.

.

Sunday, May 15, 2011

Tapi, i said to my self, Just Be Your Self Nysa!

Okay, what's up guys? Lamakan saya tak update blog saya? (ceh, baru dua hari jer). Tak adalah lama mana. Sorry guys dua hari ni busy sikit dengan game cityville kat facebook. Haha. Sementara nak tunggu refiil energy tu, sempat main cityville dekat facebook boyfriend and mak saya. Ceh, tak boleh pakai punya Nysa, kata nak jadi blogger berdedikasi, tapi selama 2 hari ini juga saya tak pernah nak jenguk blog. Ceh, haram! 


Okay, actually guys, saya kering kontang dengan buah fikiran yang tidak melahirkan sebarang idea nak menulis. Bukan tak jenguk langsung blog kesayangan saya ni, saya jenguk. (dah berapa kali dah click new post nak menulis), tapi tak mendapat sebarang idea pun. :( memang sedih, hai cik nysa, cik nysa.

Sampai satu tahap, saya jenguk blog blogger lain (sementara tunggu cityville refill energy), tengok entry lama-lama korang, kalau ada entry yang best macam nak cilok je. Tapi, i said to my self, Just Be Your Self Nysa! Kalau ni blog saya, biar saya menulis dengan idea saya sendiri. Jangan nak jadi blogger copycats jer. Macam mana nak jadi macam Hanis Zalikha, blogger yang saya minat? Betul tak?

Then, kalau korang selalu keep in track apa yang jadi kat blog saya ni, mesti korang perasan yang saya selalu tukar design blog saya ni. Kan? Sebabnya saya tak tahu lagi apa design yang betul-betul memuaskan hati saya. Kalau korang perasan dulu warna pink, lepas tu tukar yang vintage tu, lepas tu tukar yang glitter love merah ni! Lepas tu jadi macam yang sekarang korang tengok ni. Bukan tak ada pendirian, cuma sedang mencari identiti sendiri! (ceh, poyo cik nysa ni oi), kadang-kadang jealous juga tengok blog korang yang cantik-cantik. Macam manalah korang boleh dapat idea design lawa-lawa, cool macam tu. Korang memang creative. Sampaikan kadang-kadang saya, pernah terfikir untuk tiru jela blog korang tu. Tapi, i said to my self, Just Be Your Self Nysa! Ni blog Nysa Sarah, makanya cik Nysalah punya idea, bukan orang lain. betul tak?

Dulu waktu tak ada blog, saya selalu cakap ' ala, senang je buat blog ni, buat jelah,type then publish, apa yang susahnya?' . Amboi cik nysa, cara cakap macam pergi kedai mamak then cakap, 'saya nak blog 1, kurang manis tapi nak yang kaw2 punya!'. Omg, Easy To Talk About, Hard To Do rupanya. Lepas ada blog tu, saya kena fikir bahasa apa yang mudah untuk semua lapisan masyarakat faham apa yang cuba saya cakapkan. Biar apa yang saya cakapkan, sampai mesejnya kepada pembaca. Bukan hentam keromo je. Hai, cik nysa oi! sometimes saya malas nak fikir then baca ayat-ayat or trademarks yang mudah difahami kat blog korang. Macam manalah korang boleh fikir ayat-ayat macam tu? Rasa macam mana nak copy cats je. Tapi, i said to my self, Just Be Your Self Nysa! Fikrlah trademarks sendiri tak akan nak tiru trademarks Jambu Maharaja Lawak pula. Muka Legend tapi Hati Cute. Tak boleh, Tak boleh, Ni blog saya bukan blog Jambu.

Kalau menulis tu, mestilah kene ada gambar-gambar yang menarik kan? Barulah pembaca tak bosan, itu pun jadi masalah juga. Memanglah banyak gambar kat Google Images, tapi tak semua gambar yang menarik. Sebagai contoh, kalau saya cakap tentang makan, tak akan tiba-tiba je saya letak gambar buaya? Tak sesuwei cik nysa. Motif letak gambar buaya? Tapi cakap pasal makan. Mesej tak sampai kat pembaca cik nysa oi! Kadang-kadang dah jumpa gambar yang sesuai, tapi source dye dari ******.blogspot.com. Ala, gambar dah jumpa, tapi korang pun ada gambar tu jugak. Tak akan nak amik pulak kan? Tak seronokla. Ish,gambar-gambar tu cute! nak amik, nak amik jugak. Tak Kira (sambil hentak-hentak kaki). Tapi, i said to my self, Just Be Your Self Nysa! kalau blog saya, gambar tu saya yang punya usaha. :)

So, cakap dah merapu-rapu ni, conclusion entry ni is Tapi, i said to my self, Just Be Your Self Nysa! Sudah terang lagi bersuluh, itu tajuk entry die, itulah conclusionnya. Hehehe!

No comments: