dialah, siapa lagi, kan anak perempuan Pak Deris tu seorang sahaja.’’

‘’Eh mak ni, nak ke Gee tu kat Zakri ni, Gee tu cantik, satu kampung mahu buatkan dia sebagai isteri mak, tak akan saya yang dipilihnya, saya ni gemuk mak, tak akan dia hendakkannya,’’ kata Zakri merendahkan diri.

Kalau ikutkan paras rupa, memang jauh panggang dari api berbandingkan dirinya dengan Fauziiah itu. Fauziah itu bertubuh langsing, mempunyai kulit yang cerah, dan memiliki mata yang sangat menawan. Sesiapa sahaja yang memandangnya pasti akan terpikat. Sedangkan dia, dia cuma mempunyai saiz badan yang sebesar tong drum, malahan dia sendiri kadangkala kurang selesa dengan bau badannya itu.

‘’ Itulah kamu, Gee kata dia sudah lama berkenankan kamu, dia mahu kamu menjadi suaminya, mak pun sudah berbincang dengan Pak Deris, Pak Deris bersetuju, sekarang ni tinggal keputusan kamu sahaja,’’ kata maknya sambil mata masih lagi melihat drama Melayu tadi.

‘’ Kalau mak setuju, saya ikutkan sahaja mak.’’ Kat Zakri sambil tersenyum.

Mana tidak gembiranya,, Fauziah yang cantik seperti bidadari itu menginginkannya sebagai suami. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Dia kini merasakan dirinya merupakan lelaki yang paling bertuah sekali di kampung itu. Kalau dahulu budak remaja selalu mengejeknya dengan panggilan budak kuat makan, budak gemuk dan Doraemon, kini mereka akan berputih mata kerana Fauziah yang mereka gilai itu menjadi miliknya. Tiba-tiba hatinya berbunga riang .

‘’ Nikahnya hujung bulan ni ya Zakri,’’ sekali lagi maknya mengejutkannya dari lamunannya.

‘’ Eh, mak, kenapa cepat sangat?’’ soal Zakri yang begitu terkejut dengan pengkhabaran itu.

‘’ Entah, tarikh itu diminta oleh Gee sendiri, katanya lagi cepat lagi bagus.’’

‘’ Oh, sempat ke mak?’’

‘’ Kita buat kecil-kecilan sahaja, besok kamu temankan mak pergi beli cincin nikah kamu, kita tak payah bertunang, terus nikah sahaja. Ini semua atas permintaan Gee sendiri.’’ Terang maknya lagi.

‘’ Baiklah mak.’’ Kata Zakri.

Malam itu Zakri tidur dengan senyuman yang begitu bahagia, manakan tidaknya Fauziah gadis yang cantik bakal menjadi isterinya. Tidurnya malam itu bermimpikan diulit mimpi yang indah-indah belaka. Semuanya berkenaan diri Fauziah. Fauziah cantiknya seindah malam yang dipagari bulan dan bintang yang cukup bersinar. Sinaran itu pula dipenuhi dengan kebahagiaan mereka berdua. Oh Fauziah.

PART 3
            Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi Zakri bangun menunaikan janji terhadap maknya untuk membeli cincin nikahnya bersama Fauziah. Fauziah juga ikut serta. Fauziah dan Zakri kelihatan malu-malu sewaktu berganding membeli cincin nikah dan baju persandingan mereka. Mareka memilih baju pernikahan mereka berwarna putih , baju persandingan di rumah pihak lelaki berwarna biru dan baju persandingan di rumah pihak perempuan pula berwarna keemasan. Kad jemputan perkahwinan juga di tempah segera hari itu.

            Sewaktu perjalanan pulang ke rumah, Fauziah duduk di tempat duduk belakang sementara mak Zakri duduk di sebelahnya. Kadangkala Zakri curi-curi melihat Fauziah di belakang melalui cermin di hadapan kereta. Hatinya begitu bahagia melihat Fauziah yang cantik itu akan menjadi miliknya. Fauziah yang juga kadangkala perasan Zakri bertindak begitu juga tersipu-sipu malu dan membalas senyuman Zakri. Sewaktu Zakri sedang berbual dengan maknya, dia ingin sekali lagi curi-curi melihat Fauziah di cermin hadapan. Tiba—tiba dia terpandangkan satu lembaga putih ngeri duduk di sebelah Fauziah , dia memberhentikan kereta dan terus melihat ke arah belakang. Jantungnya berdegup kencang dan bulu tengkuknya juga terasa meremang.

