.

.

Sunday, May 1, 2011

Cerpen: Detik Tengah Malam

Untuk pengetahuan, cerpen ini Nysa reka tiada kena- mengena dengan yang hidup ataupun mati. So, Nysa harap semua senang hati membacanya.


PART 1

Sekumpulan pelajar masuk ke dalam dewan kuliah. Diantaranya merupakan pelajar semester 1 yang baru sahaja menempuh alam universiti. Ada diantaranya masih lagi bersedih kerana tidak pernah duduk berjauhan dari keluarga, walaupun hampir setengah tahun meneruskan perjuangan di UiTM,.Tidak terkecuali Katrina, gadis yang berasal dari Kuala Lumpur merupakan anak bongsu Dato’ Ramli ahli perniagaan terkenal. Sungguhpun begitu, gadis bermata bundar dan berambut ikal maya ini tidak pernah berbangga diri dan menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimiliki, malah ada diantara rakan-rakannya masih tidak mengenali latar belakang gadis tersebut.

Dalam kekalutan mencari tempat duduk yang sesuai didalam kuliah, Katrina termenung panjang dihadapan pintu masuk dewan kuliah tersebut. Megelamun memikirkan papanya yang ingin berkahwin lagi. Baru sebentar Dato’ Ramli menelefonnya menyatakan hasratnya kepada Katrina, Katrina hanya mengiyakan segala kata-kata papanya, bukannya apa, Katrina mula meluat dah malas mahu berbalah dengan papanya. Ibu Katrina sudah meninggal tiga tahun yang lepas akibat Barah Rahim yang dihidapinya, dalam sekelip mata, Katrina berubah menjadi sangat pendiam dan mengikut segala kata-kata papanya walaupun dia sendiri meluat.

‘’Hoi!! Janganlah tercegat dekat sini, masuklah, ramai dah masuk tu, termenung pulak dia’’ jerit Shiha, kawan rapat Katrina

‘’ Err.. aku tunggu kau lah’’ balas Katrina selamba.

‘’Ala, cover lah tu, malu dah kena jerit dengan aku, ko fikir apa hah?’’

‘’ Mana ada!’’ bentak Katrina lalu berjalan laju memilih tempat diikuti Shiha dibelakangnya.

Mereka memang berkawan rapat sejak minggu orientasi pelajar semester 1 awal tahun yang lalu. Shiha yang juga merupakan teman sebilik Katrina memang terkenal dengan sifat kasar dan cakap lepasnya. Walaupun begitu, Katrina senang berkawan dengannya, perangainya yang kasar kadangkala merimaskan Katrina, tetapi itulah rakan baiknya yang selalu menolongnya di dalam kesusahan.

‘’ Kenapa eh tiba-tiba Puan Maslina nak buat perjumpaan ni? aku dah penat nak tidur ni, sibuklah dia nak buat benda mengarut ni’’ bentak Shiha

Katrina menoleh sambil mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia juga mengantuk dan berasa tidak puas hati perjumpaan ini diadakan. Sambil mengelamun memikirkan lagi masalah papanya, seorang wanita yang berumur dalam likungan lima puluh tahun masuk sambil mengerling ke arah pelajarnya, Puan Maslina, pensyarah Taxation merangkap sebagai Penasihat Kelab Member of Diploma Accountancy (MEDIA) UiTM Jengka, Pahang.

‘’Assalamualaikum semua’’ Puan Maslina memulakan bicara.

‘’ Walaikumusalam’’ sahut pelajar semester satu fakulti Perakaunan.

‘’ Pertama sekali, saya memohon maaf kerana menganggu masa kamu semua.’’ Sambung Puan Maslina bagai sudah mengerti dan mendengar rungutan pelajar-pelajarnya yang tidak puas hati perjumpaan itu diadakan.

