.

.

Wednesday, May 11, 2011

Cerita Si Kembar Rumah nysa!

yeay, kalau waktu awal-awal dulu, i ada cakapkan yang rumah i ni ada Pak Usu i yang dari Jelebu, Negeri Sembilan tu kan? ada tak i cakap? He had 4 adorable kids. Dan anak yang sulung, merupakan kembar. Yes, lelaki, sangat nakal dan petah berbicara. Then, mak usu i baru je bukak kedai meniaga lah, then tiap pukul 12 tengah hari, dia akan tinggalkan i kejap jaga kedai dia, then dia pergi amik si kembar kesayangannya dari sekolah (tadika), kembar pertama di beri nama MUHAMMAD MIZAR HAZIM BIN MUHD NAZIR, kembar kedua diberi nama MUHAMMAD MIZAR HAKIM BIN MUHD NAZIR (umur dorang 6 tahun) . Ni lah rupa muka dorang. Taraa..

Hakim

Hazim
okay, memanglah korang tak akan cam muka dorangkan? n tak tahu yang mana satu hazim or hakim. nama pon kembar, jangan risau, nenek i yang duduk setahun dengan dorang pon kan tak kenal lagi dorang, yang buat salah (meyepahkan keadaan n tak dengar cakap, padahal dua dua sama je) Hazim, tapi nenek i selalu cubit Hakim. dan sebaliknya Sebabnya nenek i tak cam muka dorang. by the way, ehem, i diantara dalam rumah tu dapat cam dorang, i suka budak-budak, so dari dorang kecik sampai lah ni ha, i je yg rajin melayan dorang. Jadinya i dah tahu siapa punya keje kalau meyepah cara cam ni dan cara cam tu. ( hebatkan i? hahaha)

So nak jadikan cerita, dua hari kebelakangan ni mak usu i bawak dorang pergi jaga kedai after sekolah, sebabnya, kat rumah atuk i dah jaga dua orang adik mereka yang masih kecil. Yang no 3 tu namanya, MUHAMMAD MIZAR HAFIZ BIN MUHD NAZIR dan ke 4 nya, NUR MIRZA FATIHA BINTI MUHD NAZIR, kalau korang tengok album i kat facebook. dapatlah korang tengok lebih banyak lagi muka budak berdua yang comel loteh ni.

Hafis

Fatiha


ni link ke album nysa, hehehe. dalam album miss my REAL prince and princess! jenguklah album tu ya? hehehe.

so, (sambung balik cerita yang tergantung) dah bawak mereka berdua ni satu hal, tapi terjadilah hal yang tak sepatutnya. I penat kat kedai melayan si kembar dari melayan orang datang nak beli air. Ya allah sabar jer la!!

Kejadian pertama (akan berlaku kalau dorang ada)

Sesampai je dorang ket kedai...

Hazim: Mak nak ni! (tunjuk air kelapa)

Hakim: Kita nak jugak mak!

Mak Usu: ermmm..

(i lah yang pergi siapkan air kelapa yang dorang nak tu, tak kurang tu, ada yang tertumpah sikit air kelapa kat kedai waktu dorang minum, melekit-lekitlah lantai kedai dan baju-baju dorang, i pon melekit gak sometimes, sebabnya air akan jatuh berdekatan dengan i, so kene lah tempias sikit)


5 minit kemudiannn...(air kelapa yang tadi tak habis pon lagi)

Hazim: Mak nak air gas pulak (cakap sambil mulut dah comot dan melekit dengan air kelapa)


Hakim: Kita nak jugak (yang air kelapa masih lagi separuh dalam cawan)


Mak usu: kan air kelapa tak habis lagi tu! (sambil mengeleng-gelengkan kepala)


Hazim and Hakim: ala, nanti jap lagi kita minum lah air tu!

(so, disebabkan cawan yang tadi penuh dengan air kelapa lagi, kenelah i ni mik cawan yang lain, sudahnya di akhir waktu abis keje nanti, cawan-cawan yang berlambak aku cuci tu semuanya dorang punya, sebabnya, belum sempat satu jam mintak air yang lama, dorang akan mintak yang baru punya, ish ish)


Kejadian kedua (kejadian ini pon akan selalu terjadi kalau dorang ada kat kedai)


Hazim: Kita basuhlah cawan ni mak!

(maka pergilah dia ke sink dan basuh cawan yang dimaksudkan, cawannnya satu, tapi air yang dengar keluar macam dia tengah basuh periuk belanga kenduri orang kahwin, huii, banjir sudah bawah sink tersebut, maka wujudlah lopak air, lepas tu dengar lah air berhenti, ingatkan dah abis basuh cawan, bila pergi kat sink tu, tadi cawan nak dibasuh satu, tiba-tiba kat dalam sink, bercawan-cawan yang masih bersabun tak dibilas lagi, tadi i dengar macam air terjun sagil dia bukak air, tapi cawan tak bersih-bersih lagi, confius-confius i, so terpaksalah i basuh balik cawannya yang kononnya dia nak basuh tu dan basuh balik cawan yang dah memang bersih yang dia bawak main bersama-sama air terjun tadi, tak lama lepas tu i dengar....)