            ‘’ Kenapa bang?’’ soal Fauziah.

            ‘’ Ya, kenapa Zakri? Kenapa kamu memberhentikan kereta tiba-tiba?’’ soal maknya pula.

            Zakri meraup muka dan rambutnya terus ke belakang. Dia berasa takut dan pitam. Dia juag memejamkan mata rapat-rapat tanda merehatkan diri sebentar. Dia menoleh sekali lagi ke arah Fauziah yang memandangnya dengan pandangan pelik. Mungkin juga dia berasa penat lalu terperasan benda yang bukan-bukan. Mungkin apa yang dilihatnya tadi hanya perasaannya sahaja.

            ‘’ Tiada apa-apa mak, saya cuma berasa mengantuk sahaja.’’ Kata Zakri.

            Dia tidak mahu memberitahu Fauziah dan maknya apa yang dilihatnya. Dia juga tidak berapa pasti samaada apa yang di lihat itu benar berlaku ataupun hanya mainan perasaannya sahaja. Dia juga tidak mahu maknya dan Fauziah berasa takut pula apabila dia memberitahu hal yang sebenar.

            ‘’ Sudahlah, rumah pun sudah dekat, nanti pulang, kamu berehatlah secukupnya’’ pesan maknya.

            Zakri mengangguk dan terus memusatkan perhatiannya ke jalan raya sambil berfikir. Dia juga tidak berani untuk curi-curi lagi melihat Fauziah di belakang. Bimbang pula dia melihat benda-benda yang bukan-bukan. Dia beristghfar terus dalam hati.

PART 4 

Sebulan kemudian..

            Hawa begitu dingin sekali, malam terus berlabuh meninggalkan mentari yang tadi nan megah menyinarkan cahayanya. Kadangkala terdengar pula bunyi cengkerik atau bunyi malam yang berlawan-lawan berebutkan suasana malam. Zakri pula leka melihat berita yang dipaparkan di televisyen. Tanpa dia sedar, isteri kesayangannya telah melabuhkan punggung di sebelahnya sambil menghidangkan air kopi.

            ‘’ Minum bang.’’ Jemput isterinya.

             Dia mengangguk sambil mengambil secawan air kopi yang dihidangkan. Dia mengusap rambut isterinya yang panjang berterbangan ditiup angin malam melalui tingkap  yang terbuka. Isterinya tersenyum dan rasa senang dibelai begitu. Terkenang kembali sebulan lepas mereka bernikah. Satu kampung terkejut menerima kad undangan perkahwinan mereka. Zakri budak gemuk akan bernikah dengan gadis secantik bidadari si Fauziah. Tidak kurang juga ada yang membawa mulut mengatakan dia menggunakan minyak pengasih untuk mendapatkan Fauziah. Terus dia beristighfar dalam hati sebaik mendengar perkhabaran buruk itu.

            Mana tidaknya, maknya sampai menangis-nangis mendengarkan fitnah yang di tabor oleh penduduk kampung tentangnya. Dia jugalah memujuk maknya harap bersabar dengan dugaan tersebut. Yalah, siapa pula percaya yang dia akan bernikah dengan gadis secantik itu. Dia juga sampai saat ini masih tidak mempercayainya. Tidak di sangka jodohnya adalh Fauziah, gadis yang di dilai ramai. Sedang dia membelai rambut panjang isterinya, tiba-tiba dia terpandangkan satu lembaga putih yang tersenyum ngeri memandangnya melalui jendela yang terbuka.

            ‘’Aku mahu kau, Zakri, aku mahu kau Zakri’’ kata lembaga itu.

Zakri berasa terkejut dan menjerit sekuat-kuatnya lalu rebah di pangkuan isterinya. Dia berpeluh dingin dan berasa longlai. Sejam selepas dia tersedar dari rebahnya, dia meracau-racau tak tentu arah dan terpaksa di tenangkan pleh bapa mentuanya, Pak Deris. Selepas dia minum air yang ditawarkan barulah dia pulih seperti sedia kala.

‘’ Abang nampak ‘benda’ tu Gee’’ kata Zakri.

‘’ Benda? Benda apa bang?’’ soal Fauziah pelik dengan tingkah laku suaminya.

‘’ Han..tu’’

‘’Ish abang ni, abang jangan nak menakut-nakutkan Gee pula, abang nampak dekat mana?’’

‘’ Dekat tingkap yang terbuka itu’’ sambil tangan Zakri menunjuk ke arah tingkap yang dah ditutup itu.

‘’ Abang ni, Gee membesar dirumah ni bang, Gee tak pernah melihat apa-apa hantu pun kat rumah ni, perasaan abang je ni, abang tidurlah, mungkin abang terlalu penat, Gee nak pergi tutup tingkap di dapur pula, abang tidurlah dulu.’’ Arah isterinya.

Zakri mengangguk dan terus menarik kain selimut menutupi badannya yang besar itu. Tidak mungkin itu perasaan abang Gee, abang melihatnya dengan mata kepala abang sendiri. Abang nampak dengan jelas benda itu  berterbangan di yang terbuka tadi. Malah dia berkata yang dia mahukan abang. Abang juga pernah melihatnya sebulan yang lepas duduk di sebelah Gee sewaktu pulang  dari membeli cincin nikah kita. Tidak mungkin itu hanya perasaan abang. Abang mesti siasat dari mana dia dating dan kenapa dia mengganggu abang. Gumam hati Zakri.

PART 5
            Zakri terbangun dari jaganya pada pukul 4.30 pagi. Dia meraup kesuluruhan mukanya dengan tangannya yang besar itu. Dia terasa badannya yang besar itu gatal-gatal digigit nyamuk lalu dia memusingkan badannya ke arah isterinya.

Didalam gelap itu, di memeluk isterinya yang tertidur bertentangan dengannya. Tiba-tiba dia merasakan jari isterinya kasar dan berkuku panjang. Didalam samar itu dia melihat isterinya mengenakan sehelai baju putih bersama kainnya. Rambut isterinya juga tidak selembut yang selalu di belainya. Rambut isterinya itu kasar dan menggerbang.

 Dia mula rasa gundah dan tidak sedap hati. Dia membuka matanya perlahan-lahan dan melihat ke arah isterinya. Isterinya yang seolah-olah mengerti yang suaminya terjaga itu terus memalingkan mukanya. Alangkah terkejutnya Zakri melihat isterinya itu berubah menjadi satu lembaga yang amat mengerunkan. Lembaga yang sama yang dilihatnya di jendela terbuka malam semalam.

Dia terus terjatuh dari katilnya sambil matanya itu tidak lepas memandang lembaga itu. Lembaga itu mula terbang di atas kepalanya. Zakri mula mencari ayat-ayat Al Quran yang boleh dibacanya di dalam fikirannya. Tetapi semua menjadi kucar kacir apabila semua surah menjadi satu dibuatnya. Lembaga itu yang seolah-olah memahami apayang di lalui Zakri mengilai berdekah-dekah lalu berkata.

‘’ Aku mahu kau, Zakri, aku mahu kau, Zakri’’

‘’ Pergi, jangan kau kacau aku dan isteri ku lagi, pergi, setan! Pergi!’’ kata Zakri dengan kuat.

‘’ Aku mahu kau! Zakri, Aku mahu Kau! Zakri’’ kata lembaga itu dengan kuat sambil dirinya terapung-apung di udara memandang Zakri.

‘’ Gee, tolong abang Gee’’ Zakri cuba memanggil isterinya untuk membantunya melarikan diri dari lembaga itu.

‘’ Aku mahu kau Zakri, Aku mahu kau Zakri’’

Sekali lagi lembaga itu berteriak di telinganya, kali ini, muka lembaga itu lebih kurang seinci dengan badannya. Zakri menutup matanya rapat-rapat, dia begitu takut sehingga tidak mahu melihat muka lembaga itu. Dia berasa dirinya begitu lemah untuk berlawan dengan lembaga itu. Tiba-tiba dia terdengar pintu biliknya dibuka oleh seseorang. Lantas dengan itu, dia membuka matanya. Dia melihat isterinya masuk berpakaian baju kebaya  merah dengan wajahnya yang puas tersenyum. Dia terus belari ke arah isterinya.