‘’ Saya mengadakan perjumpaan ini untuk memaklumkan kepada kamu semua bahawasanya, UiTM telah mengeluarkan bajet untuk mengadakan satu lawatan ke Terengganu untuk pelajar semester satu selama tiga hari dua malam, lawatan ini bertujuan untuk kita melawat tempat-tempat yang indah di Terengganu sekaligus menjayakan program Cuti-Cuti Malaysia yang diadakan oleh kerajaan.’’ Ucap Puan Maslina dengan tenang.

Pelajar mula membuat bunyi yang riuh rendah barangkali gembira dengan berita tersebut. Mana tidaknya, bercuti secara percuma ke Terengganu, semuanya pasti gembira dan tidak akan melepaskan peluang ini. Sambil mengangkat tangannya tanda menyuruh bertenang dan tersenyum, Puan Maslina menyambung kembali ucapannya.

‘’ Kita seharusnya berterima kasih kepada Rektor UiTM, Jengka Pahang kerana sudi memilih pelajar semester fakulti Perakaunan menyertai rombongan ini. Hal tempat tinggal, pengangkutan dan makan di sana akan diuruskan oleh pihak UiTM, kamu hanya bersiap sedia mengemas barang kerana kita akan bertolak pada hari Khamis ini pada pukul lima petang.’’

Sekali lagi pelajar membuat bunyi riuh rendah sehinggakan ada yang berdiri sambil bertepuk tangan. Tidak kurang juga ada diantara sekumpulan pelajar perempuan sudah merancang pakaian apa yang harus dibawanya nanti. Perasaan Katrina pula sebaliknya, dia masih berasa sedih dan merasakan berita itu tidak dapat mengubah rasa sedihnya.

‘’Baiklah, sampai setakat ini perjumpaan kita, apa-apa information, saya akan tampalkan notis di papan kenyataan MEDIA nanti, asalamualaikum.’’ Ujar Puan Maslina mengakhiri bicara.

Kalau sebentar tadi, mereka menjawab salam Puan Maslina, kali ini mereka lagi berminat untuk bercerita apa yang akan dilakukan di Terengganu.  Tidak kurang juga, adanya ingin membeli kamera baru untuk menangkap gambar kenang-kenangan di sana nanti.

‘’ Eh Kat, bukan hari khamis tu besok ke?’’ soal Shiha yang dari tadi mendiamkan diri.

‘’ Err, Yalah, aku pun tak perasan, kau nak pergi ke?’’ Tanya Katrina.

‘’ Lah, kenapa tak nak pergi pulak, free tu, mana ada orang sanggup nak bagi kita bercuti free, bapak kau pun tak sanggup, pergi je lah’’

Katrina terdiam.

‘’ Kalau kau nak tahu Shiha, bila-bila masa aku boleh minta papa hantar aku bercuti, tapi papa..’’ getus Katrina dalam hati

Ya, Shiha masih tidak tahu latar belakang keluarga Katrina. Dia cuma tahu ibu Katrina sudah meninggal dunia dan Katrina tinggal bersama papanya. Shiha masih tidak tahu lagi kemewahan sebenar yang dimiliki Katrina. Fikirnya Katrina juga merupakan seorang gadis yang berasal dari golongan sederhana. Tidak pula Katrina ingin menerangkannya.

‘’ Hoi, kau dari tadi mengelamun je lah, ko dengar tak apa aku cakap tadi?’’ Shiha mengerut dahi menjerit.

‘’ Ya, ya aku dengar, kau ni Shiha tak payahlah menjerit, malulah semua dengar, aku rasa malaslah nak pergi.’’

‘’Ala, kalau kau tak pergi, aku nak pergi dengan siapa? Siapa nak teman aku? Pergilah Kat.’’ Pujuk Shiha
Kasihan pula dia melihat Shiha yang kelihatan beriya-iya ingin menyertai rombongan tersebut. Katrina mengeluh panjang.  

‘’ Yalah, aku pergi.’’ Ujar Katrina sambil tersenyum

‘’ Yeay, malam ni kita pack barang lah ya?’’ sahut Shiha.

Katrina tergelak kecil, sungguh bersemangat sekali Shiha.