Hakim: Mak kita pon nak basuh cawan jugak la.

(i: (sighhhh))


Kejadian ketiga (pon akan berlaku setiap kali datang kedai, ni kalau i atau mak usu biarkan jer kejadian ni berlarutan, ada yang mengeluarkan air mata ni)


Al-maklumlah, sekarang ni tengah panas, so kalau meniaga tu memang bahang, ya allah, tuhan je la yang tahu. so kipas meja sahaja yang dipakai kat kedai ni, ada dua kipas meja kat situ, satu kipas tinggi satu kipas rendah, yang menjadi hairannay, kipas tinggi tu tak ada siapa pon berminat, yang rendah tu budak berdua ni berebut. Lagi i confius.

Hazim: Kipas ni kita punya! (sambil mengarahkan kipas tu ke arah dia, maka sejuk dan berterbanganlah rambutnya kejap, dorang ni memang suke duduk menghadap kipas betul-betul depan muka, i pon pusing pandang dorang, pas tu sambung keje balik, dengar pulak hakim kata..)

Hakim: Kita yang dapat DULU!! (tarik balik kipas tu menghadap dia, maka begitulah berulang-ulang kali tarik menarik kipas berlaku, kadang-kadang terdengar keluhan mak usu merungut dorang bising berebut kipas, tiba-tiba..)

BERDEBUK!!! DEBUKKK!!!!

(mak ai, sesi tendang menendang kejar mengejar, tumbuk menumbuk berlaku, it was real, i tarik hakim, mak usu tarik hazim, last-last hakim menangis sampai campak-campak barang hazim tak puas hati. hai..)


Kejadian keempat (pun akan berlaku setiap kali datang)


(Mak usu i ni baru jer nak menceburi bidang niaga, tapi i rasa kalau hari-hari dia bawak si kembar ni, mahu lingkup terus kedai tu)

Hazim: Mak kita nak keropok ni (menunjuk ke arah twister besar)

Hakim: Mak kita pun nak juga. (makanya mengambil jugak)


Lima minit kemudian....

Hazim: Mak nak TORA

Hakim: Mak kita nak jugak!!

(begitulah seterusnya, besok pun nak amik TORA jugak, i rasa permainan yang dorang dapat tu sama jer dengan semalam.. adoyai)



Kejadian kelima (benda ni akan selalu berlaku kalau i lupa nak sorokkan marker pen dan hammer)

Hazim: Kak anis, ni marker pen sape? (sambil menunjukkan marker pen biru)

i: mak punya ler!! (untuk pengetahuan semua, kalau kat rumah orang panggil i anis)

(Lepas terdengarlah bunyi dia menconteng benda, kat surat khabar, kat botol air, kat dinding, dah macam kertas lukisan pulak kedai tu di buatnya, mak usu bising-bising, barulah dia stop, sabar jer la, tiba-tiba...)

TUK! TUK! TUK!

(i dengan mak usu pandang-pandang, siapa pulak yang bertukul ni? nampaklah budak kecik tengah duduk ketuk semua benda yang ada kat kedai tu.. alahai..)

i/ Mak usu: HAKIM!!

Kejadian ke.... (yang keberapa dah? i pon lupa, banyak sangat kejadian)

Pukul 1 pm...

Hazim: Mak kita nak keropok lekor.

Mak usu: Kan tengah hari ni, kejap lagi petang-petanglah mak goreng, nak jual sekali

Hazim: ala, nak jugak..

(mak usu pergilah mengoreng keropok lekor untuk anaknya, lepas tu sejam kemudiannn..)

Hakim: Mak kita nak telur goreng!

Hazim: Kita pun nak! Kita nak telur dadar

Hakim: ala, kita nak telur hancurlah!

Mak usu: (garuk kepala)

(Sudahnya, kene goreng telur pulak. Dua jenis telur, telur dadar dengan telur hancur untuk 2 ' regular customer' kami tu, ishhhh)

Sejam kemudian..

Hazim & Hakim: Mak kita nak maggi pulak

I: (sighhhh, sambil berfikir cepatlah pukul 6.30 pm, balik budak-budak ni tak minta apa-apa lagi dah)

maka itulah sketsa kembar rumah i, orang lain pun kembar jugak tapi tak adalah seharu dorang ni, ish,ish,ish

diakhiri dengan gambar dorang adik beradik...:)

2 comments:

CiK PuaN NeTTY said...

hahahhaha..sengal punye kembau..kih3

nisa1069 said...

hahha. kan? memang sengal, malas lah nak layan rasanya! :)