‘’ Gee, tolong abang gee, tolong abang, ‘ Benda tu’ datang lagi’’ adu Zakri ke isterinya.

‘’ Benda? Benda apa? ‘’ Tiba-tiba isterinya ketawa berdekah-dekah.

 Zakri menjadi hairan, tidakkah isterinya melihat lembaga itu sedang terapung-apung di udara meminta nya wa Zakri. Menjadi hairan lagi, kenapa isterinya memakai baju kebaya merah di malam-malam hari. Mahu kemanakah isterinya. Belum sempat menanyakan hal itu. Isterinya terlebih dahulu memberikan senyuman sinis terhadapnya.

‘’ Benda ini yang kau maksudkan di jendela semalam? Benda ini yang kau lihat duduk di sebelahku sebulan yang lepas lantas kau memberhentikan kereta?’’ Soal isterinya dengan sinis.

Kau? Aku? Kenapa tiba-tiba penggilan isterinya terhadap Zakri menjadi kurang enak didengar bunyinya. Bagaimana pula isterinya mengetahui lembaga itu yang dilihatnya sebulan yang lepas dan di jendela semalam. Zakri menjadi bingung. Dia mula menjauhkan dirinya dari isterinya. Dia mula berasa was-was dengan isterinya.

‘’ Pasti kau berasa hairan bukan? ‘Benda’ yang kau mengadu dengan aku ni ialah Hantu Raya aku, aku bela dia untuk kecantikan aku, supaya semua lelaki pandang ke arah ku, kau fikir aku mahu berkahwin dengan kau kerana aku mencintai kau ya? Kau gila bukan? Aku mengahwini kau kerana aku mahu kau menjadi korban untuk santapan hantu raya aku supaya aku terus menjadii cantik! Kau tolol! Masakan aku mahu menikahi lelaki gemuk seperti kau! Bodoh! ‘’ sambung Fauziah lagi.

‘’ Kenapa Gee buat abang macam ni? Apa salah abang?’’ tanya Zakri.

Sememangnya dia tidak mengerti mengapa Fauziah memilihnya menjadi korban saka hantu rayanya. Bukankah ramai lagi jejaka dikampungnya itu yang pasti tidak ada yang akan menolak sekiranya Fauziah mengajak mereka berkahwin . Tetapi mengapa mesti Zakri juga yang dipilihnya.

‘’ Kau mahu tahu kenapa? Kau pergilah tanya dia.’’ Sambil jarinya menunjuk ke arah Saka Hantu Rayanya malahan isterinya sanggup menolaknya ke arah Hantu Raya itu.

‘’ Kerana AKU MAHU KAU!’’ jawab Hantu Raya itu.

Malam itu, berakhirlah hidup pemuda bernama Zakri dengan tragis. Isi perutnya terburai diratah oleh Saka Hantu Raya Fauziah. Fauziah juga menjampi mukanya supaya menjadi cantik menggunakan asap kemenyan dan semangkuk darah Zakri. Tiba-tiba dia melihat hantu rayanya muncul di depannya sambil berkata

‘’ Aku mahu yang lain pula’’

Fauziah mengangguk dan tersenyum puas. Aku akan mencari pemuda yang kau mahukan wahai saka belaanku, berikan aku kecantikan yang tidak ada tolak bandingnya. Kata Fauziah dengan kuat sejurus selepas itu, dia ketawa berdekah-dekah.



Hasil nukilan sendiri:


NysaSarah!:))







           






6 comments:

Marquis Faizal said...

kreatif~imaginasi~menarik! =)

nisa1069 said...

thanks. :DD tapi nysa tahu masih ada lagi salah pada penggunaan bahasa. tapi tak tahu cam ne nak ubah. :(

Norhafsham said...

xpuas bace.nk lagi!!!

nisa1069 said...

tak puas baca? cerita dye tergantung ke?

Nh-yayah said...

best cerpen ni .. kak nysa berbakat ler , um , nape tak buat bnyk lagi cerpen2 yg menarik ?

nisa1069 said...

haha. belum ada idea lagilah dik. akak minat buat cerita genre seram je. ni tengah cari idea lagi ni. itu pun banyak kena perbaiki lagi. dengan masalh typo lagi. :( hehe. apa-apa pun terima kasih membaca dan komen. :)