‘’ Tak apalah Shiha, asal kau gembira aku pun turut juga’’ getus hati Katrina sambil tersenyum memandang sahabat baiknya.

PART 2
            ‘’ Sakit-sakitnya badan aku tidur dalam bas.’’ Rungut Shiha

            Katrina tersenyum melihat gelagat sahabat baiknya itu. Perjalanan selama sejam setengah dari Pahang ke Terengganu itu memang mengundang ketidakselesaan Katrina. Katrina jarang sekali menaiki bas. Dia mempunyai kereta sendiri yang dihadiahkan oleh papanya. Tetapi pelajar semester satu dilarang membawa kereta, makanya, pergi dan balik ke Kuala Lumpur, Pakcik Hasanlah yang mengambilnya. Pakcik Hassan merupakan pemandu papanya, sudah lama Pakcik Hasan berkerja dengan papanya sejak Katrina dilahirkan lagi.

            ‘’Okay,seberang jalan ni merupakan chalet yang tempat kamu bermalam nanti.’’ Ujar Puan Maslina
            ‘’ Ada dua puluh chalet ditempah khas untuk lima puluh sembilan pelajar kita, jadi satu chalet akan diduduki seramai tiga orang pelajar, cuma hanya satu chalet akan diduduki 2 orang pelajar sahaja, jadi..’’ belum pun sempat Puan Maslina habis berkata-kata, Shiha sudah menyampuk.

‘’ Biar saya dan Katrina yang dua orang satu chalet itu puan.’’ Ujar Shiha menyeringai

Katrina sudah menyiku Shiha tanda menyuruhnya diam. Ish, Shiha ni, buat malulah, menyampuk pula dia.

‘’ Baiklah Shiha, ni kunci bilik untuk awak berdua.’’ Ujar Puan Maslina sambil tersenyum.

‘’ Terima Kasih Puan.’’ Jerit Shiha

‘’ Baiklah, untuk malam ini, kamu dibenarkan untuk buat aktiviti bebas, berjalan ditepi pantai ke, mandi di swimming pool ke, buatlah apa yang kamu suka asalkan kamu tidak melakukan perkara yang memalukan UiTM, kamu sedang membawa nama UiTM di sini ya, saya tidak mahu sebarang masalah berlaku yang boleh memburukkan nama UiTM, sekiranya ia berlaku, malam ni juga saya akan membatalkan rombongan ini dan membawa kamu pulang, faham semua?’’

‘’Faham puan’’ sahut pelajar

‘’ Kamu boleh berehat di bilik sekarang’’ ujar Puan Maslina

Katrina dan Shiha mengangkat beg masing-masing dan menuju ke arah bilik mereka.

‘’ Nasib baik kita dapat bilik berdua je’’ ujar Shiha

Katrina tersenyum dan mengangguk. Bijak juga Shiha, selesa lagi kalau mereka berdua sahaja berkongsi satu chalet.

PART 3
           
           Jam sudah menujukkan pukul 11 malam, selepas berjalan-jalan di tepi pantai dan menikmati makan malam sebentar tadi, Katrina dan Shiha berehat di dalam chalet mereka.

            ‘’ Kenyangnya’’ ujar Shiha.

            ‘’ Yalah, banyak sungguh makanan yang dihidangkan tadi, perut aku dah mula rasa senak dah ni.’’ Sambung Katrina.

            ‘’ Hehe, Kat..kalau aku nak keluar kejap lagi jumpa Amirin, kau okay tak tinggal seorang?’’

            ‘’ Eh? Kau ada apa-apa ke dengan Amirin tu? Patutlah aku tengok dia asik tenung kau je dalam tadi, kau dah couple dengan dia eh?’’

            ‘’ Hehe, dah sebulan dah, aku nak beritahu kau, tapi aku tak tahu nak beritahu macam mana’’ terang Shiha.

            ‘’Haha, tak apalah kalau macam itu, aku pun tumpang gembira kalau kau bahagia Shiha, pergilah tapi jangan balik lambat sangat tau, takut nanti Puan Maslina jumpa kau berdua, habislah kau, aku tak boleh nak tolong tau.’’ Senyum Katrina.

            ‘’ Tahulah aku, janganlah kau risau, selamat punya, bye, jaga diri elok-elok, jangan rindu aku tau?’’ gurau Shiha.

            ‘’ Bye’’ gelak Katrina sambil melihat tubuh kecil itu pergi menghilang dalam kegelapan malam di muka pintu.

            Katrina menutup semula pintu tersebut, lalu dia mengambil novel yang baru dibelinya minggu lepas dan membacannya. Akibat terlalu penat, dia tertidur dengan novel Igauan Semalam karya Zaifuzaman Ahmad melekap di mukanya.

PART 4
            
            Malam begitu dingin sehinggakan sejuk menembusi tulang belakang. Awan yang gelap terlalu megah sehingga menutup separuh bulan yang mengambang lantas tidak mengizinkan bintang menyinarkan cahayanya. Katrina tidak sedar semua itu kerana dia lena dengan tidurnya sambil berbantalkan tangannya sendiri.

            ‘’ Ding Dong’’ bunyi loceng pintu kedengaran.

             Katrina terjaga dan mengeliat sekuat hati. Matanya berasa pedih mungkin kerana terlupa membuka kanta lekap sebelum tidur tadi. Dia memandang kearah jam tangannya yang menunjukan jam tepat pukul 12.30 malam. Dia melangkah malas kearah pintu, barangkali Shiha lupa untuk membawa kunci chalet yang didiami mereka berdua. Katrina memulas tombol dengan malas sambil berasa tidak puas hati kerana tidurnya dikacau. Pintu dibuka, tepat sangkaannya, Shiha pulang dengan wajahnya yang pucat dan memandang tajam kearah Katrina.

            Katrina terperanjat dan hampir melompat apabila melihat Shiha betul-betul berada tepat dimukanya sebaik dia membuka pintu.

            ‘’ Ishh, kau ni Shiha, buat terperanjat aku je, yang duduk dekat sangat dengan pintu ni kenapa?’’ marah Katrina.

            Namun, Shiha tidak menunjukkan sebarang reaksi malah terus melangkah masuk kedalam bilik. Katrina mula rasa tidak sedap hati, tadi Shiha keluar dengan senyuman sampai ke telinga untuk berjumpa dengan buah hatinya, inikan pula balik dengan wajah yang pucat dan tidak bermaya. Bergaduh ke minah ni? Gumam hati Katrina.

            ‘’ Kau kenapa? Diam dan muram sahaja aku tengok? Gaduh dengan Amirin ke?’’ ujar Katrina sambil mengunci semula pintu chalet.

            Masih tidak mempunyai sebarang reaksi dari Shiha. Katrina mula rasa gusar, dia mula berasa tidak selesa bersama Shiha malam itu. Dilihatnya Shiha baring dengan tangan mendakap ke dada sambil memandang ke atas.

            ‘’ Shiha? Kau okay tak?’’ Tanya Katrina sambil berlalu masuk ke bilik air.

Niatnya untuk membuka kanta lekap yang dipakainya dari siang tadi, pedihnya mata tuhan sahaja yang  tahu. Inilah padahnya memakai kanta lekap terlalu lama.  Shiha masih tidak menunjukkan sebarang reaksi pada pertanyaannya tadi. Katrina mula berasa janggal dengan reaksi yang ditunjukkan sahabatnya itu malam ini, lalu dia keluar dari bilik air ingin melihat sahabatnya itu. Kali ini, sahabatnya duduk sambil mata tidak lepas memandang ke atas.

Katrina mula berjalan mendekati Shiha, tetapi baru sahaja memulakan langkah, telefon bimbitnya berdering di atas televisyen, terpaksa Katrina mengubah langkah ke arah televisyen pula. Bagai mahu jatuh jantung Katrina melihat nama Shiha terpapar di muka skrin telefon bimbitnya. Tanpa menoleh kebelakang, Katrina menjawab panggilan tersebut.

‘’ Hoi, apa pasal dari tadi aku jerit kat luar ni kau tak bukak pintu hah?’’ jerit Shiha sebaik Katrina menekapkan telefon bimbitnya ke telinga.

Katrina menelan air liurnya dengan begitu payah. Kalau yang telefon dia sebentar tadi adalah Shiha, siapa pula yang bersama dengannya didalam chalet tersebut? Katrina menutup matanya rapat-rapat dan mula menangis ketakutan. Peluh dingin mula keluar dari dahinya. Kalau boleh dia tidak mahu menoleh melihat siapa di belakangnya. Telefon yang dipegangnya jatuh ke atas lantai. Tidak semena-mena bau darah yang hanyir mula menyengat ke hidungnya menambah lagi kuat tangisnya.

Tiba-tiba pintu diketuk hebat dari luar, memeranjatkan lagi Katrina yang dalam ketakutan. Namun dia sedikit lega mendengar suara Shiha yang menjerit di luar mengarahkannya membuka pintu. Kakinya kaku untuk bergerak ke arah pintu tersebut. Lidahnya terkumat kamit meminta tolong tetapi suaranya tidak pula keluar. Dalam keharuan yang di lalui, tiba-tiba lampu chaletnya terpadam menjadikan dia lagi bertambah tidak keruan. Keadaan sunyi sepi tiba-tiba, tidak lagi kendengaran suara Shiha diluar.

Seharusnya, ayat-ayat al Quran yang dibacanya, namun hanya yang keluar dari mulut dia cuma perkataan meminta tolong. Katrina mula menoleh perlahan-lahan ke belakang, sebaik sahaja dia menoleh, dia melihat satu lembaga putih berambut panjang, bermuka pucat, bermata merah dan bertaring betul-betul dihadapannya. Bau yang hanyir dating dari lembaga itu. Katrina ingin melarikan diri namun kakinya bagai dipaku dan terasa longlai. Katrina mengharapkan dia pengsan ketika itu, tetapi sebaliknya dia masih lagi memandang ke arah lembaga itu yang lebih kurang seinci dari mukanya.

Dia menangis sekuat hati apabila melihat lembaga itu mula mengangkat tangan seolah-olah ingin mencekiknya. Tetapi, lembaga itu menunjukkan sesuatu di siling, Katrina buat tak endah dan masih kuat dengan tangisannya. Lembaga itu begitu marah dan mula mencekik Katrina, Katrina menjerit sekuat hati. Tiba-tiba…

‘’ Kat…!!’’ jerit Shiha.

            Rupanya Katrina cuma bermimpi sahaja. Dilihatnya Shiha memandangnya dengan pandangan yang sangat pelik.

            ‘’ Kenapa kau menjerit-jerit dalam tidur? Kau mengigau ya? ’’ soal Shiha lalu tertawa.

            ‘’ Errrr.. A..Aku nam..pak.. hantu.. A..ku..’’

            ‘’ Sudahlah Kat, kau mengigau sahaja, lain kali sebelum tidur cuci kaki dulu, baca ayat kerusi tiga kali, barulah tidur, sudah tidurlah besok kita banyak aktiviti lagi’’ nasihat Shiha lalu tidak mengendahkan Katrina yang pucat lesi itu. Shiha terus baring di sebelah Katrina tanpa mengiraukan sahabatnya itu.

            Malam itu Katrina tidak boleh melelapkan mata. Fikiran dia masih dihantui lembaga yang berada dalam mimpinya itu. Dia berasakan benda itu benar-benar terjadi kerana ketakutan itu masih dirasainyai. Katrina memandang ke atas, ke siling tempat lembaga itu tunjukkan. Dikerlingnya Shiha yang lena tidurnya sehingga terdengar dengkuran kecil, hendak dikejut kasihan pula. Nampak sungguh kepenatan terpancar di muka Shiha.

Kemudian dia memandang ke arah jam ditangannya. Jam menunjukkan tepat pukul 12.30 malam. Dia mula rasa tidak sedap hati. Waktu inilah..

Tiba-tiba, Katrina terasa tangannya basah seperti ada air yang menitis dari atas. Sekali lagi Katrina merasakan jantungnya berhenti berdegup sebaik menoleh ke arah tangannya. DARAH!!!. Katrina mula menangis memandang dengan perlahan ke atas.  Siling itu dipenuhi darah. Katrina jerit sekuat hati lalu pengsan.

PART 5

            Hari ini, semua aktiviti yang dirancangkan oleh pihak UiTM dibatalkan, sebanyak empat kereta polis berada di chalet Bulan Rimba, Terengganu. Tidak kurang juga, ahli forensik yang ditugaskan untuk menyiasat pembunuhan yang berlaku di chalet kediaman Shiha dan Katrina.

Ya, pembunuhan. Mayatnya disorokkan di atas siling chalet tersebut. Semua pekerja di soal siasat. Katrina masih mengigil ketakutan sehinggakan mukanya pucat kalau ditoreh pasti tak berdarah. Tidak kurang Shiha juga, semalam dia terjaga apabila mendengar jeritan Katrina dan terus terpandangkan darah yang berada diatas siling itu. Tanpa membuang masa, dia terus berlari keluar meminta tolong. Dipandangnya Katrina yang lesu dan tidak bermaya. Dipeluknya Katrina penuh kasih seorang sahabat. 


‘’ Maafkan aku Kat..’’ gumam hati Shiha

Kalau dia tidak meninggalkan Katrina seorang diri semalam pasti tidak akan jadi begini. Kalau dia menenangkan Katrina selepas membangunkan dari igauannya, pasti Katrina tidak akan trauma seperti ini. Tetapi semuanya sudah berlaku. Nasi sudah menjadi bubur.

Mayat yang dijumpai itu merupakan mayat salah seorang pekerja chalet itu. Seorang gadis yang dirogol dan dibunuh. Selepas itu, mayat itu di sorokkan di atas siling chalet itu dan dijumpai oleh Katrina. Barulah Katrina sedar, lembaga yang datang didalam mimpinya itu merupakan roh gadis yang dibunuh untuk memohon pertolongan agar mayatnya disempurnakan dengan betul.

Segala aktiviti UiTM hari itu dibatalkan dan semua pelajar UiTM, Jengka Pahang diarahkan pulang oleh Rektornya. Dalam perjalanan pulang, Katrina masih diam membisu ditempat duduknya sambil tangannya erat dipegang oleh Shiha yang tertidur duduk di sebelahnya. Katrina memandang ke luar tingkap dan menikmati permandangan di senja hari. Sewaktu bas berhenti di tol plaza, Katrina terpandangkan seorang perempuan cantik berbaju kurung putih teresenyum ke arahnya. Katrina membalas senyumannya dan tiba-tiba berkata..

‘’Sama-sama’’ dan masih tersenyum….





Perasan tak buku ni ada dalam cerpen nysa? hehe. itu menunjukkan cerpen ni bukan ciplak punya yer? hehe. :) buku ni juga inspirasi buat nysa. :DD
okay bye!


             
           



4 comments:

~Sweet Srikandi~ said...

assalamu'alaikum...
nysa..nice story..
jalan cerita yang sangat menarik..
namun masih ada kesalahan penggunaan bahasa..
apa2 pun teruskan perjuangan ye! anda pasti berjaya..hehe

wassalam

nisa1069 said...

haha. thanks komen and membacanya. harap lepas ni nysa akan perbaiki lagi kesalahan pergunaan bahasa itu. :DD

noyis gila kentang~~ said...

best wooo cite ni.hehhe.btw,already follow u dear.thanks oke follow me.nice blog.:)

nisa1069 said...

hahha. thank you. thank follow me back yeay. you are awesome. :)